Home » , , , , , , , » Kalau Ash Buat Macam Ni? Mummy Pengsan...

Kalau Ash Buat Macam Ni? Mummy Pengsan...

Sumber dari Google
Ada sesiapa yang pernah melalui situasi sedemekian rupa? Errr...yang ada anak lelaki lah kan? Yang ada anak perempuan pun tak mustahil anak perempuan boleh buat macam ni kalau-kalau dah memang anak perempuan tu dalam kategori "tomboy"...Yer tak? Hew hew hew... 

Opocottt... kecut nafas kalau anak-anak main macam ni yer tak? Mintak dijauhkanlah... Berdegup kencang jantung kalau jadi macam ni. Tadilah ni, terjumpa gambar ni... Budak-budak memang tak ada tempat lain nak main selain dari tangga ek? Kalau Ash buat macam ni... siaplah dia, jagalah dia... sebelum pengsannn.... Mummy babap dulu... Marah memang dah tentu-tentu kenalah ni...Sebab apa nak marah? Sebab ini berkaitan dengan isu keselamatan dan juga kesihatan. 

Risiko jatuh tu dah satu hal... Risiko kecederaan tu? Dibuatnya patah riuk, dah bersimen dah "handicapped" sekejap... Aduhaiii... Memang taklah nak bagi Ash main macam ni... Tapi kita sendiri sebagai ibu bapa kena didik dan cegah serta tegah dari awallah ye tak? Kalau kita diam dan biarkan ajer...memang menjadilah mereka... Bila dah jadi apa-apa memang tak boleh nak kata apa dah ni... Hurmm...Dalam kes-kes buat di belakang ibu bapa ketika ibu bapa sibuk fokus di bahagian lain dalam rumah... Memang orang kata dah nak jadilah... 

Walaupun Ash tu lelaki dan melasak... memang taklah nak bagi dia buat aksi "stunt" macam ni... Buat jugak kalu...memang mendapat Ash...Harap-harap Ash bukan begini...Sebab Mummy boleh dapat semput dan sakit jantung kalau Ash macam ni... Hu hu hu... (doa ni doa supaya anak tu tak macam tu)...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kalau Ash Buat Macam Ni? Mummy Pengsan... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Main ank tangga tu biasa tp under supervision..main mcm dlm gmbr blom pernah. Harap2 x lah.

    Bahaya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang harap-harap tak... semput nafas dibuatnya sue...

      Delete
  2. budak nak membesar memang mcm2 perangainye..harap ash tak mcm tu.. ash kan budak comel yg baik.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, mudah-mudahan fiza...thank you...

      Delete
  3. huhu pengsan seminggu kot!
    anak jagaan mak zaza pernah panjat gril pintu umah. bukan boy tpi girl huhu.

    ReplyDelete
  4. in sha allah ash tak macam tu nanti :)

    ReplyDelete
  5. hahaha..anak buah saya yang lelaki pun buat macam ni selalu..dah takleh kata apa..letih nak menjerit

    ReplyDelete
  6. Anak akk ada potensi buat macam tu. Tu la kena cover dgn almari part part mcm tu

    ReplyDelete
  7. anak lelaki akak memang biasa dengan aksi stunt ni, kekadang dia jadi gimnas, ada sekali dua dia jadi saintis..akak pulak memang hari-hari jadi tarzan..haha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia