Beginilah Tugasnya Mak-Mak...

Farah Waheda Wahid
20
Ha ha ha, tak habis lagi cerita Huggies Ultra ni... Oopss bukan nak menunjuk bagai anak Farah pakai lampin pakai buang mahal ke apa yer... Harap dimaklumkan dan harap maklum...Tapi, memang inilah yang Ash pakai sejak beberapa bulan yang lepas... Huh...memang harganya agak tinggi dari lampin pakai buang Huggies Total Protection tu... Farah pernah berkongsi di dalam entri Serasi Bersama Huggies Total Protection. Walaubagaimanapun, hari tu saja-sajalah nak mencuba pula Huggies Ultra ni kan... Ternyata memang bagus Huggies Ultra ni.

Apa yang bagus sangat dengan Huggies Ultra ni? Meh sini nak kongsi... Kalau mengikut deskripsi yang diberikan di laman web rasmi Huggies Malaysia, Huggies Ultra ni telah terbukti secara klinikal untuk mengelakkan ruam lampin. Ia juga membantu melindungi bayi atau anak kita daripada iritasi kulit dengan perlindungan tambahan dari bahan-bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Vitamin E dan juga Chamomile.

Dan manfaat Huggies Ultra seperti yang dikongsikan oleh pihak Huggies Malaysia adalah...

Sila klik pada imej untuk tumbesaran yer...
Dah baca kan? Dan dari pengalaman sendiri setelah bertukar dari Huggies Total Protection kepada Huggies Ultra ni memang boleh dikatakan lampin Ash sentiasa kering. Kalau katakan Ash tidur malam, salinkan lampin pakai buang sebelum tidur, Farah tak perlu salinkan lagi sepanjang malam... Katalah salinkan lampin pakai buang tu pada pukul 10 malam pada waktu Ash nak tidur... Ianya akan kekal kering semalaman yang mana keesokkan harinya pada pukul 6.30 pagi baru Farah salinkan lampin pakai buang Ash. Tidak perlu lagi menyalin lampin terlalu kerap di waktu malam dan tiada lagi ketidakselesaan pada Ash. Memang Ash tidur lena sepanjang. Tak resah, tak gelisah sebab lampin tu kering kan? Anak-anak ni kalau lampin basah memang tak lena tidur dan resah. Lagi satu kalau dibiarkan lampin pakai buang tu tak bersalin dan memberat lepas tu air kencing bertakung boleh menyebabkan iritasi kulit dan juga ruam lampin. Tak bagus tu... Jadi  bagi Farah sebagai ibu, Farah dah jumpa solusinya yang paling ampuh sahabat negara jiran kita bahasakan ataupun solusi yang terbaik. 

Farah pentingkan keselesaan Ash dan pentingkan tidur yang berkualiti untuk Ash. Dan testimoni ini adalah ikhlas dari hati dan pengalaman sendiri yer. Ha ha ha... Ok itu bab pertama kenapa suka sangat pakaikan Ash lampin pakai buang dari jenis ni. Yang keduanya... ha ha ha...baru nak masuk intipati entri ok? 

Dari semalam di Facebook bawak ke blog, Farah dok mengomel... tapi tak adalah merungut mana pun...bak kata Maria ... tak apa rezeki untuk anak tu tetap ada... ha ha ha...cuba berkira-kira jer harga kenaikan...Selama kini Farah beli Huggies Ultra di TESCO dengan harga RM 35.90. Kiranya selama kini tu, beberapa bulan kebelakangan ni lah. Tup tup tup, biasalah semalam adalah hari stok semula... Farah singgahlah di TESCO untuk beli kan? Harganya telah bertukar kepada RM 54.40 (status Facebook tu terlebih sedikit RM 0.10). Ha ha ha... Mau tak terkejut chimpanzee Mummy Ash ni. Terus tak jadi beli sebab di rumah masih ada 2 paket lagi. Ha ha ha...Saja beli buat persiapan untuk ke bulan yang seterusnya. 

Dari status Facebook tu, ramai yang suruh "survey" harga sana sini... beginilah tugasnya mak-mak kan? Memang Farah selalu "survey" pun... Dan setakat ke bulan, TESCO tu harganya berbaloilah...Tapi ni dah naik ni... Bha ha ha...Nak kena "survey" di AEON Big pulak... Speedmart 99? Yang Farah pernah ternampak saiz S tu pun tak banyak. Saiz M, nan hadoooo dik non. Memang susah sikit nak cari di Huggies Ultra ni. Agaknya disebabkan kebagusannya...sebab tu laris sangat ataupun memang pengeluarannya adalah terhad? Entahlah, tak dapat nak dipastikan. Sebab tu bila Farah jumpa kat mana-mana, terus beli jer, tak fikir panjang. Yang jumpa pun tinggal 1 paket, 2 paket macam tu. Hu hu hu... Pihak Huggies Malaysia... tolong tingkatkan keluaran Huggies Ultra terutama saiz M buat masa sekarang ni...Hik hik hik...Aci tak Farah buat permintaan macam tu?

Tapi tulah, nak dijadikan cerita, beginilah tugas mak-mak.... setiap barang keperluan anak bagi mengimbangi keadaan ekonomi sedia ada, terpaksa "survey" di sana sini kan? Demi mencapai kepuasan dalam membeli belah untuk anak...Ha ha ha...Bukan tak mampu, tapi orang kata apa, membeli belah secara berhemah giteww adanya... Tapi kann, duit kalau tak guna pun habis jugak...Dari habis macam tu jer... Eloklah berbelanja seadanya untuk anak kan? Dan simpan-simpan sedikit untuk kegunaan masa hadapan atau masa-masa kecemasan...Wallah...Ha ha ha...Ayat tak menghingat... Tapi betullah, kalau ada menawarkan harga yang menarik, kenapa tidak kan? 

Makanya, hari ini akan melakukan operasi ke AEON Big dalam misi membuat perbandingan harga Huggies Ultra ni...Harapnya adalah kan? Tapiiii...kalau nan hado... makanya terpaksa jugak beli yang di TESCO tu... 

Ada siapa-siapa tau lagi di mana terdapat lambakan Huggies Ultra ni selain TESCO? Abang Shakiddo "weolls" a.k.a. Hisyamudin Fadzil ada cadangkan sesuatu tempat, nanti nak kena "private message" Abang Kid ni kat Facebook ni... Ha ha ha...

Ashhhh...cepat cakap!!! Lepas tu senang Mummy nak "potty training" Ash... Bila dah bercakap dan faham senang sikit... Hik hik hik...

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak dek pengalaman lagi jadi mak mak. hahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper nani, jadikan ni sebagai pengetahuan di masa akan datang...

      Delete
  2. harga diapers pon mahal sekarang ni.. sekarang aisyah saya pakaikan pet2 je..dan terus berusaha untuk ceraikan diaper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nak tunggu ash pandai cakap lepas tu nak teruskan dengan potty training... tak betah pun tak apa, asalkan dia faham dan boleh bagi bahasa isyarat pun ok...

      Delete
  3. bab pampers ni memang lah xboleh nak cakap aper sbb kekadang baby kite xsesuai pakai yang itu so terpaksa la pakai yg ini pula.harga bukan ukuran pada pendapat sy la..sbb kekadang baby ni dia alahan sikit.dapat ruam lah...gatal lah mcm2 lagi.so nak yg sesuai terpaksa la uji cuba kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kadang tu kita bukan menunjuk tapi dah memang itulah yang bersesuaian dengan anak kan?

      Delete
  4. Baby kite pakai drypers Farah, wat masa ni nasib baik kulit montot die okey jekk! Hehe, klo pegi ekspo plak beli mamy poko sbb harga murah! Tak penah lg try Huggies ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ash pun tak pernah ada masalah ni, tak pernah ada ruam... drypers ok tapi kerap salin sebab ash kuat shhhhh

      Delete
  5. Sue pengguna setia pet2...bab2 pampers kene tgk kesesuaian kulit ank juga kan..

    ReplyDelete
  6. Memang pun farah. Sok anak dah besar lagi bnyk tugas bila dh jd mak mak ni.

    ReplyDelete
  7. Aqil pon pkai yg ni lps mnta free sample.Bl try ok & trus guna utk mlm/g jln2 ja.Klau kt rumah guna brand lelain ja.

    Mahal kot 50++ tu.kt sini dlm 30++ je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat TESCO jer kot zai, tadi kawan cek kat AEON Big...Harganya RM 36.90

      Delete
  8. Damia pun pakai jenaman huggies jugak tapi yang pants punya. Memang kering sampai ke pagi. Damia pun tak pernah kena ruam lampin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ash tak pakai yang pants lagi aunty...Nanti dah pandai berlari pakaikan pants punya...

      Delete
  9. anak yg sulung pakai mamy poko..parah tul masa tu

    ReplyDelete
  10. sesekali pernah juga pakai huggies, kalau ada sale, beli lah..hiihhi...

    cpt potty training, nanti senang utk adik nanti..hiihih..(bajet pampers utk adik la pulak..^__^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !