Bermain Sambil Belajar | Mengenal Tubuh Badan


Kali ni fokus Ash bukan pada Superman seperti di dalam entri INI... Tetapi ianya lebih kepada pembelajaran interaktif di kaca televisyen bila Farah pasangkan DVD bersiri kanak-kanak yang bersesuaian dengan umur Ash sekarang yang Farah beli tempoh hari dari Kedai Buku Popular. Salah satu usaha kepelbagaian medium untuk membantu perkembangan Ash kaedahnya selain dari gajet skrin sesentuh kesayangan dia tu. Ha ha ha... Kali ni tonton dan lakukan aktiviti bersama-sama dengan kerelaan hati sendiri yer Ash? 

Gambar di atas tu bila tiba kepada episod belajar mengenal tubuh badan sendiri... 

Sumber dari Google
Bila televisyen tu tunjukkan tangan... dia angkat tangan... bila televisyen tu tunjuk kaki dia baring angkat kedua-dua kaki... bila televisyen tu tunjukkan lutut, dia tarik kedua-dua belah seluar dia... ha ha ha... bergelut diam-diam setempat sendiri... Cukup untuk buatkan Farah tersenyum melihatkan gelagat serta telatah dia... Terus hilang tekanan dan keletihan hidup di pejabat seharian baq hang... 

Anak-anak ni belajar dan cepat serap melalui kaedah bermain sambil belajar. Kenapa? Sebab diaorang seronok dan gembira bermain. Bila seronok dan gembira tu, makanya cepatlah hadam ilmu-ilmu tu giteww kan? Dan belajar mengenal tubuh badan sendiri adalah salah satu cara atau kaedah meningkatkan perkembangan bahasa dan salah satu cara bagi anak-anak mengekspresi perasaan dan keperluan peribadi mereka.

Kalau sebelum ni Farah kongsikan Ash's Milestone | Belajar & Bermain Mengenal Warna, kali ni adalah perkongsian dari apa yang Farah dah cuba ajarkan pada Ash dan apa yang berada di dalam garis perancangan untuk Ash dalam topik mengenal tubuh badan. Ha ha ha... ingatkan masa belajar dan kerja jer main peta minda... tapiii dah jadi mak-mak ni pun bila tengah jalan sesak atau ada mana-mana ruangyang terluang berpeta minda jugak uolss... 

Bermula Dari Ash Berusia 6 Bulan
Pada waktu ni, Farah tunjukkan dengan jari telunjuk Farah sendiri pada Ash bahagian-bahagian tubuh badan. Farah tunjukkan hidung Farah dan sebut nose dan Farah lakukan berulang-ulang dengan Ash. Lepas tu tunjuk hidung dia pulak dan ulang lagi. Dan dengan cara yang konsisten setiap hari, Farah tambahkan satu satu bahagian tubuh badan yang lain. Contohnya, mata, mulut, telinga, rambut, tangan, kaki, lutut dan segala bagailah. 

Lepas tu Farah lakkukan permsinan ringkas bersesuaian dengan umur Ash, soal jawab seperti... show Mummy where's your nose? eyes? mouth? tummy? Ulang jer selalu... lama-lama esok anak-anak akan kenal dan boleh kenal pasti bahagian tubuh badan sendiri.

Bermula Dari Ash Berusia 10 Bulan 
Mula tunjukkan pulak pada Ash buku cerita tentang bahagian tubuh badan dan tanya soalan-soalan seperti where is the tail of the donkey? show Mummy the giraffe's neck. Tujuan? Nak Ash kenal pasti pulak bahagian tubuh badan pada haiwan.

Sumber dari Google
Sambil sambil tu sambil pakaikan Ash baju, sambil nyanyi lagu-lagu yang berkaitan dengan tubuh badan. Ada masa terluang, macam di awal entri tadi, Farah pasangkan DVD yang bersesuaian ataupun biar Ash eksplorasi pada gajet kesayangan dia tu... Ha ha ha... 

Setakat ini, itu yang telah Farah laksanakan dan ianya masih lagi berterusan... Untuk akan datang? Masih cuba merangka-rangka perancangan dengan panduan dari sana sini sinun... Baca sana baca sini... Olah dalam bentuk perancangan sendiri... tu yang jadi peta minda tu! Muahahaha... Kena conteng-conteng... kalau tak nanti lupa! Ha ha ha... Sedang memikirkan permainan-permainan sambil belajar yang menyeronokkan untuk Ash... 

Banyak jer benda sebenarnya... anak patung boleh dijadikan mangsa... permainan cantum gambar pun boleh... masukkan elemen seni lukisan atau seni kraf pun boleh... gunakan botol, ubi kentang dan segala bagai... kena pro aktif sikitlah... hik hik hik... Tak apa tak apa... asah minda kita sebagai ibu bapa jugak kan? 

Oh ya salah satu lagu yang Farah selalu pasangkan untuk Ash adalah... 


Lagi satu cara... haaa ini yang terbaik!!! Ajar anak-anak cara berwudhu'... Sambil mendidik tentang cara berwudhu' sambil belajar tentang anggota-anggota badan... ^_^... 

Uolss kalau ada cara atau kaedah lain... bolehlah turut berkongsi... kita bertukar-tukar idea, pendapat serta pengetahuan keibubapaan... Yang mana Farah tak tau mungkin orang lain tau... yang mana orang lain tak tau, mungkin Farah tau... begitulah seadanya... saling betkongsi ilmu dan saling memberikan pendapat... ^_*...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bermain Sambil Belajar | Mengenal Tubuh Badan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. mesti die seronok habis..hehee...buat video die..

    ReplyDelete
  2. bagus dengan cara ni..pembelajaran jadi lebih seronok untuk Ash :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dari Mama Q ...jemput la baca blog perkongsian pembelajaran dan perkembangan anak-anak kat http://hepisara.blogspot.com ye...

    ReplyDelete
  4. Boleh tambah main flashcard. Suh dia tunjuk bhgian anggota bdn yg kita sebut.

    ReplyDelete
  5. Mesti anak2 seronok sangat...satu proses pembelajaran jugak ni...

    ReplyDelete
  6. Kitew pon suke ajar baby nabihah tunjuk gigi... mana gigi?
    Even die blurr lg sebab baru 7-8 month tp bila kita tunjuk gigi kita at least dia ada tindakbalas untuk pegang mulut kita balik!

    ReplyDelete
  7. Memang seronok. Even kita yang dewasa pun seronok tengok DVD macam tu

    ReplyDelete
  8. makin selesa dia dduk tue.
    kalah uncle shark ni kalau dia boleh speaking london.

    ReplyDelete
  9. http://msvelentine.blogspot.com/2014/11/sebenarnya-saya-memang-tak-kisah.html suka entry ni....gara dok ngajar mimi...last2 tangan mama terkehel mimi tarik

    ReplyDelete
  10. boleh diorang kenal anggota badan dengan cepat kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia