Personaliti seseorang itu adalah bermula dari semenjak dia seorang bayi lagi... kerana bayi memang dilahirkan dengan personaliti. Menurut satu artikel di SINI, doktor dan pakar psikologi mengesahkan bahawa bayi memang dilahirkan dengan personaliti tertentu dan kenyataan mereka itu disokong oleh pelbagai kajian. Para pengkaji percaya bahawa setiap anak bermula dengan satu set personaliti yang terdiri daripada 9 ciri. Set personaliti inilah yang menentukan jenis personaliti bayi kita.
Ha ha ha... tetiba tadi masa baca macam teruja pulak... Dan sekarang rasa teruja nak kongsi pulak dengan uolss... Hik hik hik...
Bayi Mellow
Bayi mellow adalah bayi yang tenang, tidak mudah terganggu dengan persekitaran yang asing dan biasanya tidak takut dengan orang yang tidak dikenali. Bayi yang berpesonaliti begini pada kebiasaannya agak lambat berpusing, merangkak, berjalan dan bercakap. Ibu bapa mungkin rasa bertuah jika anak kita tergolong di dalam golongan ini kerana tidak banyak kerenahnya tetapi harus diingat, segelintir bayi mellow agak ketinggalan di dalam pembelajaran sedangkan rakan-rakan sebayanya yang lain dapat 'menangkap' apa yang diajar dengan cepat dan mudah.
Bayi Moody
Memang memeningkan kepala jika anak kita tergolong dalam golongan bayi moody kerana bayi jenis ini sangat sensitif terhadap persekitarannya. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh berubah daripada ketawa kepada menangis sekiranya sesuatu yang tidak kena pada pandangannya. Bunyi bising, pergerakan secara tiba-tiba, orang yang kasar, semuanya boleh menjadi sebab untuk si bayi moody meragam. Bayi moody, apabila meningkat remaja dikatakan agak lemah dalam menangani tekanan dan mempunyai otot-otot yang tegang. Mereka juga lebih mudah resah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Ibu bapa yang mempunyai bayi moody perlu bijak mengenalpasti situasi-situasi yang boleh membuat bayi tidak selesa dan meragam dan cuba elakkan daripada bayi kita terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.
Bayi Pemalu
Bayi pemalu mempunyai karakter yang lebih kurang sama dengan bayi moody iaitu tidak sukakan persekitaran yang asing. Bezanya, bayi pemalu, seperti juga kanak-kanak pemalu, lebih cenderung untuk memencilkan diri apabila merasakan persekitarannya seperti 'mengancam' keselamatan dirinya. Mereka ini lambat serasi dan menunjukkan tindakbalas pasif terhadap perkara-perkara yang baru - makanan, tempat, benda, orang.
Bayi Ceria
Apa yang lebih menceriakan si ibu daripada mempunyai bayi yang sentiasa ceria? Bayi ceria secara keseluruhannya tidak banyak kerenah atau meragam. Wajahnya sentiasa sahaja tersenyum dan riang. Berjumpa orang baru? Berada di tempat baru? Bukan masalah baginya kerana tidak seperti bayi pemalu atau moody, bayi ceria mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bayi ini hanya akan menangis apabila keperluannya tidak dipenuhi. Selain daripada itu, bayi jenis ini memang tidak banyak masalah.
Tapi, bayi ceria mungkin akan membesar menjadi seorang yang terlalu mudah mempercayai orang yang baru dikenalinya. Oleh itu, adalah penting bayi ibu bapa mengajar anaknya itu tentang bahaya-bahaya berkaitan dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi awas, jangan sampai kita jadikan anak kita tu seorang yang prejudis ok? Ha ha ha... Lagi-lagi kalau anak perempuan uolss... Bahaya zaman sekarang ni kalau terlalu mudah percayakan orang...
Adakah Bayi Kita Akan Kekal Begitu Sehingga Dewasa?
Kajian demi kajian menunjukkan bahawa personaliti seseorang bayi itu kekal bersama anak itu sepanjang hidupnya. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menjadikan bayi kita yang pemalu atau moody itu seorang yang lebih tenang dan mudah serasi dengan persekitaran baru.
Makanya, kita yang jadi ibu bapa ni patut sangatlah bagi rangsangan yang bersesuaian dalam membentuk personaliti anak kita. Kena ingat jugak, make over terhadap personaliti anak kita mungkin akan membuatkan anak tertekan dan menggagalkan usaha suci murni kita tu. Oleh itu, kembangkan potensi yang sedia ada dalam diri anak kita supaya dia membesar menjadi individu yang unik. Lagi mudah kot dari menongkah arus... Ha ha ha...Macam lebih kurang... Apabila kita berjalan jangan nak ikut arus sangatlah... sesekali kita kena ke tebing... Gitewwlahhh kaedahnya...
Ash? Jeng jeng jeng...agak agak yang mana satu personaliti dia? La la la la...Sesiapa yang pernah jumpa dan ber-ramah mesra dengan dia taulah kot personaliti dia yang macam mana...Ekekekeke... Anak Farah memang suka senyum...ha ha ha... ikut Mummy dialah kan? Tapi setakat senyum jer lah... Kalau nak dukung dia... kena tackle dia dengan cara yang betul... Baru dia nak...Kalau tak... Bergegar satu kawasan dengan suara dia yang super duper nyaring yang cukup untuk membingitkan telinga sesiapa sahaja...Muahahaha.... Makanya agak-agak? *_^
Ank sue yg no 3 kalo dgn org lain fia x nk.
ReplyDeleteAnak-anak saya pemalu dan ceria :)
ReplyDeleteAsh pemalu niiiiiiii hehehe :D
ReplyDeletekecik2 kita leh taw personaliti mereka...
ReplyDeleteHuh...Kena check semula che mek mcmane...Haha
ReplyDeletewah wah..memang betul saya pun pernah baca article serupa ini. kalau baby yg memang jenis moody atau cepat throw tantrum the best we can do is to biar dia habiskan tantrum dia dulu.
ReplyDeletegood info..thanks sharing ye...
ReplyDeletebalik nih check balik personaliti baby saya camne plak..hehehe
Bayi Che Ta.... bayi yang somel bangat.. hahahaha... tetiba jer kann... :D
ReplyDeleteAnak idah 4 ceria 1 mellow.... :D
Nuffnang tidur lena plak malam nie... :(
ReplyDeletePenting ni, barulah senang nak jaga baby lepas ni
ReplyDeleteLuv u, baby
Dan personaliti itu, boleh di ubah, kita sebagai parents yg mencorakkan nya...plus hubungan anak itu dgn org lain nanti ( kawan2 sekolah, opis, etc)
ReplyDeletebaby pun ada personaliti sendiri rupanya..
ReplyDelete