Tak Perlu Ajar Tak Perlu Tunjuk...

Farah Waheda Wahid
20
Baik punya port... Patutlah diam jer... Rupa-rupanya dah berjaya mendapatkan tablet dia... Mummy punyalah sorok dalam handbag...Tapi dia lagi licik mencari kat mana Mummy sorok menatang ni... dush dush dush... Adoiii... Takkan nak jadi gadget freak macam Mummy dia jugak? Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi ye tak? Kui kui kui... 

Sumber dari Google
Rasanya memang betul pun, kanak-kanak menjadi strategi pemasaran utama syarikat-syarikat pengeluar gajet... dikaburi dengan berbagai apps yang menarik dan interaktif, sampai mak budak macam Farah pun jadi terminat...Muahahahaha... #ehhh ini anak yang lebih ke? atau mak yang lebih ni? Teet.... 

Bukan setakat pandai mencari di mana tablet itu disorokkan tetapi... tak perlu ajar dan tak perlu tunjuk dah... dia sendiri unlock (percaya tak? Farah pun tak percaya pada mulanya, serius tak percaya uolss...tapi bila dah beberapa kali sendiri menyaksikan kejadian itu... barulah Mummy dia ini boleh percaya... hu hu hu...) ... dia sendiri jugak yang touch apps yang berkaitan dengan dia dan buat segala-gala sendirilah... Pengsannn... Lepas ni kalau-kalau What's App ada mesej-mesej merapu, FB ada status-status atau like merapu...tu semua kerja Ash lah tu... Dia boleh tergelak-gelak sendiri dan jadi happening sendiri di satu sudut dan tiba-tiba hilang segala kelasakkan dia... 

Dan semestinya memang Ash takkan dapatlah nak habiskan masa bersama-sama tablet dia lebih dari 10 minit. Memang Mummy sekat dan hadkan hanya 10 minit dalam satu-satu masa untuk dia tatap tablet. Sebab kita sendiri pernah membaca di sana sini sinun tentang kesan buruk gajet terhadap kanak-kanak. Ianya bagus bagi memperkenalkan pendidikan kepada anak-anak secara interaktif, tapi harus berpada-pada sebab Farah pernah kongsi pada satu entri dulu di  SINI ... ok, Farah copy sikit ek? Petikan yang Farah pinjam dari sebuah blog yang dimuatkan ke dalam entri tersebut...

"DON'T EXPOSE TO TOO MUCH THINGS IN A BOX"

"Things in a box" adalah seperti TV, iPad, tablet, phone,games etc. Yang ni paling ngeri. 

Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr.Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!!
 
Scary nak mampos hoii. 
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. 
Mak dia exposed budak tu main iPad sejak lahir tau.
T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis2 makcik tu cerita kat aku. 
Dia cakap saraf2 anak dia rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat2 la.
Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diaorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu lek dengan iPad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diaorang tak bagi keluarkan apa2 gadget depan budak tu. 
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan, Tetiba Dr.Sherine cakap kaut2, 
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget2 ni. 
Sebab aku pon selalu je tengok BoBoiboy dengan Haikal kat iPad. Hehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni. But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and iPad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama2 dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa iPad, TV, phone, tablet, games tak elok untuk perkembangan kanak2. Menurut Dr.Sherine:

Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So, bila too much iPad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama2 pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.

So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How? 
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. 
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.

So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Sebagai ibu, dah tentu-tentu Farah tak nak perkara yang terjadi pada kanak-kanak Australia tersebut pada Ash... Dan sebab tu, Farah ikut nasihat Dr. Sherine sepertimana yang dikongsikan oleh kawan kita ni. 10 minit pada satu-satu masa dan tidak lebih dari 10 minit. Itu peraturan Mummy... Ash berguling atau tunjuk perasaan macam mana sekalipun...Nasiblah...Mummy tak layan... Erkk...kejam sangat ke? Tak kan? Sometimes you have to be cruel in order to be kind... Untuk kebaikan Ash jugak kan?
Tak dinafikan kepentingan gajet dalam perkembangan anak-anak sekarang... Dan semua orang pun gunakan pendekatan yang sama, rata-ratanya...kebanyakkannya... Tapi kita sebagai ibu bapalah yang nak kena pandai untuk seimbangkan kan?

*Hurm, tengah terfikir kat mana lagi nak sorok tablet ni supaya dia tak dapat capai sendiri... Kalau tak dapat tablet semakphone pun jadi uolss.... Huh...

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ash pun nak juga la mommy hihihi

    ReplyDelete
  2. Pernah baca pasal budak 4y tu. Alhamdulillah. Wlpon ada didedahkan ngan ipad awal, tapi xdela 24jam. Dia pon xheran dh ngan gajet. Ajak adik main dan kemudian boleh sakit. Pening mommy. Ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Kesiannya dkt Alex tu ye...berpada2 kalo nk bg ank2 main dgn gadget kan.

    ReplyDelete
  4. dari lahir dh ajr cmtu..24jam plak tu..ida pun ade ngk dedahkan ipad ni..tpi xde la smpai 24jam..bagi die diam kjp smtra ida nak mndi..hehehe

    ReplyDelete
  5. tak sangka penggunaan gajet sampai camtu..anak saya tengok hi5 sambil lompat2, sambil panjat2 sofa..itu normal kan?

    ReplyDelete
  6. Salam singgah petang Farah...kesian pula kat kanak2 tu kn...nak dedahkan pada kanak2 tentang gadget ni biarlah berpada2...takut terjadi benda2 yang kita tak ingini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beringat sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku...

      Delete
  7. kesian nya..ini lah yang buat saya takut tu..saya memang tegas bab2 ni..tapi agak kecewa la bila berkumpul ramai2 ada ibu bapa yang bagi anak diaorang main tab dan ipad.sudahnya budak2 lain tengok,semua berkumpul hadap menatang tu...patut nya main la benda lain bila budak2 berjumpa ..kan?/lepas tu bila saya cakap kat anak.."maisara..jangan main benda tu.."terus mak nya sound kita, "ala..bukan semua benda dalam tu tak elok.." erm..susah la ada mak pak macam ni.kita tau la ada benda yang bagus jugak tapi masa kecil anak2 bukan kah elok dia macam apa yang kita buat masa kita kecil..kita pun kenal menatang tu time tua2 ni je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau outing biarlah outing kan, biar mencapai purpose dan objective, bukannya outing tetapi tetap beri gajet...tapi kadang2 tak boleh nak dielakkan jugak... susah nak cakap...

      Delete
  8. Dorang memang pandai.
    Anak saya ni sekarang dah buatmama dia naik geram...kot ye pun kalau jalan-jalan dalam kereta biarlag menikmati pemandangan luar.
    Ni tak..tablet jugak yang tekun ditatap masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu salah satu yang merisaukan saya jugak doktor... hu hu hu...

      Delete
  9. kesiannya kat budak tu..memanglah kak,budak2 sekarang kecik2 pun pandai dah main gadget2 ni..

    ReplyDelete
  10. Sbb tu aku x belikan gadget utk anak2...huhu

    ReplyDelete
  11. Ibubapa kena start dr awalutk x galakkan anak2 terdedah dgn gadget..x salah ada gadjet tp bukan 24/7...bg diorg menikmati moments as a kid secukupnya....nanti xde kenangan bila dh dewasa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !