Gigi Yang Ke-3 Telah Tumbuh...

Farah Waheda Wahid
14
Gambar goyang pun jadiii... Ha ha ha... Janji nampak muka si mata boolat ni... Kan? Hari tu baru jer berjaya "snap" gambar bergigi Ash... semuanya telah diceritakan di dalam entri Inilah Rupa Saya Bila Bergigi!!! ... Malam semalam gigi bawah yang ke-3 telahpun tumbuh dengan jayanya... Ahaksss...tumbuhnya bila tak pastilah...tau tau jer dah ada... 

Anak tumbuh gigi yang ke-3 pun nak dijadikan entri? Ha ha ha...takkan setiap satu gigi yang tumbuh nak cerita satu persatu kat blog pulak yer tak? La la la... Kalau ikut-ikutkan memang tak nak buat entri pun "uolss"... tapiiiii.... sebab saja nak cerita dan sebab sendiri rasa macam #ehhh cepatnya gigi yang ke-3 tu tumbuh? Tak adalah Farah nak cerita kalau setiap kali gigi Ash tumbuh "uolss"... tu macam sesuatu sangat kan bila setiap kali tumbuh gigi setiap kali tulah nak taip entri... 

Kalau ikut-ikutkan maklumat tentang "Baby Guide To Teething..." yang Farah pernah kongsikan dulu... sememangnya semasa mencapai umur 8 - 12 bulan, gigi susu yang ada adalah 4 batang! Makanya boleh dijangkakan akan ada satu lagi gigi yang bakal tumbuh ni... Hew hew hew... Farah kongsikan lagi sekali gambar rajah pertumbuhan gigi anak-anak yang pernah Farah kongsikan dulu...

Buat masa sekarang walaupun dia suka menghisap dan gigit-gigit lengan Mummy dia... tapi masih belum terasa lagi...tunggu bila "upper jaw" punya gigi tumbuh... hamikk... masa tu kalau dia ketap masa hisap-hisap lengan tu...mau menjerit tu kan? Hik hik hik... Ibu bapa yang pernah mengalami saat-saat dan situasi ni mesti dah arif sangat dah akan situasi ni ye tak?

*Tapi seronok pulak bila lihat perkembangan anak-anak ni kan? Tak apalah... siapa nak kecam dan nak kata belakang-belakang pun katalah... yang penting Farah bercerita tentang anak sendiri dan tak mengata orang lain "uolss"...dan setiap saat-saat indah serta perkembangan yang bakal diingati di kemudian hari diabadikan di satu tempat kan? *_^ 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yeay...
    dh boleh makan ayam upin ipin.
    heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa.... orang dah makan ayam kepcilah uncle shark...

      Delete
  2. wahhh...anak saya dah 6batang gigi..paling tak tahan suka sgt gigit ibu dia..org lain dia tak gigit..ibu dia je yg digigitnya..adeh

    ReplyDelete
  3. Wah, Ash dah boleh makan makanan sedap lepas ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ash...mmg indah pun moment tu kak... Bila dh lepas .. Tu yg rasa nk ada anak kecik lagi tu...

    ReplyDelete
  5. Ank sue 8 bln blom lg tumbuh gigi...excited menanti gigi dia tumbuh.

    ReplyDelete
  6. Alamakk... gigit lengan ker huhuhu... lengan ibu dah jadi teether yer... :D

    ReplyDelete
  7. tak lama lagi terpaksa la kongsi nasi sepinggan dengan Ash..heheh

    ReplyDelete
  8. cepat jugak ash tumbuh gigi.. tgk nnt cakap plak.. lmbt ke cepat.. tp x pe.. yg penting sihat...

    ReplyDelete
  9. dah ada gigi atas bawah kene hati hati takut ash gigit..memang menjeritlah kot..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !