Home » , , , , , » Cara Baru Untuk Tidur Berkualiti...

Cara Baru Untuk Tidur Berkualiti...


Tu dia... cuti tahunan Bubblynotes.Com semalam... Satu hari suntuk sunyi sepi tanpa bebelan Farah... Dan pagi ni... nak mula dengan bebelan santai di hari Isnin di pagi Isnin... omong-omong kosong giteww.... Relakslah... hari ni nak mulakan dengan sesuatu yang ringan-ringan dan bukannya yang berat-berat... Nanti kita masuk pada entri berat sikit pulak ek? Hew hew hew...

Cara baru tidur berkualiti? Muahaha... Kualitilah sangat kann? Bukan orang lain tapi Farah sendiri. Mula-mula biarkan telefon tu berbunyi... lantaklah macam tu kan? Lepas tu... vibrate pulak... lepas tu mute terus ko... Ha ha ha... Lama-lama esok maunya terus tutup telefon... 

Ini semua gara-gara terlalu letih dan penat... konon-konon nak tidur lena-lena lepas tu bangun rasa segar...Tak ada maknanya jugak! Jaga jugak bancuh susu anak dan bagi anak menyusu... lepas tu sambil-sambil jenguk jugak telefon... Ha ha ha... Poyo jer lebih Farah ni kan? Sedangkan tidur yang berkualiti itu adalah tata cara tidur yang baik seperti Rasulullah SAW. 

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar. 

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Kredit: SINI

Itu yang sebaik-baiknya dan boleh memberikan kita tidur yang berkualiti... Ha ha ha... senyapkan atau bisukan telefon tu sebenarnya bantuan tambahan... tapi yang kontranya... tak berapa nak seronok kalau ada kecemasan atau perkara penting... orang tak dapat nak hubungi kita kan?

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Baru Untuk Tidur Berkualiti..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 3, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. itulah sebaik nya ... jauhi dari gangguan syaitan juga .. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Tidur jauh dr brg2 elektronik adlh lebih baik sebenarnye.

    ReplyDelete
  3. yup, perlukan tidur yang berkualiti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dapat tidur berkualiti akan rasa segar jer...

      Delete
  4. awai masuk tido,ikut jugak tido mngiring ke kanan..tapi bila bgn tdo dh xda tdo mngiring ke kanan

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi off handphone takut ade emergency call ke kan..

    ReplyDelete
  6. betul..Za kalau nak tido,silent handphone..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia