Suamiku Encik Sotong

Sumber dari Google
Buat pertama kalinya, semalam Farah melayan Suamiku Encik Sotong... saja nak tengok Sharnaaz Ahmad berlakon jadi lembut macam mana? Rasanya ini baru pertama kali lihat Sharnaaz memegang watak auwww ni... Tak taulah kalau sebelum ni ada jugak watak lakonan Sharnaaz macam ni yang Farah tak tau atau tak perasan kan? 

Untuk kali pertamanya, bila tengok episod ni buat kali pertama, pandangan serta komen Farah... bolehlah... tapi kalau lembut sikit lagi pasti mantap! Ha ha ha.... Pandai pulak komen kan? Pasti seksa jugak tu nak melembutkan diri tu... Bukan mudah abang sado nak jadi lembut... Apa pun tahniah buat Sharnaaz yang dah mencuba melakukan yang terbaik... Jadi pelakon ni kan kena versatile?

Dan seperti biasa ianya adalah garapan dari sebuah novel... Adaptasi dari novel... Sekarang ni kan dah jadi trending di pasaran industri hiburan lakon layar televisyen. 

Sumber dari Google
Farah pernah nampak di kedai buku dan baca sinopsis di beberapa blog, tapi tak pernah membaca keseluruhan novel... ^_^... Sedikit perkongsian sinopsis novel ni yang dipetik dari SINI

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Lebih kurang gitewlah ceritanya... Apa pun malam ni pukul 10 ada sambungan lagi. Ha ha ha... tengoklah kalau rajin, ada waktu terluang masa layan Ash atau ruang mungkin Farah akan tengok sambungannya....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Suamiku Encik Sotong, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 28, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

30 comments:

  1. awww.. hehe..
    singgah blogwalking sini kak :D

    ReplyDelete
  2. Pukul 10 kdg dah tertido skali dgn ank..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah 10 mata gagah lagi sue...ha ha ha...dah biasa berjaga malam kaedahnya...

      Delete
  3. Mcm mnarik sana sini promote crita ni..teruja nak tgk hhaha

    ReplyDelete
  4. Tgk jgk semalam. Haha sotong ngan udang kering. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha irra...sotong dan udang kering yer... #ehhh

      Delete
  5. yup, dah jadi trend sekarang farah.tapi boleh je layan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada apa-apa free bolehlah layan kan? he he he...

      Delete
  6. Cik akak tunggu ulangan je hari minggu nie...semalam sibuk layan movie lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh banyaknya movie cik akak nak layan....

      Delete
  7. Belum pnh tgk.. Tpi agak terkejut.. Sharnaz yg jadi sotong tuh.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. keras sikit maria, kena lentik dan lembut lagi...hik hik hik...

      Delete
  8. Alamak terlepas plak ... Macam tak caya hero yg terkenal ngan garang nyer tu jadi sotong plak ...

    ReplyDelete
  9. tengok episod pertama semalam..macam boring sikit la..tak tahu la esok lusa ceman..kan?/

    ReplyDelete
  10. akak tgk first episod malam tadi....best

    ReplyDelete
  11. Akak baru jerr nengok Sharnaz dalam citer Dollah Superstar kat Astro First. Ala2 lembut juga lah...ok juga. Tapi kalau watak sotong kena lembuttt lagi akak rasa. Tapi nengok Neelofa dalam filem tu, seksi yg ampouuun

    ReplyDelete
  12. itulahhh Farah, macam x caya pulak sharnaz nak berlakon jadik awww...hehe :p

    ReplyDelete
  13. terlepas dah episod pertama..kena tengok marathon online la nanti ni

    ReplyDelete
  14. saya baru tengok online cerita ni. tapi, watak nlembut nya bagi saya macam tak begitu menjadi. dan lebih pulak mengadanya. hihi

    ReplyDelete
  15. takda astro..huhu..tak boleh tengok..

    ReplyDelete
  16. Hehehe da start ye...
    Mls sgt nk layan cte cmni...
    Beli novel jela...
    Heee

    ReplyDelete
  17. mcm keras je si sotong tu belakon...hihihi

    ReplyDelete
  18. Hehe...macam best ja cerita ni. banyak sangat cerita novel kat tv sekarang.

    ReplyDelete
  19. menjadi plak si sharnaaz ni berlakon watak sotong...huh...geli pun ada...

    ReplyDelete
  20. niesa tgk ep brapa tah ari tu..boleh thn best..hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia