Bayi & Bola | Kenapa Harus Bermain Dengan Bola???

Sumber dari Google
Bola ni adalah satu subjek dan objek permainan kegemaran Ash... Kalau dalam sehari, mesti tak sah kalau dia tak main bola. Dan yang paling rajin melayan dia main bola adalah Atuk dia. He he he. Lelaki tetap lelaki kan? 


Kenapa bermain dengan bola atau memberi bayi bermain dengan bola ni adalah satu perkara yang bagus untuk perkembangan bayi? Haaa...meh meh meh... Mummy Ash nak cerita ni...Hik hik hik... Farah bukanlah pakar yer, tapi sekadar berkongsi ok? Untuk pengetahuan semua orang... terutama ibu bapa di luar sana. Sebenarnya dengan bermain bola bayi secara tidak langsung membentuk perkembangan dalam daya penelitian, fokus kepada permerhatian, rasa dan emosi, pergerakan dan juga pemikiran.

Bayi memang mudah tertarik dengan bola. Lagut dan asyik sangat belek bola kalau kita perhatikan betul-betul. Sifat ingin tahu tu tinggi sebenarnya anak-anak kecil ni. Yelah benda baru bagi dia kan? Golekkan bola, pegang bola dengan 2 tangan, gembira tengok bola tu bergolek-golek, lepas tu ketawa sendiri. He he he. Itu dari pemerhatian ke atas Ash. (Ash-lah subjek kajian dalam perkara ni). Lepas tu bila dia dah belajar duduk dan mengengsot (oh ya, anak "I is" tak merangkak yer? Dia terus berpaut untuk berdiri), gembira jer kejar bola tu kalau bola tu bergolek. Walaupun masih tak boleh berjalan, tapi bola itu telah memotivasi bayi untuk bergerak ke sana dan ke mari. Bagus kan?

Bola adalah satu objek yang mempunyai kepelbagaian aktiviti. Bayi akan belajar untuk mencapai dan menggenggam objek berbentuk bulat di usia 4 sehingga 5 bulan tetapi kemudiannya apabila usia mereka semakin bertambah dan meningkat, mereka akan mula belajar untuk menggolekkan serta membaling dengan tangan, kaki dan juga benda-benda lain. 

Set Bola Yang Minimum Untuk Bayi
  • 1 bola getah yang kecil
  • 1 - 2 bola lembut untuk permainan di rumah
  • 1 "bouncy ball" untuk aktiviti luar rumah
Bola adalah objek pemerhatian dan eksperimentasi. Bayi menyiasat kualiti dan juga ciri-ciri objek yang berbeza-beza dan ini mempunyai satu makna atau pengertian yang besar buat mereka. Jadi, anak-anak "acquainted" dengan dunia mereka dan menguasai dunia itu. Anak-anak belajar tentang kehidupan juga jika kita pandai kaitkan dengan bola. Contohlah ek, contoh... ianya adalah tidak mustahil bagi mereka untuk memegang bola tennis dengan satu tangan dan agak mustahil untuk memegang bola yang besar dengan satu tangan yang mana mereka perlukan 2 tangan untuk tujuan itu. Bola yang kecil itu mudah sebab ringan tetapi bola yang besar itu sukar sebab berat. 

Apa Sebenarnya Manfaat Atau Faedah Aktiviti Dengan Bola Ni?
Objektif utamanya di usia anak-anak masih di peringkat awal adalah kebolehan untuk membezakan saiz bola yang berbeza, untuk menggolekkan, untuk memegang. Memang mudah dan ringkas dan mungkin sesetengah orang tak nampak apalah yang Farah ni nak cerita sangat kan? Ha ha ha...Bola jer pun subjeknya. 

Haaaa, jangan tak tau yer... semua komponen-komponen yang Farah dah nyatakan adalah penting untuk perkembangan secara menyeluruh skil motorik, "spatial awareness", koordinasi, konsep kiri dan kanan yang mana konsep kiri dan kanan ni sangat-sangat penting di dalam perkembangan pemikiran dan juga bahasa bayi.

Dan dengan bola jugaklah perkembangan sosial, komunikasi dan interaksi anak-anak berkembang.


Macam Mana Nak Pilih Bola?
Ha ko, sampai nak pilih bola pun akak nak cerita nokss. Sesuatu bola itu seharusnya yang selesa untuk digunakan dan yang semestinya jangan bayi terasa pelik lepas tu menangis. Errrr...ada bayi yang takut dengan bola? Ada kot? Cuma mungkin Farah tak jumpa lagi kot? Menurut artikel di SINI

Kebolehan "Bouncing"
Bukan bola getah jer boleh "bouncing", tapi bola kapas pun boleh bila disumbat dengan betul. Kalau yang tak melantun-lantun tu bergoleklah kan? 
Berat Dan Ringan
Untuk anak-anak yang baru belajar berjalan, bola sepak yang berat tak bolehlah nak dijadikan permainan kan sebab saiz dan juga berat. Tapi anak-anak yang dah masuk tadika boleh mencuba bermacam-macam jenis bola. Sangat penting anak-anak belajar tentang daya graviti mereka dan juga keberatan sesuatu bola itu dengan keupayaan mereka.

Warna
Walaupun anak-anak tertarik pada warna-warna terang, kita tak sepatutnya membeli terlalu banyak bola yang berwarna warni terang tu. Persepsi warna mereka adalah lebih baik dikembangkan melalui warna yang mempunyai seri pelangi ataupun pastel.
Kualiti Permukaan Bola
Permukaan bola yang biasa yer, jangan pelik-pelik, macam ada tajam-tajam atau bulu-bulu ke... 
Pewarna
Pastikan bola tu, warnanya tak luntur dan tidak melekat di tangan anak-anak. Al-maklumlah bayi kan kadang-kadang suka menjilat atau menghisap objek-objek di sekeliling mereka. Semua nak masuk mulut... Dush dush ... Pengsann... Pewarna kan bahaya untuk kanak-kanak? Maka logiklah kan? 
Pheww, cerita bola jer pun, tapi tetap terjadi panjang lebar...Ha ha ha... Ok, apa lagi? Pergi belikan bola untuk anak-anak masing-masing kat rumah tu, ataupun memang dah ada bola yang bersesuaian, rajin-rajinlah layan anak-anak main bola kat rumah...Ha ha ha... Haippp, jangan M.A.L.A.S.... *_^

Sekarang ni nak mencari "gym ball" atau "bouncy ball" yang ini untuk Ash... 

Sumber dari Google
Sebabnya minat pulak dia main dengan "gym ball" ni Sabtu lepas bila Farah bawak dia pergi rumah "BFF" Farah... Ha ha ha, jumpa pulak rakan sebaya yang lahir seminggu awal dari dia...Jadilah dia...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bayi & Bola | Kenapa Harus Bermain Dengan Bola???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 10, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Huhu..Dulu ade 1 bola kaler rainbow bg che mek main..mmg suke jg che mek tgk kaler2 dkt bola tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu? bola tu mana pergi che mek simpan? hik hik hik...

      Delete
  2. Dgn hy sebiji bola, mcm2 benda yg baby kita boleh belajar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul banyak benda yang boleh dipelajari hanya dari sebiji bola...

      Delete
  3. Replies
    1. just sharing something that might be useful anum...

      Delete
  4. Waduh-waduh kak farah, bercerita bab bola. puteri saya, baru masuk 2 tahun bulan 10 lepas, mampu menendang lebih kuat dari budak sebaya dia....huhuhu
    akbibat dari tu saya sembunyi kejap bola....sebab terlalu suka dan merbahayakan bila di dalam rumah.
    Apapun memang benar, membantu perkembangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tukar material bola tu kepada bola lembutlah jawabnya...

      Delete
  5. disebabkan bola, Amir kalau berjalan tempat yang ada orang jual bola, memang dia mintak...sampaikan bole la kot tak lama lagi jual bola...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bolehlah adik Ash beli dari abang Amir... he he he...

      Delete
  6. Adam rayyan org suh sepak bola, dia tangkap bola...bila pakai kasut baru dia selesa menendang bola..so kena betul2 gaya bersukan time main bola...dlm rumah daddy xbagi main bola...irrayyan.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam rumah kalau main bola, habislah kalau dia tendang semua irra...hik hik hik, pengsan daddy...

      Delete
  7. suka main bola dengan budak kicik... lagi2 yang baru belajar jalan... terkedek2... haha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY