Bila Nak Membeli "Breast Pump"...

Farah Waheda Wahid
22
Sumber dari Google
Muahahaha...bila teringatkan "breast pump" Farah yang guna sekejapan jer tu kat rumah tu... Timbullah pulak rasa nak berkongsi tentang tips membeli breast pump. Yang dah pakar tu tak payah nak bagi tips sangatlah kan? He he he, tapi uolss boleh bagi pendapat dan pandangan. Yang baru nak belajar-belajar ni... yang tengah hamil anak pertama ke? atau merancang untuk hamil anak pertama ke? ataupun yang baru kahwin ke? Ha bolehlah kot baca-baca apa yang patut dalam entri ni uolss... 

Walaupun tidak mengepam seperti uolss-uolss semua... ha ha ha, tapi tak salah kan kan kan kan? Kalau Farah nak kongsi? Sebabnya ianya berkaitan dengan niche parenting jugak kan? ^_^... Bukan nak sibuk walaupun diri ini tidak mengepam...Tetapi ini adalah informasi namanya... Diulangi...Informasi namanya... Faham kan? Ok, bagus kalau faham... Ha ha ha... 

Tips cepat, mudah dan ringkas...

Eksplorasi Pilihan Produk Breast Pump Yang Ada Semasa Hamil
Ini apa yang Farah buat dulu jugak. Bergantung berapa kerap dan berapa lama kita berjauhan dengan anak, yang terbaik adalah mengeksplorasi ketika kita belum melahirkan anak. Sebab ini akan membantu untuk mengurangkan tekanan. Bila anak lahir jer, semua dah sedia ada. 

Kalau kita ni adalah surirumah dan jaga anak sendiri kat rumah dan jarang-jarang tinggalkan rumah tanpa anak, pam manual boleh dipertimbangkan untuk dibeli. Tapiii, kalau kita ni kerja, lepas tu kerja pulak selalu luar kawasan dan hidup sibuk sana sini sinun. Ha ha ha, eloklah fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan beli electric double pump. Rasanya itu yang paling ideal. Pam elektrik seharusnya ada pilihan penggunaan adapter dan juga penggunaan bateri untuk penggunaan yang lebih bijak katanya bila tak ada sumber elektrik...Errr...sumber elektrik? Ha ha ha... plug point lah... Lepas tu kena pertimbangkan masa nak beli breast pump ni adalah shield.  Sebab shield ni mempengaruhi pengeluaran susu dan tahap keselesaan seseorang ibu. Ini Farah baca dari satu artikel, bukan pandai-pandai buat kenyataan ek? Yelah, orang tak ada pengalaman katakan. Yang terbaik, adalah beli pam yang mana ada breast shield sizes. 

CARI PENGETAHUAN TENTANG BREAST PUMP
Semasa tengah sibuk-sibuk eksplorasi breast pump untuk dibeli tu... adalah penting jugak untuk mak-mak ni memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan modern breastfeeding. Memikirkan dan membayangkan tu indah indah saja... ha ha ha...tapi melakukan belum tentu lagi ok? Rajin-rajinlah baca di media sosial, turut serta dalam forum-forum atau kumpulan-kumpulan di Facebook ke mana ke... Banyak ilmu boleh dapat... Bertanya atau belajar dari kawan-kawan yang ada pengalaman pun boleh... Lepas tu kalau pergi seminar pun ok jugak...Eh, tak silap kawan Farah dulu pernah pergi seminar tentang breastfeedings ni. Memang ada kan? Ha ha ha, tanya sebab I is tak tau. 

BELAJAR BAGAIMANA NAK MEMERAH SECARA MANUAL
Ni pun penting gak ni... jangan nak terlalu bergantung dengan mesin sangat lah...Ha ha ha...Pernah terjadi pada kawan sekerja... Lupa nak bawak pam lepas tu, dah membengkak, nak tak nak terpaksa perah pakai tangan. Penting ni waktu-waktu kecemasan ni... Boleh jer belajar dari lactation consultants yang buat one-on-one training kalau tak tau ok?

Itulah antara perkara-perkara yang harus difikirkan secara ringkas sebelum membeli breast pump...Bagaimana nak pilih segala bagai... sebenarnya bergantung pada diri sendiri dan juga bajet sendiri... Dan info lagi boleh baca di PANDUAN PEMILIHAN PAM SUSU juga...

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tq sis infonya memg brguna utk masa akan dtg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi info di luar sana tu lya... kalau sampai masa boleh cuba google

      Delete
  2. Memang kne belaja juga utk pam manual...sakit tu bengkak susu

    ReplyDelete
  3. Bagi saya yang belum jadi mummy nie, saya rasa takut tengok breast pump tu. Hahah. Saya imagine benda tu menyedut. Ee, takutnya.

    ReplyDelete
  4. Info yg bergune..
    tp dah beli dah pon..
    xtau mcm mane nanti...
    Isao jugak kalau tak bergune

    ReplyDelete
  5. betul..ecplorasi pilihan breastpump tu betul sgt.

    dulu masa ngandung , rasa nak beli yang elektik.konon nak prepare ..bila pikir balik, keja dari rumah je pon,so banyak masa dengan anak.

    then beli avent yg manual..tu pon pakai sekali je..last2 terperuk dalam kabinet dapur :)

    ReplyDelete
  6. my kaka ada beli breast pump tapi sudahnya x guna . dia guna tgn jer .

    ReplyDelete
  7. Adik teman pakai yang medela breast pump tu

    ReplyDelete
  8. ye betul..macam mana pun kena belajar perah nih..walaupun dah guna pump ,tapi kadang2 kena perah guna tangan jugak sebab bila baru2 melahirkan ni susu suka berketul dan tak lancar..nak tak nak memang kena perah guna tangan..

    ReplyDelete
  9. Sue guna medela harmony dan swing ;)
    Marmet x terer sgt..

    ReplyDelete
  10. Nice gadget here..really help to lots of mothers out there....

    ReplyDelete
  11. saya sekarang guna autumz passion je..double pump..best dan murah..tu yg penting..hehe

    ReplyDelete
  12. saya masih guna avent manual yang orang bagi hadiah masa anak 1st dulu. berjasa betul dia sampai anak 3 dah setahun setengah ni dia duk bekerja lagi ihiks..

    ReplyDelete
  13. kak skg pakai pump elektronik fiffy jer...tapilebih prefer pump manual guna tangan

    ReplyDelete
  14. mcm2 jenis & brand di pasaran , kena buat pilihan terbaik !

    ReplyDelete
  15. good sharing dear. pump paling mahal belum tentu dapat kita hasil perahan paling banyak. sometimes teknik marmet is the best utk certain mommies.

    Jemput ke blog nuha.. ada perkongsian tentang penawar anak asthma :)

    ReplyDelete
  16. bagus tips ni...panduan untuk bakal2 ibu..

    ReplyDelete
  17. Saya suka pam susu yang boleh guna bateri dan elektrik. Senang nak bawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !