KidZania Camp 30 November 2014 Sehingga 23 Disember 2014

Farah Waheda Wahid
27
Sumber dari SINI
Seronoklah anak-anak yer? Tak lama lagi dah nak mula cuti sekolah hujung tahun... Dan bila cuti sekolah hujung-hujung tahun ni, anak-anak mesti teruja nak bercuti. Tak kisahlah sama ada di rumah ataupun ke mana-mana saja. Bila cuti hujung-hujung tahun ni juga ibu bapa masing-masing dah sibuk menyediakan persiapan sekolah untuk tahun yang akan datang. Yang nak masuk tadika, masuk tadika, yang nak masuk sekolah, masuk sekolah, yang nak naik darjah atau tingkatan akan naik darjah atau tingkatan... Farah tak alami lagi, tapi lambat laun masa tu pasti akan tiba. Bila hujung tahun, perbelanjaan ibu bapa pun akan meningkat sedikit kan? Bagi yang dah menyimpan dari seawal tahun mungkin boleh relaks sedikit...He he he... Ataupun memang berkemampuan...memang relaks sedikit. Tapi bagi yang "last minute", boleh jadi pening jugak kan? Biasa dengar ibu bapa berceloteh tentang perkara ni.

Bila cuti sekolah dah bermula, anak-anak banyak masa yang terluang. Jadi saja-saja nak kongsi dengan semua orang walaupun anakku masih lagi kecil dan belum bersekolah tentang salah satu idea atau aktiviti yang ibu bapa boleh daftarkan untuk anak-anak. 

Jelas kan nampak di atas? Kidzania ada menganjurkan Kidzania Camp yang bermula dari 30 November 2014 sehingga 23 Disember 2014. Ibu bapa boleh memilih pakej sama ada pada hari Ahad sehingga hari Selasa ataupun Rabu sehingga Jumaat. Setiap sesi kem akan berlangsung selama 3 hari yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang setiap hari.

Apa pengisian kem ini? Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti Kidzania Camp akan didedahkan kepada pembelajaran penerbitan program televisyen, rekaan fesyen, memasak dan muzik. Dan untuk ibu bapa ada tawaran harga istimewa jika mendaftarkan atau menempah tempat untuk anak-anak masing-masing sebelum 15 November 2014. Hanya sebanyak RM 329 untuk seorang anak berbanding harga normal RM429 seorang. Makanya, kalau agak-agak berminat...silalah daftarkan anak-anak masing-masing dengan kadar sesegera mungkin yer?

Anak-anak yang menyertai kem ini akan diberikan satu tiket masuk untuk 3 hari berturut-turut, satu tiket masuk untuk seorang dewasa pada hari ketiga kem, set alat tulis dan beg ekslusif KidZania Camp, T-Shirt KidZania Camp edisi terhad, botol air KidZania Kuala Lumpur, 3 cek bernilai 150 kidZos, 3 baucar makan dan 1 baucar cenderahati foto.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 1 300 88 KIDZ (5439) atau e-mel contact@kidzania.com.my

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak rugi join kidzania ni..seronok giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. parents pun ikut seronok darl...ha ha ha, walaupun Ash masih lagi belum bersekolah tapi i pulak jadi excited...kalau dah besar sure i dah hantar dah...

      Delete
  2. seronoklah dapat isi masa cuti sekolah dengan kem ni..

    ReplyDelete
  3. thx for the info sis.. macam menariks jek..tp mcm payah plak nak drop hari hari ke sana..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, kenalah parents berkorban apa saja kalau macam ni gayanya...

      Delete
  4. Kidzania ni memang best.. Kanak-kanak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tengok pun macam best jer, cuma anak saya belum besar lagi, makanya belum berkesempatan nak bawa dia ke sana... tunggu dah masuk pre-school pasti menyusul, in shaa Allah...

      Delete
  5. Kalau berduit tentunya takde masalah, mcm akk ni kena fikir baaaaanyak kali, perbelanjaan sekolah lebih diutamakan

    ReplyDelete
  6. seronoknyaa..Tapi Auni baru 3 bulan. Simpan satu tiket untuk Auni dah besar nnti boloh?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa auni ni ecah, dah yang lain pulak...he he he...

      Delete
  7. Anak sy x sesuai lagi nk bawa ke sini...

    ReplyDelete
  8. bagus ni...tp rasanya akak bawak je dania pi kidzania ni...dia nak pi camp...erm..ada yang meraung2 kang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !