Ya Ampunnn... Air Paip Berkarat Teruk!!!

Farah Waheda Wahid
46
Sumber dari Google
Terkembang-kembang tekak Farah tau tak bila mengenangkan air paip di rumah semalam yang teruk sangat karatnya... Sampai tak lalu nak ambil gambar ok? Kalau gambar di atas ni warnanya perang-perang macam tu lebih kurang... Di rumah semalam lagi pekat warnanya ok? Kalau di filter tu tak payah nak cakaplah... Gelap sungguh warnanya...Bukan warna tembaga lagi dah...lebih gelap dari tembaga... Padahal filter tu baru jer ganti 2 hari yang lepas. Sebelum ni tak pernah pulak terjadi macam ni...kenapa boleh jadi macam ni pulak kali ni. 

Huh! Bila dah pernah kerja dengan air ni, mulalah nak refresh ingatan kembali... Al-maklumlah 4 tahun bergelumang dengan dunia utiliti air... Pasti ada yang kekal di ingatan... Muahahahaha... #ehhh apasal tiba-tiba terasa rindu dengan semua kawan-kawan dan bosses di sana ni? Muahahahaha...masalahnya mereka rindukan Farah ke? Teet.... Tak apa.. suami masih kekal bekerja di sana...Farah? Dah selamat keluar secara rasmi dari industri air sejak 2 tahun yang lalu... ^_^... 

Hurmm...dah tiba masa kena cuci tangki air ni... Sebab bila dah lama-lama mendiami sesuatu kediaman tu, servis servis yang semacam ini memang perlu... Ini bukan sebab nak create awareness on behalf of SYABAS ataupun promo yer...Sebab ini berlaku pada Farah sendiri dan Farah berkongsi fakta yang betul... Apa yang memungkinkan air jadi karat teruk sangat macam tu? Tiba-tiba pulak tu... 

Sumber dari Google
Ya Ampunn... geli tak tengok? Farah sesungguhnya geli tengok... Macam tu lah keadaan tangki air yang tak pernah dicuci ok? Sejujurnya... Nampak karatan-karatan itu? Bila dah terjadi keadaan macam tu, tu sebabnya air yang keluar dari paip jadi karat... 

Menurut sumber di SINI, proses karatan berlaku apabila air melalui saluran paip besi. Mungkin dengan mata kasar karat ini tidak kelihatan tapi jika kita memasang penapis air di rumah kita, kita akan dapat lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor (warna karat). Macam kes Farah ni lah... Setiap hari kita minum air yang berkarat. Oh no!

Itu dengan penapis air...Kalau tanpa penapis air bayangkanlah... Huwaaaaa... Air yang bersih dan sihat penting untuk kita sebagai manusia... Tubuh manusia adalah 70% air, otak manusia adalah 74% air, otot manusia adalah 75% air, darah manusia adalah 84% air, tulang manusia adalah 22% air, gigi manusia adalah 5% air, hati manusia adalah 69% air dan buah pinggang manusia adalah 82% air...Ini bukan Farah yang reka pandai-pandai fakta ni...tapiiii... dari SINI... Bukan sebab nak lakukan usahawan penapis air dengan produk mereka ok? Tak ada nak pengaruh mana-mana pihak pun, walaupun secara perasannya mengiktiraf diri sendiri sebagai social media influencer... Ha ha ha... social media influencer lah sangat... Tapi cuba bayangkan air yang karat itu? Euuuuuwwww.... 

Dan disebabkan ini jugaklah, malam semalam jugak beli air mineral berbotol-botol untuk Ash mandi... Tak rela I tau anak I mandi air karat... Errrr... Kan memang over melampau Farah ni kalau pasal Ash? Ha ha ha... 

*Nak cuci tangki...nak cuci tangki...nak cuci tangki...nak cuci tangki...nak kena panggil orang cuci tangki tu...takkanlah bionic mummy ni nak panjat atas atap rumah tu dan pergi cuci tangki tu sorang-sorang gelap-gelap... Muahahahaha... 

Post a Comment

46Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. uwekkk nak muntah je tgk pic dlm tangki tu huhu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... farah,

    geli pulak tgk air paip yang berkarat tu...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. aduhai...dahsyatnya...ni nak duit lagi buat maintenance..syabas oh syabas..selangor oh selangor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya melibatkan sistem perpaipan dari dalam pagar sehingga ke dalam rumah, ianya adalah tanggungjawab kita sebagai pengguna...

      Delete
  4. erk...siapa tak kembang tekak kan bila tengok gambar tangki yang karat dalam tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang tak kembang tekak tu orang yang tak ada perasaan atau rasa...ha ha ha...

      Delete
  5. mak aih, teruknya karat air tu kalau x dibasuh.. susah sekarang nak cari air bersih. hmmm.... -.-

    ReplyDelete
  6. Oh my...lps ni kene elert la utk cuci tangki...good reminder ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tangki kena cuci dan tak boleh biar macam tu jer sue...

      Delete
  7. Eii..ni yang buat nak terbayang macam2 nih..geli nya..heheh..rumah saya tak pakai tangki air.air terus je dari paip.jadi dalam tandas dan bbilik air kena memangkena ada kolah besar..susah betul kalau tak de air tanpa notis sebab tak boleh simpan air siap2.tapi mujur la setahun sekali dua je tak de air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bayangkan sangat nanti sangat kembang tekak...

      Delete
  8. aduhhh... gelinyeee..uwekk... kena cek tangki rumah jugak nie..huhu

    ReplyDelete
  9. Eww.. geli tengok tangki berkarat tu..

    ReplyDelete
  10. masyaallah...sib baik cik abg sayam kerja SYABAS kan...boleh la mintak dia rekemen untuk proses cuci tangki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik abg sayam? apa tu? ha ha ha... I is tak faham kak bahasa sayam sayam ni... sebab tak sampai sebut sayam-sayam ni kak... nak biar jelas dan terang...sayang...barulah sampai kasih tu... erkkk...lariiii....

      Delete
  11. Dasyatnya. Sabar ye kak. Susah kalau sumber utama atau keperluan kita ada masalah camni.
    Tiey menabung kat RHB :)
    Jemput singgah : Penting Ke Jam Tangan Ni??

    ReplyDelete
  12. Erkkkk....rumah lama xde tangki...air direct jer..rumah baru ni ada tangki..adoi bagaimanakah rupa tangki itu? Awwww geli tekak ni tgk gambar tu farah mommy Irra

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau macam mana rupa tangki tu kenalah jawabnya panggil orang cucikan...

      Delete
  13. Adoyaiii... nak berus gigi pakai air camtu... errkk... tak sanggup deh...!

    ReplyDelete
  14. ewww. teruih meremang bulu roma tgokk. aaaaaaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulu roma tak meremang tapi tekak rasa sangat kembang...

      Delete
  15. kadang-kadang benda2 macam ni klu tak didedahkan orang tak tah kan..:D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab tu kalau kita ada knowledge jangan kedekut untuk educate orang lain... he he he...

      Delete
  16. meremang bulu iolssss kakkkk...... huahua... bakteria sungguh gambar dalam tangki tu ! ishhh

    ReplyDelete
  17. Huhu.. Ni namanya air sakit. Yunk, dulu rumah i pun ada problem camni juga. Pagi-pagi bangun buka sinki je mak aiii karat giler air! Pakai penapis biasa-biasa mmg takkan tapis totally kandungan air dr segi kimia dan biologi nya. Alhamdulillah dah pakai Biopure, bilik air tak berlendir, masak nasi 3 hari pun tak basi..:) http://www.aimisyahirah.com/2014/05/alhamdulillah-no-more-sick-water-in-my.html

    ReplyDelete
  18. walla teruk betul tu...

    ReplyDelete
  19. Eiiii kotornya truk btl la air kotor mcm tu

    ReplyDelete
  20. Uihhh loya nye tekak kak farrah...
    Agak2 mcm mane lah tangki yg ade kt umah nie...
    Ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan? tiba-tiba terbayang tangki air rumah sendiri bila baca ni kan?

      Delete
  21. kat rumah fiza ni pun sama kak farah, nak kena inform SAINS jugak ni check tangki.

    ReplyDelete
  22. Tak ade info langsung. Article sampah.

    Cerita lah
    1. Cara mencuci step A ~ Z
    2. Peralatan yg diperlukan
    3. Waktu sesuai mencuci
    4. Preventive maintenance
    5. DLL

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !