12 Etika Wanita Di Masjid...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Sudah agak lama rasanya tidak berkesempatan berjemaah di masjid "uolss"... Sejak Ash lahir, waktu malam nak menjejakkan kaki ke masjid ibarat tak kesampaian pula nak tinggalkan Ash dengan Nek Ma dia sahaja... Dahlah siang Nek Ma, berhempas pulas membanting tulang menjaga Ash yang sememangnya ha ha ha...tak dapat nak diperjelaskan (atau saja tak nak memperjelaskan)... Oklah oklah dia adalah "hyperactive" sekarang ni... Membuas dan melasak ya ampunnn... Tapi dah nama pun anak lelaki kannn? 

Belum berkesempatan lagi menjejakkan kaki ke masjid besar di kawasan perumahan Farah yang baru dibuka pertengahan tahun 2014 ini. Lihat dari luaran memang tersergam indah dan cantik binaannya. Dan setakat ini, memang banyak aktiviti-aktiviti musyawarah yang telah dilangsungkan. Seronoknya kalau dapat sama-sama menyertai. Tapi tak apa... Tunggu sikit masa lagi...In Shaa Allah, akan ada ruang dan kesempatan itu... Ash pun dah mula nak membesar dan dah nak masuk setahun. Yeayyy...lepas ni boleh ajak Ash bersama-sama Mummy, Nek Ma dan Atuk ke masjid. Dedahkan Ash sedari awal supaya dia tau dan dia faham pentingnya ilmu-ilmu akhirat dan pentingnya kesetiaan kepada Allah SWT... betul tak? 

Bila bercerita tentang masjid ni... sepertimana yang boleh dilihat di dalam tajuk entri ni... Farah nak berkongsi sedikit hasil daripada pembacaan di artikel INI buat panduan serta ingatan kita bersama-sama... 12 Etika Wanita Di Masjid...
  1.  Tidak memakai wangian dan perhiasan.
  2. Berdoa sejak dari rumah: "Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah."
  3. Berjalan ke masjid dengan tenang.
  4. Berdoa ketika memasuki masjid: "Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang abadi, dari godaan syaitan yang direjam".
  5. Berdoa ketika keluar dari masjid: "Dengan nama Allah, dan selawat dan salam bagi Rasulullah SAW. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari anugerah-Mu. Ya Allah, peliharalah aku dari gangguan syaitan yang direjam."
  6. Melakukan sembahyang tahiyatul masjid (2 rakaat) sebelum duduk.
  7. Tidak melakukan sembahyang sunat jika iqamat telah dikumandangkan.
  8. Segera keluar dari masjid selepas sembahyang.
  9. Tidak memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap sebelum masuk ke dalam masjid.
  10. Tidak meludah di masjid.
  11. Tidak menguatkan suara di dalam masjid. 
  12. Dibolehkan makan, minum dan tidur di masjid.
Kaum wanita tidak wajib mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid. Isteri-isteri Rasulullah saw melakukan solat di bilik mereka dan mereka tidak pergi ke masjid, walaupun begitu, kaum wanita dibenarkan pergi ke masjid.

Ada sejumlah hadis yang membahaskan hal tersebut termasuklah hadis dari Aisyah r.a : 
“Para wanita beriman ikut mengerjakan sembahyang Subuh bersama Rasulullah. Mereka menyelubungi diri dengan pakaian mreka, kemudian pulang ke rumah selepas sembahyang berjemaah tanpa seorang pun mengenali mereka kerana masih gelap” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Sebenarnya bagi wanita, sembahyang di rumah lebih afdal daripada mereka sembahyang di masjid. Alasan bahawa sembahyangnya wanita di rumah lebih baik adalah agar terselamat dari fitnah. Hal ini diperkuatkan dengan trend kaum wanita yang gembar berhias dan bersolek.

Terima kasih Aida Sue di atas perkongsian artikel ini dan semoga sama-sama bermanfaat buat kita semua. 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. TQ kak for this info yang bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  2. Akak... shad pun dah lama tak pergi masjid kak..
    nice sharing.. :D

    ReplyDelete
  3. tq sharing kak..lama jugak xg masjid..huhu..klau g kluar je slalu singgah masjid..

    ReplyDelete
  4. Dapatkan aplikasi android untuk blog anda di http://goo.gl/g1WtSi

    ReplyDelete
  5. Nice sharing... Memakai wangian tu sunat bg lelaki ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !