Tolonglah Percaya Yer...

Farah Waheda Wahid
23
"Ermm...mcm pelik ker bila farah bahasakan diri sbgi farah lam entry...haha..ker aku sorang jer yg rasa camtu???"

Ha ha ha... dalam ramai-ramai pembaca (#ehhh ramai ke pembaca Bubblynotes.Com?)... hanya Mama kaOri buat masa dan ketika ini melontarkan kepelikkan beliau tentang penggunaan kata ganti bahasa nama diri Farah di dalam entri di Bubblynotes.Com bermula sedari pukul 12.00 pagi tadi sehinggalah sekarang... Mungkin ada yang lain perasan jugak tentang perubahan ini. Hew hew hew... Tapi tak ada masa nak komen je... Ekekekeke... 

Iya... sesungguhnya ianya adalah benar ok? Silalah percaya... angin perubahan sedikit demi sedikit akan melanda Bubblynotes.Com... In Shaa Allah... Apa jadi dengan iolss, uollss Farah tu? Ada ajer lagi... tapi perkataan yang berlambak-lambak di dalam Bubblynotes.Com selama ini itu akan cuba mula dikurangkan... Hanya mengikut kesesuaian ayat serta mood cheeky Farah sahaja.

Dah pulak??? Nak tukar kepada bahasa skema ke? Oh... no no no no no...tak ada maknanya nak skema sangat tau... Ting tong itu masih seperti biasa, keceriaan di dalam penulisan maya itu masih seperti biasa...Cuma ada waktu dan ketikanya dalam hidup ini kita memerlukan perubahan... Huhh... masuk ni jer hari ni dah 2 kali Farah sebut tentang PERUBAHAN... Ha, ini bermakna ada banyak benda di sekeliling Farah yang akan melalui angin perubahan sedikit demi sedikit dan mengambil masa In Shaa Allah tak lama lagi kesayangan-kesayangan Farah... Apa bentuk perubahan itu... masih belum tiba tika dan waktu untuk dilaporkan ataupun digebang-gebangkan... Ha ha ha... In Shaa Allah, moga-moga menjadi dan uolss pun doa-doakanlah semoga menjadi jugak. Nanti kita sama-sama saksikan ataupun perhatikan ya? Kalau cerita awal-awal semua perkara tak ada kejutan... tak surprise...bila dah jadi barulah seronok... Hua hua hua... 

Bakal ada perubahan besar dan juga perubahan kecil... Perubahan kecil sedikit demi sedikit dah mula beroperasi sekarang ni... Perubahan besar masih belum dilaksanakan... Tunggu masa yang bersesuaian sahaja... Pelan-pelan kayuh namanya ni...

*Tapi memang pelik sikitlah, Farah yang dah serasi dengan iolss sebagai kata ganti nama diri, berubah kepada nama sendiri sebab selalunya memang di Bubblynotes.Com Farah gunakan kata ganti diri iolss, cuma dalam percakapan seharian jer selalu bahasakan diri sama ada I... (ha ha ha, English lah sangatttt kann?) dan Farah... Masih cuba untuk beradaptasi dan membiasakan diri di Bubblynotes.Com dengan kata ganti diri yang baru ni... Hik hik hik... Oh ya, kegila-gilaan itu bukan gila ya? Masih sama dan serupa...Tak ada apa yang berubah...Farah adalah Farah yang masih sama yang semua orang pernah kenal dan kenal... Cuma kata ganti diri jer yang berubah kawan-kawan... Muahahahaha...

**Gunakan 'aku' sebagai kata ganti diri? Errr... buat ketika dulu, sebelum ini dan sekarang masih belum lagi terpacul dalam Bubblynotes.Com... Sebabbb...saya bukan begitu orangnya... Maksudnya jenis yang jarang nak bahasakan diri aku kau lah uolss... Hanya dengan rakan-rakan tertentu jer yang benar-benar rapat... Tapi kebanyakkan dari masanya... Farah memang bahasakan diri Farah dan juga bercakap I, You ...saya, awak... Ha ha ha... sopan tak Farah? Tolonglah kann? Rasa nak pusingkan bebola mata 360 darjah jer... Tiba-tiba terasa lebih dekat dengan semua orang bila membahasakan diri dengan kata ganti diri sebenar yang sering digunakan setiap hari... Ekekekekeeke... Gedik....  

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihihi, fiza dulu masa mula2 berblog n beberapa tahun jugak la, ber'aku' dalam entry , tapi bermula dua tahun lepas kot, dah tukar kata ganti nama, nama sendiri :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha,rara tetap bahasakan aku,sbb rasa free sangat! hahahaha

    ReplyDelete
  3. Okay dah rasa da weird ! I nak iollss uollss. Tetiba. Hahaha. All the best kak dalam perubahan tu. :)

    ReplyDelete
  4. IOLSS :p lisa pon ikut mood .. aku atau lisa

    ReplyDelete
  5. hahha xpa janji senang orang nak kenai nanti..panggil kita ana ja.

    ReplyDelete
  6. Sue x kidah mana2 ganti nama yg farah guna, sue ok jerr...good luck dgn secret mission farah ^^

    ReplyDelete
  7. dulu sy dlm entry mesti bahasakan nama, tp skrg lebih selesa ble guna ' aku' hehe

    ReplyDelete
  8. Kak Farah! Farah mmg gunakan kata ganti diri 'Farah' dalam blog 'Farah'..so lepas nie nak drop komen kt blog kak Farah.. akan ada banyak perkataan Farah la kan..adoiiii parahhhhh nie..hehehe

    ReplyDelete
  9. macam manja-manja gitu bile guna farah hihi
    tp akk tak rase janggal pon sbb farah selalu komen kt blog akk pakai nama tu
    :)

    ReplyDelete
  10. samelq dulu bahasakan diri aku je sekarang nie ganti dengan nama. bagi molek sikit hehehe

    ReplyDelete
  11. Dalam entry mmg sy suka bahasakan aku... Tapi diluar mmg x lah...

    ReplyDelete
  12. betul..kadang2 kita kena berubah..lagipun tak mesra SEO ....hahahah

    ReplyDelete
  13. Saya xpandai nak biasa kan nama sndri.. Asyik be 'saya' ja.. Awal2 berblog biasa kan 'Aku'..

    ReplyDelete
  14. dulu2 anis gune bahasa aku kau je.. lepas tu ubah panggil nme..huhu..

    ReplyDelete
  15. awal berblog Za guna 'aku'..sekarang Za..hehe

    ReplyDelete
  16. kat blog mmg kita bahasakan diri aku tp kat luar xde la pulak begitu

    ReplyDelete
  17. saya klau berkomen jarang bahasakan diri aku tapi dalam blog ni ikut suka jer aku den ikut mood & ikut la jari taip apa.malas nk stay 1 konsep yg sama.blog pun rojak jer so ganti nama diri pun ikut suka jugak la hahaha

    ReplyDelete
  18. hahahha sha pun pelik jugak bila baca entri pasal kak fara menggunakan "farah" sebagai ganti nama.... comeyyy je pulak nampak....

    ReplyDelete
  19. ok la tu dik..nampak matang skit....

    ReplyDelete
  20. Saya suka farah! Sumber inspirasi

    ReplyDelete
  21. Cantik lagi guna farah sebab entri sis ni banyak entri informasi,klu guna nama sendiri susah sikit orang nak plagiat entri sis tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !