Hantar Anak Ke Pusat Asuhan, "Playschool", Tadika? Bagaimana Caranya?

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari Google
Ash tak pernah dihantar ke mana-mana pusat asuhan... Tetapi kadang-kadang terfikir jugak, macam manalah rupa gayanya dia kalau dihantar ke pusat asuhan ek? Orang tak pernah berengang dengan Nek Ma... Hek Nek Ma, Hok Nek Ma... Segalanya Nek Ma... Pendek kata tak boleh hilang Nek Ma tu dari pandangan dia...Yerlahhhh... Untunglahhh... Orang cucu manja Nek Ma... 

Walau macam mana pun, satu hari nanti... kalau dah tiba masa... Ash tetap akan dihantar ke "playschool", tetap akan dihantar ke "kindergarten"... Makanya, nak atau tidak, Ash tetap kena pergi...Hua hua hua...Cumanya nak "set"-kan mentaliti dia supaya dapat menerima perubahan suasana dan keadaan tu ajer lah... Ha ha ha... Betul tak? Ini salah satu perkara yang ibu bapa yang meletakkan anak-anak di bawah jagaan atau asuhan atuk nenek mereka perlu fikirkan... Apa orang kata? Ibarat tarik rambut dalam tepung? Tepuk tak berselerak, rambut tak putus...Ha lebih kurang macam tulah diibaratkan... 

Paling penting adalah bagaimana anak-anak kita nak menyesuaikan diri di pusat asuhan ataupun "playschool" ataupun tadika. Haippp...yang mana-mana memang dah sedia ada hantar anak masing-masing ke taska tu terkecualilah kot dari situasi dan keadaan ni...Ha ha ha... Paling merisaukan bila anak-anak tak selesa ditinggalkan lepas tu macam-macam cerita yang mereka timbulkan. Dan pastinya ada "separation anxiety" itu... Kalau nak baca serba sedikit tentang "separation anxiety" di kalangan ibu-ibu, bolehlah rujuk entri INI.

Macam manalah agak-agaknya akan datang Farah nak berhadapan dengan situasi ni...ho ho ho...mungkin apa yang Farah fikirkan ini berguna juga di masa akan datang... errrr...semuanya apa orang kata ada berkaitan dengan "common sense" jugaklah... 

Cari Cara Untuk Menggambarkan Kepada Anak Yang Pusat Asuhan, "Playschool", Tadika Itu Adalah Satu Tempat Yang Penuh Dengan Keseronokkan
Kalau dihantar sewaktu masih bayi tu, mereka tak tau beza pun, mereka memang tau dah tempat tu memang seronok sebab ada ramai kawan-kawan, ada barang permainan, ada permainan, ada aktiviti. Yang belum pernah ni...ha ha ha, makanya tugas kitalah ibu bapa untuk terangkan keseronokkan dan apa yang mereka akan alami di pusat asuhan, "playschool", tadika tu... Ceritakan yang indah-indah pada mereka supaya mereka tertarik dan terpanggil untuk pergi ke situ situ situ... Pendekatan psikologilah ni kan? Sebab kita nak "set" minda mereka...

Lawat Pusat Asuhan, "Playschool", Tadika
Sebelum hantar mereka, bawa mereka melawat-lawat pusat asuhan, "playschool", tadika tu...bagi mereka lihat dengan mata mereka sendiri dan rasakan kemeriahan serta keseronokkan berada di situ. Sesi percubaan dan juga sesi cuba meracunlah ni...Ha ha ha... Lagi sekali pendekatan psikologi...

Terangkan Mengenai Jadual Seharian
Bagi anak-anak faham, bila mereka ke tempat-tempat ini ada peraturan dan ada jadual yang perlu dipatuhi, supaya anak-anak tu bila diarahkan atau diminta melakukan sesuatu... tak adalah terkejut...Tak banyak sedikit mesti kata-kata ibu bapa ni meresap dalam pemikiran mereka kan? kan? kan? Tapi bergantung jugaklah macam mana teknik ibu bapa tu meracunkan?

Sebelum Meninggalkan Anak...
Bila dah hantar tu, sebelum meninggalkan anak tu...terangkan... "Mummy kena pergi "work", nanti petang Mummy datang ambik Ash"... Ha ha ha...Jadikan rutin... Sampai anak dah biasa... Makanya, tak adalah rasa takut terus ditinggalkan kat situ dan Mummy dia tak ambik-ambik yer tak? Kadang-kadang mentaliti anak-anak ni jauh sangat pergi melencongnya...Sebelum dia teriak baik terangkan awal-awal...

Bekalkan Apa-Apa Barangan Yang Istimewa Dari Rumah
Tak adalah istimewa sampai perlu berhabis ringgit... Macam bawa bekal ke untuk mereka, letakkan gambar keluarga jadi bila mereka rasa rindu boleh tengok ke? Ataupun kalau boleh selitkan anak patung atau permainan kegemaran mereka? Untuk buatkan mereka rasa tenang...Ekekekeke...agak-agak... bantal "papam" Ash boleh selit tak? La la la la...

Pastikan Anak-Anak Dilengkapi Dengan Imunisasi Mengikut Jadual
Jenis-jenis Suntikan Imunisasi Bayi/Kanak-Kanak boleh dibaca di entri INI. Ini penting sebab anak kita akan terdedah kepada satu kumpulan tertentu dan bagi melindungi anak-anak kita.

Berikan Maklumat Hubungan Atau Orang Dihubungi Untuk Kecemasan
Sentiasa kemas kini maklumat yang satu ini supaya bila ada apa-apa yang terjadi, pihak pusat asuhan, "playschool", tadika dapat menghubungi kita dengan mudah.

Senarai Semak Barangan Yang Perlu Dibawa Ke Pusat Asuhan, "Playschool", Tadika?
Ini yang melibatkan perkhidmatan "day care" lah ek? 
  • Errrr...bantal "papam" ataupun selimut kecil untuk waktu tidur tengah hari? 
  • Baju persalinan dan seluar lebih (sekiranya sedang "potty train")
  • Baju untuk aktiviti luar
  • Permainan dari rumah, gambar
  • "Sunscreen"
  • "Diapers" dan segala "toileteries" yang berkaitan
  • Bekalan susu dan botol susu sekiranya masih lagi hisap susu melalui botol
Yang lain-lain tu buku ke apa ke, yang "common" lah kan? Hew hew hew.... Bila fikir-fikirkan...macam mak-mak kat luar sana yang dah biasa menghantar anak-anak, pasti mulanya rasa berat jugak kan? Dan tawakal jerlah... Tapiii...bila fikir-fikirkan entah-entah sok sok lusa tulat... Ash tak ada apa-apa, relaks jer... tapi Mummy dia yang lebih...Muahahahaha....

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mula2 tu mmg rasa berat hati..lama2 ok je bila stp kali balik ambik ank dia pun happy sbb ramai kawan..

    ReplyDelete
  2. tak dapat nak bagi pendapat atau pengalaman sebab anak-anak semua masuk dari baby lagi..sampai besar duduk di taska/tadika yang sama ;)

    ReplyDelete
  3. tak de anak lagi so tak de pengalaman jugak.. tp mesti seronok kan dapat uruskan anak...

    ReplyDelete
  4. saya dah nak kena consider hantar amir ke taska / tadika / playschool...boleh la jadi panduan...terima kasih ye farah sebab berkongsi

    ReplyDelete
  5. masa mula2 hantar zuyyin 2 tahun lepas seminggu tu zarith nangis je kt opis..huhu 2 minggu awl tu lunch hour memang ulang alik opis-umah bs hehe

    ReplyDelete
  6. susah nak ckp dear..kdg2 tgok nasib..

    ReplyDelete
  7. Nice tips... Ank sy lima tahun bru nk hntr masuk pra aje..

    ReplyDelete
  8. Pengalaman hntr anak ke tadika @ taska

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !