3 Petanda Jadual Anak Terlalu Ketat Dan Apa Yang Boleh Dilakukan?

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Anak-anak zaman sekarang kan? Macam-macam ada dalam jadual seharian mereka kalau bersekolah. Sekolah kebangsaan, sekolah agama, tuisyen, aktiviti ko-korikulum. Pendek kata penuh jer lah. Eleh, macamlah Farah tak rasa kan? Macam ler kita semua tak rasa kan? Maksudnya nak cakap yang kita ni tak adalah tua mana pun... ahaksss... merasa jugak semua benda ni dulu kan? 

Bila tengok senario gambar kat atas yang Farah pinjam dari Google tu, kesian pulak menengoknya. Hurmm... Ash kalau dah sekolah esok macam manalah gamaknya... Adakah akan melalui fasa-fasa seperti itu juga? Letih benar tu sampai tertidur macam tu... 

Anak-anak ni jenis yang macam mana pun akan akur dengan apa yang ditetapkan untuk mereka sewaktu kecil dan akan cuba menyesuaikan diri mereka. Mereka ada pelbagai minat dan belum mahir atau faham untuk mengehadkan sesuatu dengan sendirinya. Yerlah... nama pun bawah bimbingan ibu bapa dan guru yer tak? Tapi dalam sedar tak sedar perkara ni sebenarnya kadang-kadang boleh membawa kepada situasi di mana jadual seharian anak terlampau ketat. Hasilnya, anak senang merasa tertekan dan keletihan.

Apakah Petanda Jadual Terlalu Ketat dan Anak-Anak Keletihan?

"Mood" Anak "Moody" ataupun "Grumpy"
Cuba fikir balik, kalau kita penat dan tertekan, bagaimanakah emosi kita? Peluang paling besar silap sikit pun kita melantun kan? Errr ke ada yang memang sopan santun yang bukan macam ni? Ekekeke..."Mood Swing" lah senang cerita kan? Anak-anak pun sama jugak bila terlalu banyak sangat perkara yang berlaku pada diri mereka. Bila dalam keadaan macam ni memanglah silap sikit pun cembeng, silap sikit pun tunjuk perasaan, kalau ada adik beradik lagilah... silap-silap mau bergaduh walaupun hanya perkara-perkara kecil. Yang pening? Ibu bapa... muahaha... ada sesetengah tu pulak tak makan pujuk... Adehh... Payah benau nak mujuknya...

Gred atau Markah Mula Menurun atau Merosot
Ibu bapa yang memantau perkembangan anak akan mula terperasan ada kerja rumah yang tidak dibuat dan markah ujian atau peperiksaan adalah lebih rendah dari prestasi kebiasaan mereka. Anak-anak yang ditarik ke terlalu banyak arah selalu lupa tentang kerja rumah ataupun terlalu penat untuk melakukan kerja rumah. Kadang-kadang mereka tak boleh nak sediakan masa untuk belajar.

Anak-Anak Tidak Lagi Teruja Dengan Aktiviti Kegemaran Mereka
Anak-anak pun macam kita yang dewasa ni jugak. Perlukan masa sendiri dan ada masa-masa mereka pun akan merasakan yang mereka tak nak buat apa-apa pun hari tu. Mereka memerlukan masa untuk merehatkan minda juga. Kalau dah nampak anak-anak tak teruja tu, dah tiba masa untuk 'cut back'.

Realitilah kan? Kita sebab ibu bapa pun ada masa-masa "exhausted" jugak... seboleh-bolehnya kita sediakanlah satu jadual yang sihat buat anak-anak... yang seimbang bagi mereka dan juga kita...

Tetapkan Keutamaan
Duduk bersama-sama anak, ajak anak-anak berbincang dan bincang serta jelaskan kepada anak-anak, apakah yang paling penting kepada mereka dan mengapa. Beri anak-anak kefahaman. Selepas tu, identifikasi bersama-sama anak apakah aktiviti yang paling utama buat mereka. Sekolah dah tentulah perkara utama kan? Buat senarai dan kemudian apa yang berada di bahagian bawah senarai tu bolehlah dibuangkan secara perlahan-lahan.

Jadualkan Waktu Senggang Atau Waktu Rehat
Pastikan anak-anak mempunyai waktu senggang, waktu rehat dan satu masa di mana mereka dilepaskan dari melakukan apa-apa pun. Ini sangat penting. Anak-anak perlukan masa untuk bermain dan juga melakukan apa yang mereka suka.

Tetapkan Peraturan
Tetapkan peraturan. Teritama bila anak-anak dah mula bersekolah. Peraturan ini akan mengehadkan jumlah bilangan aktiviti yang anak-anak dapat lakukan. Dan seharusnyalah, mengandungi panduan tentang gred yang boleh diterima dan juga pukul berapa anak tu mesti ada di rumah setiap kali habis waktu persekolahan. Bila kita tetapkan peraturan, kita sebenarnya mengajar anak tentang nilai keutamaan. Skil yang semacam ini akan dibawa sehingga dewasa.

Memang ada yang berkata, teori itu lebih mudah diperkatakan atau disampaikan berbanding praktikal. Tapi cuba dulu ye tak? Baru tau... Sememangnya mendidik anak bukannya mudah kan? Itulah cabaran sebagai ibu bapa. 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pernah merasai awali merasa kehidupan "berjadual" ni... wohooo letih tau !

    ReplyDelete
  2. Yeaa mendidik anak bukan mudah..sekarang ni nak suruh mandi pun liaaaaaaaaaatt bebeno budak2 ni aih

    ReplyDelete
  3. Haaaa ... Betul tu nak suh mandi pun susah, tambahan cuti sekolah nie ... Mesti nak ibu jadi singa dulu, baru nak gerak ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !