Teknik Menghafal Bulan-Bulan Islam Untuk Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
18
Sumber dari Google 
Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!! Hari Khamis yang menyegarkan dan menceriakan bagi Farah sebabbbbb, semalam dah rehat sepuas-puasnya...Hik hik hik... Entri hari ini dimulakan dengan tips ringkas pendidikan untuk anak-anak... Farah bukanlah pakar, sekadar berkongsi apa yang dirasakan terbaik dan apa yang dirasakan efektif di dalam mendidik anak-anak kita semua. Bukan ke pendidikan tu perlu didedahkan seawal mungkin? ^_^... Ngeee... Semua orang nak anak berjaya seimbang ilmu dunia dan akhirat kan? Farah pun macam tu jugak...Kalau boleh biar seimbang kedua-duanya, barulah umphhh!!! 

Ingat tak lagi masa zaman-zaman kita semua kecik-kecik dulu? Bagaimana ustaz atau ustazah didik kita untuk menghafal bulan-bulan dalam Islam? Seingat Farah masa zaman kecik-kecik dulu, antara pendidikan awal tentang agama Islam adalah menghafal bulan-bulan Islam melalui teknik nyanyian!!! Berkesan ok??? Hik hik hik, tambah-tambah lagi Farah memang suka menyanyi walaupun suara tak adalah semerdu Dato' Siti Nurhaliza uolss...  Ha ha ha... Tapi kalau karaoke tu lepas lah...Cuma sekarang ni lepas bersalin stamina tu tak mencapai pulak nak tarik tinggi-tinggi sangat, kena bersenam ni bagi stamina kembali...Kecewa tau... Ha ha ha... menyimpang jauh pulak... 

Lagi-lagi zaman sekarang ni kemudahan dan fasiliti teknologi mudah didapati di mana-mana... Mak bapak semua dah ada gajet canggih manggih...Jadi kenapa tidak menggunakan teknologi itu ke arah yang lebih positif giteww...Ha ha ha... Takut habis kuota internet? Ala...berbelanja sedikit demi anak-anak apa salahnya kan? Beli baju mahal-mahal, tudung mahal-mahal boleh? Tapi bila tang anak, kedekut pulak... No No No No No... Cari rezeki untuk hidupkan anak dan tampung keluarga, jadi pejamkan mata sahaja apa salahnya...Bukannya banyak...Cuba fikir balik kalau kita melayari laman sosial boleh pulak? Dengggg.... Dush dush... Hu hu hu... Ya Ampunnn...bukan nak buat sesiapa terasa... Lagi satu cara nak jimat kuota internet...muat turun siap-siap video-video berkenaan dengan pendidikan...Ok kan? Walaupun pada hakikatnya makan ruang penyimpanan dan memori dalam semak phone masing-masing kan? 

Ash pun dah didedahkan seawal mungkin dan memang dia suka sangat lihat dan dengar... 


Tapi sendiri yang pernah melalui, memang berkesanlah uolss...Ingat lagi masa tu masa peperiksaan... lepas tu, sebab tak berapa nak ingat...boleh nyanyi berbisik-bisik dan dalam hati untuk ingatkan demi nak jawab soalan tu... Ha ha ha... 

Tak kiralah apa cara pun, janji dapat soalan peperiksaan...Bila sesuatu cara tu berkesan... Tak salah kalau kita perturunkan dekat anak-anak kita pulak kan?

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu...xrugi kita download benda2 tu..yg kanak2 minat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata salah satu pelaburan untuk perkembangan anak-anak juga kan?

      Delete
    2. yups...sebb tu kira slh 1 alat bantu pmbelajarn..pengalmn tgk ank sdri mcm tu laa..

      Delete
  2. Ada nasyid bln2 islam...sng nk ingat...menyanyi sambil menghafal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue, kalau terapkan kat anak-anak memang sesuai sangat...

      Delete
  3. betul tue..melalui nyanyian...kak MV ada download beljar jawi...anak2 cepat pandi

    ReplyDelete
  4. Salam singgah Farah...setuju sangat...

    ReplyDelete
  5. bagus cara macam ni..senang ingat dan sangat membantu kan :)

    ReplyDelete
  6. Cara paling berkesan utk tarik minat anak2...elok diajar dr kecil..

    ReplyDelete
  7. nyanyi lagu bulan bulan islam.. sampai skarang ingat lagu tu..

    ReplyDelete
  8. bentuk nyanyian memang cepat ingat

    ReplyDelete
  9. Hehe... Mmg dok ajar nyanyi je la skrg nih..gaya rumah dh mcm tadika dh..

    ReplyDelete
  10. ada satu nasyid bulan2 islam.... yang tu pun ok... dulu cikgu sha ada ajar, nak faham apa2... guna kaedah musik dan lagu....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !