Anak Rapat-Rapat?

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Sejujurnyalah kan? Tanpa sebarang prejudis...Farah kagum dengan ibu-ibu di luar sana yang berjaya menguruskan anak-anak kecil yang boleh dikatakan jarak umur mereka rapat-rapat atau pun selang setahun tanpa mengeluh ataupun merungut ataupun berkeluh kesah. Memang betul-betul "SuperMummy" kan? Farah sendiri ada seorang "BFF" yang jarak kelahiran anaknya adalah rapat... Selepas melahirkan anak pertama pada bulan Disember 2012, kemudian pada bulan November 2013 beliau telah melahirkan anak kedua pula. Dan yang lebih mengagumkan adalah bila mana, beliau menguruskan sendiri kehidupannya dan anak-anaknya bila suami beliau bertugas nun jauh di Saudi sana. Memang respek habislah... 

Makanya, kita-kita ni yang masih ada suami untuk membantu menguruskan anak-anak yang ramai...janganlah pula suka sangat nak berkeluh kesah yer? Sebab... walaupun kita rasakan sukar untuk menguruskan segalanya sendirian, ada orang lain yang terpaksa menguruskan anak-anak secara sendirian tanpa mengomel, mengeluh, berkeluh kesah atau merungut pun... Bila ingat ni, kita akan rasa lebih lega dan lebih positif kan? Sebab memang tak dinafikan bila ada anak-anak kecil rapat-rapat usia ni, ada ibu-ibu yang kadang kala boleh merasakan tekanan ataupun rasa tak mampu untuk menguruskan sendirian.

Farah pernah membincangkan mengenai Jarak Yang Ideal Bagi Kelahiran Anak pada entri yang bertarikh 2 September 2013. Dan bila dianugerahkan oleh Allah SWT anak yang rapat-rapat usianya ni, kita sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang rezeki Allah SWT ni tak terduga walaupun kita merancang yer tak? Kalau tak merancang tu lainlah cerita.

Ada sesetengah ibu bapa memang menginginkan bilangan anak-anak dalam usia yang rapat-rapat dengan sebab mereka yang tersendiri. Macam salah seorang kawan Farah... Beliau menginginkan anak yang rapat usianya disebabkan nak berehat cepat. Maksudnya... dalam beberapa tahun tu melahirkan, lepas tu fokus kepada membesarkan dan menjaga anak dan kemudiannya boleh rasa lebih tenang bila anak-anak dah mula membesar. #ehhh ada orang yang macam tu... Tak apa, kalau berkemampuan tak salah. Ada sesetengah ibu bapa merasakan manisnya dan indahnya kalau anak-anak yang hampir seusia atau jarak umur mereka rapat-rapat dapat membesar bersama-sama dan berkongsi segala perkara bersama-sama di saat-saat mereka membesar. Satu aura ikatan yang tak dapat diperjelaskan kerana ianya kompleks dan Farah percaya "uolss" semua faham apa yang Farah cuba sampaikan. 

Ada ibu bapa merasakan bila usia kelahiran anak rapat-rapat ni, masa untuk menukar lampin dan berjauhan dari rumah menjadi kurang dari jarak kelahiran anak-anak yang terlalu jauh. Dan juga kadang-kala disebabkan oleh faktor usia ibu itu tersendiri. Ada ibu-ibu yang berkahwin lewat atau lewat dikurniakan rezeki anak oleh Allah SWT, sebab tu bila dah diberi rezeki, mereka tak ingin membuang masa menunggu lagi. Jadi mencubalah sehingga mereka diberikan rezeki oleh Allah SWT dengan bilangan anak yang diingini. 

Bila anak rapat-rapat ni, mental ibu betul-betul nak kena kuat... sebab banyak cabarannya kan? Walaupun Farah tak melalui tapi Farah dapat melihat perkara ini dari satu sudut. Antara cabaran-cabarannya... mendukung anak kecil kita ketika sedang sarat hamil, menukar lampin dan dalam masa yang sama berperang dengan alahan hamil, tidak mendapat tidur yang cukup ketika kehamilan kedua sebab kena berjaga malam menjaga anak kecil, berperang dengan "pre-term contractions" setiap hari selama 2 bulan kerana badan ibu masih lagi belum bersedia untuk hamil bayi yang seterusnya selepas baru sahaja melahirkan dan akan rasa kurang menikmati kehamilan kedua sebab sibuk menguruskan anak pertama.

Itu cerita sebelum kelahiran, bila dah melahirkan...Perghhh... Farah dah melihat sendiri macam mana berjuangnya seorang ibu, menguruskan anak-anak yang sangat rapat usia ni. Tapi anak masih lagi terurus...Sebab tu Farah rasa kagum...

Mungkin ada di antara ibu-ibu di luar sana yang pernah mengalami situasi ini dan mungkin boleh berkongsi sedikit pengalaman? *_^... Kalau mengandungkan kembar dan melahirkan kembar pun... sama juga kan?

*Sesungguhnya wanita itu adalah insan hebat dan kuat ciptaan Allah SWT...Kan kan kan? Tangan yang menghayun buaian itu kan mampu mengoncang dunia...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. adik beradik saya memang rapat2.. 6 org adik beradik.. memang agak susah dengan mak ayah bekerja tapi kita membesar di kampung di kelilingi sedara mara lain la sikit. Cuma tu la nak manja2 macam orang lain tu tak sangat. Ada baik & buruknya.. bergantung pada parent sendiri. kalau mak tak bekerja maybe masa banyak dengan anak2 tapi bagi yang bekerja masa dengan anak2 terhad.. anak ramai rapat2 jadi kat situ mungkin ada keburukkan. cuma bila besar.. semua macam besar serentak. Macam adik beradik saya..

    ReplyDelete
  2. Ibu2 zaman dulu beranak da yg smpai 12 org, mereka x pernh merungut kan. Dpt plak mmbesarkn ank2 dgn sempurna. Kagum dgn mereka

    ReplyDelete
  3. akak anak 1n 2 mmg rapat..sorg mac 2008 sorg april 2009...masa,blnja tu mmg amat terasa la...tp anak2 kan kena juga penuhi segala kperluan termasuk pendidikan...alhamdulillah...bila dah umur 5&6 tahun..senang sikit sbb msg2 dah pndai bawa diri...anak ketiga jarak jauh pulak..hihi...sdg tunggu hari lg ni

    ReplyDelete
  4. Kak Farah, abang syida anak dia rapat-rapat. Dan... yang paling gempak, masuk yang dalam kandungan kakak ipar sekarang jumlahnya empat orang, mak ayah syida dah geleng kepala, doktor dekat hospital ipoh pun dah bising sebab kak ipar syida tiap-tiap tahun datang bersalin. Anak rapat-rapat ni best, tapi kesian dekat anak2 sebab kecik2 dah kena belajar berdikari.

    Tapi syida respect jugalah dekat abg n kak ipar syida, anak buah syida baru setahun setengah dah pandai, contohnya, kalau kte suruh dia tanggal pampers pergi mandi, dia pandai buka pampers sendiri lepas tu masuk dalam bakul sampah. :)

    ReplyDelete
  5. Mama la salah sorang yang anak tiap tahun sorang tu... Memang kena jiwa kental la sebab semua kecik-kecik lagi..kesian jugak kat kakaknya tak dpt nak manja lama2..tapi yg bagusnya anak-anak Mama cepat matang, pandai berdikari dan mudah belajar. Pastu tak risau diorg xde kawan ke apa...3 orang pun dah meriah...bukan takat jadi kawan main je tapi jadi kawan "sekolah kat rumah" (homeschool) jugak hehe

    ReplyDelete
  6. singgah pagi
    hari ini bz skit
    nak mengemas kat office

    ReplyDelete
  7. huhu..
    yg ni saya suka sebab saya pun rapat2 gk.. masa lahirkan anas d.o.b. 24/10/13, hana d.o.b. 05/02/12 menyusu selang seli ngn baby.. tp itu membantu masa pantang sbb baby time tu kurang menyusu dan hana tolong kurangkan bengkak susu ummi :) so precious...

    ReplyDelete
  8. Beruntung kalau anak rapat2 nie...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !