Home » , , , , » Masalah Hapak Pada Pakaian??? Cara Mengatasi...

Masalah Hapak Pada Pakaian??? Cara Mengatasi...

Sumber dari Google
Ini paling tak boleh gi pada Farah... Memang Farah tak tahan kalau-kalau ada pakaian yang berbau hapak... Serius, Farah memang tak tahan dan boleh muntah ada masa-masa... Alhamdulillah lah setakat ni tak perlu berhadapan dengan situasi ini. Tapi tak dinafikan ada sesetengah keadaan di mana kita terpaksa berhadapan dengan situasi ini... Adakah "uolss" tutup hidung macam tu? Adakah "uolss" tak tau macam mana nak atasi? Ataupun dah cuba macam-macam cara tapi tak berjaya? 

Jalan-jalan sana sini sinun, terbaca satu artikel di SINI yang menarik tentang masalah hapak pada pakaian ni... Dan bagi mereka yang tercari-cari bagaimanakah caranya dan mungkin dah lelah dah nak mengatasi masalah ni...Mungkin ini adalah caranya untuk "uolss"... Ooopss sebelum tu Farah tak merendah-rendahkan sesiapa yer... Tapi inilah fakta serta kenyataan yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat pada masa kini...Kalaupun tidak terjadi pada kita, mungkin pada sesetengah orang di luar sana... Nawaitu Farah cuma berkongsi dan bukannya untuk merendah-rendahkan sesiapa ok? Makanya jangan salah faham... 

Apakah tips-tipsnya? 

Jemur Di Kawasan Panas
Punca utama pakaian berbau hapak adalah kerana ia tidak kering dengan sempurna. Oleh itu, jemur di kawasan yang panas agar segala kelembapan yang masih ada menjadi kering. Proses ini juga dapat membantu membunuh bakteria atau kuman punca bau hapak mati akibat terik matahari. 

Farah memang jemur di kawasan panas di hadapan rumah, di "porch"... Kalau hari hujan baru jemur kat belakang rumah yang Farah memang upah orang untuk pasang penjemur "built-in" tu... Huh, mesti ada yang berkata-kata...Farah bolehlah ada Nek Ma Ash di rumah...Tapi memang betul pun... Tak dinafikan...Sebab ada Nek Ma Ash di rumah. 

Penyelesaiannya bila tak boleh nak jemur di luar rumah... sama ada pergi dobi layan diri dan keringkan ataupun kalau rumah tu ada balkoni, sila anginkan di balkoni. Asalkan mendapat udara luar. 

Jangan Sesekali Sembur Pewangi
Mungkin ada yang fikir inilah caranya bagi menghilangkan bau hapak. Ternyata ianya adalah salah ok? Sebenarnya semua itu hanya untuk sementara sahaja. Selepas beberapa jam, ia akan menyebabkan bau hapak semakin teruk kerana bercampur bau dengan sisa wangian yang telah kita semburkan itu.

Wangi Daun Pandan
Berbalik kepada alami. Salah satu sebab baju berbau adalah kerana almari yer kawan-kawan. Oleh itu, letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari. Daun pandan boleh menghilangkan bau yang terperangkap dalam almari. Yang mana tak tahan bau daun pandan tu...ermmm...tak boleh buat apalah kan, pakai yang apa tu yang Hipo Hipo kat pasaran tu...Ha ha ha, lupa pulak namanya dan tiba-tiba malas nak Google...

Rendam Semula
Kemungkinan baju yang kita basuh itu masih tidak bersih dan kotoran masih melekat terutamanya di bahagian yang tersembunyi seperti di bawah kolar baju, celah bawah lengan dan kawasan pergelangan tangan. Penyelesaiannya, rendamkan sebaldi air yang berisi sabun kemudian celupkan pakaian sehingga bau sabun melekat di pakaian. Pssst psst...silalah berus kotoran yang melekat di bahagian-bahagian tersembunyi tu yer... supaya bersih...

Kuasa Bedak Tabur
Guna bedak tabur yang tiada pewangi di pakaian. Kemudian, bungkuskan ia di dalam plastik dan biarkan selama beberapa minggu. Huh...konvensional sungguh cara ni. Lama-kelamaan bau hapak yang melekat di baju akan hilang kerana telah diserap oleh bedak tersebut. 

Ini yang dikongsikan oleh artikel tersebut, tapi secara jujur... yang Farah lakukan jemur di tempat panas dan rendam baju dulu sebelum basuh dan berus. Dan tak lupa haruslah pakai pelembut fabrik. Downy lah apa lagi. Hi hi hi... Yang lain-lain Farah tak pasti sebab tak pernah cuba... Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah bau hapak pada pakaian kami... 

Yang nak cuba tu bolehlah mencuba dan semoga berkesan serta bermanfaat yer?

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Masalah Hapak Pada Pakaian??? Cara Mengatasi... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 11, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

48 comments:

  1. Tak suka juga baju hapak. Sanggup la on kipas sidai baju dlm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kalau boleh silalah angin-anginkan baju tu... kalau tak nak berbau...

      Delete
  2. saya sentiasa di rumah jadi tak de lagi masalah ni..lagi pun sama macam farah,kalau hujan di luar kat belakang ada tempat jemur pakaian.jadi setakat ni tak de masalh ni..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. selalunya baju bau hapak bila x berapa nak kering. tapi kan part pakai bedak, sy kurang gemar terhidu org guna bedak kat ketiak, time cuaca panas, bau badan pun angkat. entah..rs mcm kurang selesa dgn gabungan bau tu..

    guna deodorant penyelesai terbaik bau badan. utk pakaian lak, cuci n keringkan sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. keringkan dengan sebaiknya di bawah matahari adalah solusi yang terbaik bagi akak sebenarnya yumida...

      Delete
  4. suka jemur baju bawah matahari terik..puas hati tgk baju kering dan panas..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kepuasan dia lain dari kebiasaan...

      Delete
  5. saya tak berapa suka sangat kalau bau pandan huu pening :( btw, nice tips hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada orang tak berapa suka bau pandan...

      Delete
  6. iiiiiih paling jijik mba saya sama baju yang udah hapak langsung di buang sama saya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu solusi yang paling ampuh tapi kamu kena membeli baju baru deh... he he he...

      Delete
  7. Lya pun x blh tahan klau bau hapak, msti cuci semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni belum ada pengalaman lagi dengan baju hapak...

      Delete
  8. eh3, akak dah tukaq header..renyeh sungguh..hihi..uih, kekdg klau g mna2 dpt detect klau bju org tu hapak..xsuka2..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kalau pergi mana-mana terserempak dengan orang yang baju dia bau hapak akak lari jauh sikit...he he he...

      Delete
  9. mmg x suka bau hapak... mesti cuci lagi sekali

    ReplyDelete
  10. X suka baju hapak. Kalo bau hapak sidai balik bwh matahari terik atau basuh srkali lg. Biar hilang bau hapak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sidai bawah matahari terik adalah solusi yang terbaik...

      Delete
  11. paling suka kalau jemur pakaian kat luar rumah dengan panas terik..nak pakai pun rasa bersih dan best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fizah, kepuasan menjemur di tengah hari panas dan terik tu lain bila kita dah angkat dari jemuran...bau pun segar jer...

      Delete
  12. asalam memang tak selesa bau badan yang kuat, hapak yang menyusuk hidung..wah ada tips kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...memang lari kalau ada badan yang berbau dengan kuat... hu hu hu...

      Delete
  13. Biasa musim ujan kan selalu terjadi bau hapakni...tapi lya biasa musim hujan jemur bju bukak kipas kuat2 sbb tak nak terjadi bju bau hapak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... anginkan pakaian dan jangan biarkan ia kering sendiri dalam rumah macam tu jer...

      Delete
  14. yang bab bedak tu sha selalu je buat.... hahaha...
    sembur minyak wangi sama gak... makin naik hapak ada laaa... huwaaaa

    ReplyDelete
  15. Yang paling last tu tak pernah dengar pulak. Rasa macam nak cuba je. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, kalau nak silalah cuba yer sayang...

      Delete
  16. Tapi paling tak suka bau daun pandan...pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada sesetengah orang tak tahan bau pandan...

      Delete
  17. musim2 ujan skrg ni...biasa akan terjadi hihihi.. zaza pun mmg kureng suka bau HAPAK tue.. kalau terkena mmg cuci semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci sampai hilang bau hapak dan puas hati ok? he he he...

      Delete
  18. paling senang kena jemur kat panas
    tapi utk kita-kita yang kerja susah la sikit kann esp kalau takde sape kat umah
    akk pakai sabun pencuci top, alhamdulillah memang takde hapak langsung walupun sidai dalam umah atau musim ujan
    pelembut dowry mmg wajipp...wangiii sangat mcm pakai perfume hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak downy tu sahabat sejati...he he he...

      Delete
  19. kalau mv mmmg kena basuh baliklah baju tue...hihi

    ReplyDelete
  20. tu sebab kalau jemur baju tak kering kena jemur lagi sekali untuk hari berikutnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu dia, sila ikut yer kawan-kawan tips ni...thank you kak...

      Delete
  21. daun pandan tu letak dlm kereta pun harum je

    ReplyDelete
  22. tula..memang sgt tak selesa...lg 1 lepas je siap basuh baju tu terus jemur..kalo tak memang bau semerbak la...sanggup basuh balik baju tu bg hilang bau..hahaha

    ReplyDelete
  23. Sejak guna breeze jrg de mslh ni lagi dh..

    ReplyDelete
  24. Musim hujan ni memang tak dapat nak elak la bau hapak huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia