Hanya 8 Minit Yang Pertama Sahaja!!!

Lepas dah menguasai skil "mengemas" rumah, skil masuk ke ruang-ruang sempit, skil panjang akal mencari jalan macam mana nak tarik kabel wayar yang terpaku di dinding... Kini si mata boolat kembali dengan cubaan untuk suap makanan sendiri. Makan sendiri... Dan dalam cubaan nak suap makanan sendiri tu ada hati nak suap Mummy dia jugak...Ha ha ha...

Memanglah Ash makan bila dia sendiri suap kat mulut...Contohnya biskut Farley's Rusk dia tu... tapiiii... jeng jeng jeng... satu perkara biasa yang dialami oleh semua ibu-ibu seantero dunia... la la la la... Hanya untuk beberapa minit yang pertama sahaja... Macam Ash, hanya untuk 8 minit yang pertama sahaja ok? Dengan sopan dan santunnya menikmati makanan itu iaitu biskut... dan apakah yang terjadi selepas itu?

Sesi mengetuk-ngetuk biskut ke "tray" di "high chair" dia... dan juga sesi meramas-ramas biskut yang telah terpecah disebabkan ketukan. Ok, tambah lagi satu KPI Mummy Ash... Kemas sepahan serta serbuk-serbuk biskut yang Ash "kemaskan". Ashhh...ni macam mana ni? Kerja Mummy makin hari makin bertambah...Tapi gaji Mummy Ash tak tambah-tambah lagi...Ha ha ha... Gurau jer... Mana ada gaji jadi mak ni? Mengarut jer... 
 
Kebetulan cerita tentang makan sendiri ni kan? Farah ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh YEO LI SHIAN (ls.yeo@kosmo.com.my) bertajuk Biar Anak Makan Sendiri di akhbar KOSMO ruangan PESONA yang bertarikh 15 Januari 2010. Menurut artikel tersebut...

Menyuap bayi kecil dengan makanan ada kalanya memberikan ibu bapa pengalaman kurang menyenangkan. Dengan kerenah yang pelbagai, anak mungkin sukar untuk ditenteramkan ketika waktu makan. Lebih-lebih lagi pada kali pertama anak diperkenalkan dengan makanan pejal. AKSI bayi cuba memasukkan makanan bukan disebabkan lapar, tetapi sifat ingin tahu dan meniru cara orang dewasa makan PADA ketika ini, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan episod tanggungjawab yang baru.
 
Peluang melihat anak mengunyah dan menerima makanan pejal sudah pasti mengujakan. Tetapi, realitinya tidak selalu begitu menyeronokkan. Ada juga yang mungkin menyifatkan tempoh tersebut ibarat satu mimpi ngeri. (errr...ngeri ke? Farah tak rasa ngeri punnn... sebab biasalah budak-budak baru nak berkembang dan membesar kan? seronok lagi ada... sepah? bertabur? tak apa itu boleh kemas...)
 
Sampai begitu teruk sekali? Agaknya itu soalan yang bermain dalam minda ibu bapa-ibu bapa baru. Tempoh bercerai susu memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan perubahan ini memerlukan asas pendekatan yang bijak. Ini bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan menjadikan proses pemakanan sesuatu yang menyeronokkan baginya. 
 
Pakar perkembangan anak dan pemakanan bayi, Gill Rapley dalam bukunya, Baby-Led Weaning (BLW) mengajak ibu bapa membiarkan anak mencuba makanan itu sendiri. Ya, maksudnya memberi anak peluang menyuap diri sendiri. BLW yang ditulis bersama seorang penulis bebas dan wartawan Tracey Murkett itu mendedahkan bahawa pengalaman menyuap dan membiarkan anak 'mengemudi' keseluruhan proses pemakanan itu pastinya satu pengembaraan menarik. Sebabnya, hanya dengan cara ini, anak berupaya merasa dan mencuba makanan, sekali gus meningkatkan koordinasi tangan dan mata. 

Kaedah itu juga membantu bayi kita memperbaiki kemahiran mengunyah serta bijak mengendalikan pelbagai jenis makanan. Lagipun, BLW bukan satu kaedah yang baru. Malah, ia berkesan dipraktikkan sama ada untuk anak yang masih menyusu susu badan, mengambil formula susu alternatif mahupun gabungan kedua-duanya. Rapley sendiri berpengalaman lebih 2 dekad sebagai pelawat dalam bidang kesihatan dan pernah menjadi bidan serta seorang sukarelawan perunding penyusuan payu dara. Menyifatkan BLW sebagai satu kaedah yang bukan sahaja mudah, semula jadi dan selamat, ia turut mengajak ibu bapa mempercayai kemahiran serta naluri bayi terhadap makanan. 

Buku yang terbahagi kepada 8 bab itu antara lain merangkumi topik seperti kebaikan kaedah BLW, membantu anak belajar, makanan pertama, kelakuan di meja makan dan kepentingan pemakanan yang sihat. Selain itu, Rapley dan Murkett yang juga seorang ibu, ingin mengajak ibu bapa membuang persepsi bahawa bayi tidak harus makan makanan yang diambil oleh ahli keluarga lain. "Tetapi, kebanyakan resipi dalam buku-buku masakan makanan sihat sebenarnya boleh disesuaikan untuk dikongsi oleh si kecil kita. Jadi, kalau diet kita bernutrisi dan menyihatkan, mengapa perlu ada resipi berasingan?" soalnya seperti dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu. 

Lebih menarik lagi, bayi juga mempunyai motivasi untuk makan. Rapley menyakinkan ibu bapa bahawa kecederungan seseorang bayi berusia 6 bulan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut tiada kaitan langsung dengan perasaan lapar. Sebaliknya, si kecil kita mungkin lebih berminat untuk meniru tindakan orang dewasa menerusi pemerhatian dan latihan secara kerap. Perasaan ingin tahu dan naluri untuk mencuba lebih kerap menjadi pendorongnya. 

"Bayi perlu tahu jenis makanan yang selamat ataupun tidak. Jadi, dia akan meneliti apa yang diambil oleh ibu bapa mereka. Tempoh ini berlaku pada ketika dia mula mencuba dan bereksperimen dengan tangan atau lengan untuk mengambil barang," terang Rapley lagi. Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan kecenderungan anak mengambil barangan mainan. Cuma, makanan yang dimasukkan ke dalam mulutnya ada rasa, tekstur dan boleh dimakan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana bayi kita tidak akan tertelan makanan itu. Sebabnya, bayi pada peringkat ini belum pandai mengalihkan makanan ke dalam mulut. Ini bermakna makanan itu secara tidak langsung akan terkeluar semula. Pendek kata, pengenalan makanan pejal kepada bayi kita buat beberapa bulan pertama hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Bayi kita hanya dibenarkan memasukkan makanan ke dalam mulut sebaik sahaja dia mempelajari rasa dan tekstur pelbagai makanan berbeza. 

Tidak lupa juga, Rapley menasihati ibu bapa agar memberi layanan sama kepada anak ketika waktu makan. Tindakan tidak terlalu mengongkong jenis makanan yang diambil dan tidak terlalu kerap mengelap mukanya sewaktu makan adalah salah satu cara menghormati anak sebagai seorang individu. Hanya dengan beberapa petua daripada buku Baby-Led Weaning, mudah-mudahan waktu makan si kecil kita lebih menarik dan yang penting, ia juga sebenarnya amat menyeronokkan. 

Tak ada masalah bagi Farah untuk kemas sepahan Ash, sebab dah dudukkan dia di satu tempat iaitu di "high chair" dia..seperti yang Farah ceritakan di dalam entri  "High Chair" Bayi Dari Didi Kids World ... dan tak ada pun nak jegil-jegil mata atau pandang macam nak makan Ash tu...Ha ha ha... Sekurang-kurangnya buat masa sekarang... Sebab kita tengoklah setakat mana atau selama mana dia nak duduk di "high chair" itu... Harapnya lamalah dan harapnya lepas tu berjayalah didik dia makan secara berdisiplin di meja makan tanpa perlu merayap ke mana-mana...Ha ha ha... Selamat maju jaya diucapkan kepada diri sendiri...
Biar anak makan sendiri Oleh YEO LI SHIAN ls.yeo@kosmo.com.my Menyuap bayi kecil dengan makanan ada kalanya memberikan ibu bapa pengalaman kurang menyenangkan. Dengan kerenah yang pelbagai, anak mungkin sukar untuk ditenteramkan ketika waktu makan. Lebih-lebih lagi pada kali pertama anak diperkenalkan dengan makanan pejal. AKSI bayi cuba memasukkan makanan bukan disebabkan lapar, tetapi sifat ingin tahu dan meniru cara orang dewasa makan PADA ketika ini, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan episod tanggungjawab yang baru. Peluang melihat anak mengunyah dan menerima makanan pejal sudah pasti mengujakan. Tetapi, realitinya tidak selalu begitu menyeronokkan. Ada juga yang mungkin menyifatkan tempoh tersebut ibarat satu mimpi ngeri. ulasan ummi: jgn menganggap tempoh mmberi anak makan itu tidak seronok..menanti anak usia 6 bulan amat mengujakan ummi sbb tak sabar nk suap amsyar makan makanan lain selain susu ibu. hari pertama amsyar makan solid food ada di sini. Sampai begitu teruk sekali? Agaknya itu soalan yang bermain dalam minda ibu bapa-ibu bapa baru. Tempoh bercerai susu memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan dan perubahan ini memerlukan asas pendekatan yang bijak. Ini bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan menjadikan proses pemakanan sesuatu yang menyeronokkan baginya. ulasan ummi: sekurang-kurangnya 6 bulan yer puan-puan tidak mencampurkan makanan utk si kecil selain susu ibu semata.. Pakar perkembangan anak dan pemakanan bayi, Gill Rapley dalam bukunya, Baby-Led Weaning (BLW) mengajak ibu bapa membiarkan anak mencuba makanan itu sendiri. Ya, maksudnya memberi anak peluang menyuap diri sendiri. BLW yang ditulis bersama seorang penulis bebas dan wartawan Tracey Murkett itu mendedahkan bahawa pengalaman menyuap dan membiarkan anak 'mengemudi' keseluruhan proses pemakanan itu pastinya satu pengembaraan menarik. Sebabnya, hanya dengan cara ini, anak berupaya merasa dan mencuba makanan, sekali gus meningkatkan koordinasi tangan dan mata. ulasan ummi:masalah bg ibu bekerja ialah tak kan la nk suruh pengasuh mengajar anak kita suap makanan sndiri..tak terlayan nye.. apa yg ummi buat kt amsyar apa kata sekali sekala sarapan dan makan tengahari bersama-sama.. hidangan utk yg nk di makan kita suap la then wat satu lagi hidangan dlm portion yg kecil bg amsyar suap sndiri.. sepah skit2 takper.. sbb hari cuti..tak salah melayan anak sndiri.. Kaedah itu juga membantu bayi anda memperbaiki kemahiran mengunyah serta bijak mengendalikan pelbagai jenis makanan. Lagipun, BLW bukan satu kaedah yang baru. Malah, ia berkesan dipraktikkan sama ada untuk anak yang masih menyusu susu badan, mengambil formula susu alternatif mahupun gabungan kedua-duanya. Rapley sendiri berpengalaman lebih dua dekad sebagai pelawat dalam bidang kesihatan dan pernah menjadi bidan serta seorang sukarelawan perunding penyusuan payu dara. Menyifatkan BLW sebagai satu kaedah yang bukan sahaja mudah, semula jadi dan selamat, ia turut mengajak ibu bapa mempercayai kemahiran serta naluri bayi terhadap makanan. Buku yang terbahagi kepada lapan bab itu antara lain merangkumi topik seperti kebaikan kaedah BLW, membantu anak belajar, makanan pertama, kelakuan di meja makan dan kepentingan pemakanan yang sihat. Selain itu, Rapley dan Murkett yang juga seorang ibu, ingin mengajak ibu bapa membuang persepsi bahawa bayi tidak harus makan makanan yang diambil oleh ahli keluarga lain. "Tetapi, kebanyakan resipi dalam buku-buku masakan makanan sihat sebenarnya boleh disesuaikan untuk dikongsi oleh si kecil anda. Jadi, kalau diet anda bernutrisi dan menyihatkan, mengapa perlu ada resipi berasingan?" soalnya seperti dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu. ulasan ummi: utk belajar resepi makanan bayi di sini Lebih menarik lagi, bayi juga mempunyai motivasi untuk makan. Rapley menyakinkan ibu bapa bahawa kecederungan seseorang bayi berusia enam bulan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut tiada kaitan langsung dengan perasaan lapar. Sebaliknya, si kecil anda mungkin lebih berminat untuk meniru tindakan orang dewasa menerusi pemerhatian dan latihan secara kerap. Perasaan ingin tahu dan naluri untuk mencuba lebih kerap menjadi pendorongnya. ulasan ummi: bila nampak si kecil kita dh pndai berkelakuan seperti org dewasa.. msti 'vangge' kan "Bayi perlu tahu jenis makanan yang selamat ataupun tidak. Jadi, dia akan meneliti apa yang diambil oleh ibu bapa mereka. Tempoh ini berlaku pada ketika dia mula mencuba dan bereksperimen dengan tangan atau lengan untuk mengambil barang," terang Rapley lagi. Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan kecenderungan anak mengambil barangan mainan. Cuma, makanan yang dimasukkan ke dalam mulutnya ada rasa, tekstur dan boleh dimakan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana bayi anda tidak akan tertelan makanan itu. Sebabnya, bayi pada peringkat ini belum pandai mengalihkan makanan ke dalam mulut. Ini bermakna makanan itu secara tidak langsung akan terkeluar semula. Pendek kata, pengenalan makanan pejal kepada bayi anda buat beberapa bulan pertama hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Bayi anda hanya dibenarkan memasukkan makanan ke dalam mulut sebaik sahaja dia mempelajari rasa dan tekstur pelbagai makanan berbeza. ulasan ummi: di awal bulan pertama ummi perkenalkan amsyar dgn makan makanan yg di kisar sahaja. nasi kisar dan ditambah dgn satu jenis sayuran yg dikisar juga dalam setiap hidangan..sprt lobak, brokoli,bayam,labu,sawi cina dan kacang hijau. Tidak lupa juga, Rapley menasihati ibu bapa agar memberi layanan sama kepada anak ketika waktu makan. Tindakan tidak terlalu mengongkong jenis makanan yang diambil dan tidak terlalu kerap mengelap mukanya sewaktu makan adalah salah satu cara menghormati anak sebagai seorang individu. Hanya dengan beberapa petua daripada buku Baby-Led Weaning, mudah-mudahan waktu makan si kecil anda lebih menarik dan yang penting, ia juga sebenarnya amat menyeronokkan. sumber artikel: akhbar KOSMO ruangan PESONA 15 Jan 2010

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hanya 8 Minit Yang Pertama Sahaja!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 12, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

29 comments:

  1. Saya sudah melalui episod ini. Sekarang episod cik puteri suka tidur atas katil sorang-sorang dan main dengan bantal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh itu macam bagi hint dia dah sedia untuk tidur di katil sendiri jer dah tu... he he he...

      Delete
  2. kalau baby makan sendiri boleh tahan lagi, tapi paling tak suka bila dia masukkan semua benda mainan dan apa yg dia jumpa ke dalam mulut.. haru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah N, kalau dia masukkan semua mainan ke mulut memang kita risau, especially those small-small compartments... hu hu hu, bahaya dan bimbang tercekik...

      Delete
  3. haha,,itu baru sikit tu mama..makin besar macam macam akainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nantikan yang macam-macam akai tu ek ...he he he...

      Delete
  4. Hahaha..Lepas ni, Ash mintak utk makan sendiri makanan yg mummy masak plk ye..Lepas tu Ash lenyek2 sndiri dgn jari2 yg comel tu..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. wo wo wo, lenyek lenyek kat tray high chair tak apa dear...jangan lenyek kat carpet... pengsannn mummy nak basuh carpet...ha ha ha...

      Delete
  5. Mummy nak itu.mummy nak ini. Demand suh mummy masak pasni..hehehe..tunggu 3 tahun..hee maybe awal lagi dari tu

    ReplyDelete
  6. hihi.. syok tau info cmnie.. boleh belajar sikit2..huhu

    ReplyDelete
  7. Anak saya yang no 2 ni kalau time makan memang dia makan sungguh2..sampai licin pinggan baru dia bergerak ke sana ni..sampai sekarang la dia macam tu.Dulu masa kecik dok dalam walker je time makan,Sekarang makan nak suap sendri..Sepah2 tu biasa la..kan?/tapi memang dia makan betul2 la..hehe

    ReplyDelete
  8. Tips yang sangat menarik.. Zara pun sekarang ni, makan nak suap sendiri ya.. Makan nasi yang kami makan.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Saya mmg bagi je ank makan sendiir... Tapi mmg ada parent cmtu.. Sekat makan anak sbb tkut baju kotor..

    ReplyDelete
  10. nak buah saya tue, pantang nampak orang makan apa ja semua dia nak jgak... nk pegang sendri jugak tue... bukan nk makan sgt pon main2 ja...

    ReplyDelete
  11. Seronok tengok anak2 tecik makan. Nampak cute sangat ^_^

    ReplyDelete
  12. Saya lebih senang kalau biarkan anak makan sendiri.. my sister ajar anak dia makan sendiri since baby dah boleh duduk sendiri.. dia akan lapik alas tikar yg senang di lap.. pastu boleh la tengok anak dia belajar makan sendiri.. pandaiii sangat..comel.. anak yg 2nd, xsmpai umur setahun dah pandai hisap straw,,so cutee,, comeyl sgt tengok anak2 ni membesar,,

    Apa makanan keluarga anda?

    ReplyDelete
  13. wah2..dah nak birthday ni makin panjang akal eh Ash....

    ReplyDelete
  14. nice tips akak, sekarang dh start lenyek2 dah kalau tak nak makan, tunggu jap lagi, pinggan pun ash terbalikkan..hehehe

    ReplyDelete
  15. Eh, totally changed. Dah lama Muz x blogwalking nih... Adoiii!

    ReplyDelete
  16. Good luck kak Farah to the next stage.... huahua

    ReplyDelete
  17. tunggu ye farah, jap lagi ash taknak makan makanan dia, tapi nak makan apa yg mummy makan plak, he he

    ReplyDelete
  18. memang akan bersepah kalau anak makan sendiri. mama terpaksa redho je lah..takpun suruh bapak kemas hihihi..yg baby kami lak sibuk nak makan hat kat pinggan abang2..pantang abang dia jauh sikit dia pun laju ja terpa mai makan kat pinggan abang dia huhu

    ReplyDelete
  19. Terima kasih banyak2 farah atas perkongsian yg bermanfaat ini. Amat bermanfaat terutamanya buat bakal-bakal ibu bapa

    ReplyDelete
  20. baguslah biarkan anak anak belajar berdikari sendiri dulu kan cuma kena pantau je la

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY