Kereta Sorong Bayi Dan Eskalator

Farah Waheda Wahid
21
Sumber dari Google
Musim fokus pada kereta sorong bayi jer gamaknya ni... Hari tu, Farah kongsikan tentang Jenis-Jenis & Panduan Membeli Kereta Sorong Bayi, hari ni nak cerita pulak tentang kereta sorong bayi dan juga eskalator. Ini tak lain tak bukan nak cerita tentang keselamatanlah ni kan? Bukan cerita tentang apa pun... Sekadar perkongsian untuk pengetahuan kita bersama-sama. Semakin hari semakin bertambah ilmu melalui pendidikan tidak formal kan? Sesuatu yang bagus kan? Walaupun mungkin ada di kalangan semua yang dah tau dah tentang perkara ni.

Isu keselamatan penggunaan eskalator bukanlah satu isu yang baru tetapi tidak ramai sebenarnya yang memberikan perhatian serius terhadap isu ni. 

Melalui sumber di SINI

2010
Seorang budak perempuan berusia 10 tahun tersepit kaki di eskalator sebuah kompleks membeli-belah di Melaka. 
2011
Seorang budak berusia 2 tahun tersepit tangan di eskalator sehingga menyebabkan kehilangan 2 jarinya apabila eskalator itu tiba-tiba berhenti.

2012
Seorang budak berusia 2 tahun tersepit tangan di eskalator sebuah pusat membeli-belah di Kelantan.
2013
Seorang budak berusia 8 tahun patah kaki akibat tersepit di eskalator di Kota Tinggi.

Yang melibatkan kereta sorong bayi, Farah tak pernah terbaca di mana-mana lagi tetapi tak taulah kalau-kalau Farah terlepas pandang kan? Semestinya ramai yang dapat kaitkan pengalaman sendiri membawa anak-anak di dalam kereta sorong bayi ketika menggunakan eskalator. Tapiii, sebenarnya kalau kita membawa anak-anak di dalam kereta sorong bayi, kita sepatutnya menggunakan lif dan bukannya eskalator. 

Ha ha ha, mesti ramai yang cakap... "Alaaaa.... lecehlah nak tunggu lif". Tindakan membawa anak kita yang duduk di dalam kereta sorong bayi menggunakan eskalator sebenarnya bukan saja membahayakan nyawa anak kita, tetapi juga nyawa kita sendiri dan pengguna-pengguna yang lain. Tangga eskalator dan kereta sorong bayi tidak dicipta untuk berkerjasama. Ngeh ngeh ngeh... 

Walaupun ramai yang akan anggap perkara ni remeh temeh, tetapi tangga eskalator sebenarnya adalah sempit dan tidak sesuai bagi memuatkan roda kereta sorong bayi. Roda kereta sorong bayi juga mudah tersangkut pada bahagian sisi eskalator. Nak nak lagi yang kat KLCC tu... Hu hu hu... 

Orang yang memegang kereta sorong bayi dengan bayi di dalamnya juga lebih mudah hilang imbangan kerana tangannya tidak memegang handrail eskalator. Kalau tak ada pilihan, keluarkan anak kita dari kereta sorong bayi dan lipat kereta sorong bayi. Mintak tolong sesiapa yang sudi bawakan kereta sorong itu dan dukung anak kita ketika menggunakan eskalator. Ada sebablah kan kenapa pengeluar eskalator meletakkan larangan membawa kereta sorong bayi menaiki atau menuruni eskalator. Hurmm...kat KLCC (KLCC lagi...ha ha ha)... siap dengan penghadang sekali uolss.

Sedikit tips keselamatan dari sumber yang sama juga... 
  • Pastikan tali kasut tidak longgar dan kasut yang dipakai juga bersesuaian.
  • Sentiasa pegang tangan anak kita ketika di eskalator dan jangan biarkan mereka bermain di atasnya. 
  • Berdiri ke kawasan tengah tangga atau dalam kawasan sempadan garis kuning.
  • Letak kedua-dua belah kaki di atas anak tangga yang sama.
  • Jangan bersandar pada handrail.
  • Orang dewasa yang bertongkat atau bertopang juga tidak digalakkan menggunakan eskalator. 
Dan bagi mereka-mereka yang tak ada pilihan lain untuk bergerak dengan bayi di dalam kereta sorong sebab hanya eskalator jer yang ada... Meh meh meh...kongsi sikit teknik nak naik eskalator dengan kereta sorong bayi... 

METHOD 1: UPWARDS

Walk with the stroller over towards the escalator.
 
 Turn the stroller around, so your body is seen backing it onto the escalator.

 Push the stroller onto the escalator in this position.

 Ride up the escalator, until most of the way to the top.

 Turn the stroller around when you reach the exiting point of the escalator, using a slight spin on the handles.

 Tip the stroller backwards a bit.

 Keep the stroller in this position for a few moments.

 Drop the stroller downwards, when the stroller seems like it would be comfortably on the step-off stair area.

  Step down onto the next-lowest step.

METHOD 2: DOWNWARDS

 Walk with the stroller over towards the escalator.

Push the stroller onto the escalator.

 Tip the stroller backwards a bit.

 Keep the stroller in this position for a few moments.


Drop the stroller downwards, when the stroller seems like it would be comfortably on the step-off stair area.

Pull the back of the stroller upwards, after the front has cleared and you can successfully wheel the stroller out onto the exiting portion of the escalator ramp.

Begitulah cara-caranya sekiranya tak ada pilihan lain buat ibu bapa... terima kasih kepada sumber di SINI kerana telah berkongsi tips-tips dan cara-cara mengendalikan kereta sorong bayi di eskalator untuk pengetahuan para ibu bapa...  termasuklah diri ini... hik hik hik... 

Ash memang jarang sangatlah naik kereta sorong bayi dia tu sebab dah tak nak sangat dah duduk dalam tu...jarang-jarang dan kadang-kadang...Tapi bukan bermakna tak perlu ambil tau kan? He he he... 

*Belum cuti lagi...masih berkarya (chaittt...berkaryalah sangat kann?)...sehingga tiba masa bisu sekejap nanti.... Hu hu hu... *_^  

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Great shraring Mama Ash... huhuhuhu

    Betul jugak tu. Ada sebab pihak KLCC (lagi...) buat penghadang macam tu. Tapi selalu dengar orang merungut cakap benda alah tu menyusahkan la apa la.... rasa macam nak cepuk je kepala diorang yang cakap macam tu... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu... kadang-kadang sebab lif jauh sangat pun yer jugak abm...

      Delete
  2. Alaa... stroller kami tak canggih macam tu... so kami support babywearing... yeah!! Haha

    ReplyDelete
  3. Hish saya mmg x brani bawak stroller naik escalator.
    Biar asben yang urus kan.

    ReplyDelete
  4. sy bru aritu bwk stroller p klcc..mjr muat masuk stroller dan xde pape blaku.kne pndai handle lah dan hati2

    ReplyDelete
  5. Setakat ni babywearing je...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. better be safe than sorry..husband saya memang tak kan bagi naik escalator kalau bawak anak dlm stroller. seboleh2 cari lif, atau, turunkan anak dari stroller, dukung dia, stroller tu lipat baru naik escalator. nasib baik stroller pun yang jenis ringan dan senang handle.

    ReplyDelete
  7. takut sangat bawak stroller naik escalator...rasanya kalau 100kali kuar..xsmpi 10x guna escalator...selalunya akan shopping tmpt yang mudah ngan lif...

    ReplyDelete
  8. tak de stroller lagi kat umah huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. tq tips kak. Bakal ibu mmg memerlukan tips ni hehehe

    ReplyDelete
  10. owh..kalau sy...sy memilih utk naik lif sj kecuali kalau ada org yg tlg pegangkan baby.takut gak

    ReplyDelete
  11. nice sharing..sebab tue kak tak berapa guna stroller walaupun beli (**hahaha dah terbiasa guna kak..so biarlahkan)

    ReplyDelete
  12. very gd tips ni farah, buat ibu2 baru !

    ReplyDelete
  13. Nice sharing adik....teringat pengalaman Dania hampir jatuh masa guna stroller dan nak turun escalator...phewww.....seriau

    ReplyDelete
  14. Pernh juga buat cmtu tpi pnh kna mrh dgn pak guard... Naik lift je la skrg ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !