Soalan-Soalan Penting Dalam Memilih Pra-Sekolah...

Farah Waheda Wahid
15
Sumber dari Google
Masa panjang lagi...alah... kemudian-kemudian pun boleh cari informasi tentang ni! Gulpp... Tapi sekarang ni waktu berputar dengan cepat...Serasa semalam baru masuk bilik bedah, serasa semalam baru balik rumah dan berpantang... Tup tup tup... Dah nak masuk 11 bulan dah Ash hujung minggu ni... Tak lama lagi dah menginjak ke setahun dah umurnya... Hua hua hua...Cepatnya!!! Mesti rindu waktu-waktu Ash baru lahir dulu... elehh...sekarang pun dah rindu...kui kui kui... Tapi seronok lagi masa-masa sekarang sewaktu sel-sel otak sedang berhubung dan mula berkembang sedikit demi sedikit...Seronok tengok telatah dan gelagat Ash sekarang... Kepala semak macam mana pun, masih lagi boleh chill bila habiskan waktu-waktu terluang dengan Ash. 

Bukan waktu baru lahir yang tak tidur malam berjaga sebab waktu tidur antarabangsa anak tu yang mencabar...tapi sebenarnya, kini kusedari...ahakss...bila anak semakin membesar itulah sebenarnya cabaran. Macam yang Farah pernah mengomel sebelum ni, banyak perkara yang perlu difikirkan, banyak perkara yang perlu dirancang dan banyak perkara yang perlu diaturkan. 

Salah satu perkara, masa nak pilih pra-sekolah untuk anak... Hari tu Farah dah buat survey sikit tentang Little Caliph di SINI sebab Little Caliph nak bukak cawangan mereka tahun depan di kawasan rumah Farah... memang dekat sangat dah... lagipun macam berkenan dengan program pengajaran yang diaturkan oleh mereka... ha, lagi satu sebab suka dengan uniform kuning yang sweet tu...Ha ha ha...boleh? Memandangkan Ash suka warna kuning tu yang tiba-tiba terberkenan tu... Ini macam pun boleh daaa... #ooppss... Payah bila dapat Mummy yang sibuk dengan fashion sense ni...Macam nilah penyakitnya... Sampai uniform pun nak tengok cantik ke tak cantik? Ada ke patut? La la la la... Tapi tak adalah semestinya kena uniform cantik baru Farah nak hantar Ash ke prasekolah tu... Melampau betul lah kalau giteww kan? 

Terbaca satu artikel di SINI tentang soalan-soalan penting yang patut terlintas di hati ibu bapa bila nak pilih pra-sekolah untuk anak-anak. Ilmu ni ilmu...sebab kadang-kadang atau selalunya ianya adalah satu keputusan yang agak sukar tetap amat penting untuk dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa. Dalam nak buat pertimbangan ni, memang kena betul-betul, sebab untuk kebaikan anak sendiri jugak kan? Yelah semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Duit? In Shaa Allah, ada rezeki...yang penting kualiti pendidikan pada anak-anak tu. 

Apa soalan-soalan utama yang boleh membantu kita sebagai ibu bapa untuk menentukan sama ada sesebuah pra-sekolah sesuai dengan anak dan keluarga kita? Hurmm..pandangan lagi ni... memilih pra-sekolah memerlukan perhatian yang serius dan bukan perkara main-main. Sebab di sinilah anak kita akan meluangkan banyak masa mereka. Kita sebagai ibu bapa tentunya mahukan anak kita berada dalam keadaan yang selamat, menggembirakan untuk anak kita bermain, serta dilindungi oleh pekerja-pekerja yang baik lagi penyayang macam tu. 

Makanya, apakah ciri-ciri pra-sekolah yang baik? Sila fikirkan beberapa soalan yang berguna untuk dipertimbangkan bila kita pergi melawat sesebuah pra-sekolah.

1. Berapa ramaikah kakitangan yang membimbing kanak-kanak di situ? Lebih banyak lebih bagus.

2. Berapa ramaikah kakitangan yang berhenti kerja? Kadar penggantian kakitangan yang lebih rendah menunjukkan bahawa kakitangan berasa gembira dengan keadaan di sana.

3. Adakah kakitangan-kakitangan dilatih dalam pendidikan awal kanak-kanak? Adakah mereka mempunyai kemahiran khusus? 

4. Bagaimanakah keadaan sekeliling di dalam dan luar pra-sekolah itu?

5. Adakah saya sebagai ibu bapa mempunyai sebarang pengaruh dan bagaimana? Namun, yang paling penting, ikutlah kata hati kita: Bagaimanakan keadaan di sana? Bagaimanakah kakitangan-kakitangan di sana? Bagaimanakah mereka melayan anak kita? Tanggapan pertama adalah sangat penting. 

6. Kaitkan dengan lokasi, keselamatan, kemudahan dan juga kemampuan kita juga. 

Memang kedengaran bunyinya macam cerewet kan? Macam alamak fussy pulak ibu bapa ni...Tapi sebenarnya inilah perkara-perkara yang tak boleh dipandang remeh sebenarnya. Dalam keadaan-keadaan tertentu cerewet dan fussy itu perlu...Errr...cerewet dan fussy tu kan lebih kurang...Muahahaha.... Pedulikan apa yang orang nak fikir, dan apa yang orang nak kata atau kecam... Memanglah panas hati bila dengar "eleh...anak aku hantar sekolah biasa jer tak payah nak special-special sangat tau cerewet-cerewet sangat ok jer...sajalah tu nak menunjuk dan mengada... tak mampu tapi nak buat macam mampu".... Yang penting kita tau niat kita nawaitu kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak kita...macam tu... Manusia tak akan berhenti memberikan pandangan, manusia tak akan berhenti memberikan pendapat...tapi hanya kita yang menggerakkan hidup kita sendiri dan bentuk keluarga kita sendiri...bukannya mereka yang gerakkan keluarga kita atau tentukan hidup kita kan? Fikir macam ni, fikir positif dan abaikan yang negatif... Lapangkan dada dan lakukan apa yang perlu kita lakukan yang kita rasakan terbaik untuk anak dan juga hidup kita...Giteww...

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing... Mmg dh mula pikir gak ni..

    ReplyDelete
  2. bila perkara berkaitan anak ni, macam2 yang kita fikir... macam2 persoalan rasa nak tanya.... heehee

    ReplyDelete
  3. Huhu..Semua parent mahu insan yg terbaik mnjaga anak kita..soklan sy pd school yg sy htr & akan htr che mek next year is soklan no.1. Risau kalau2 teacher x ramai, anak kite sedikit terabai...1st impression parent tgk lagak teacher pun penting pd saya..hoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah lupa pulak dan tak terlintas pulak, lagak teacher pun nak kena tengok jugak... hu hu hu....

      Delete
  4. kalau kita cerewet mereka akan lebh berhati2..sebab tu kena jugak cerewet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena cerewet kan? lantak pi lah orang nak cakap apa pun...

      Delete
  5. Dah mula kira2 nak hantar anak tahun depan bersekolah...saya pernah join trial class little caliph...ok gak farah...mungkin farah bole try...sekarang macam2 ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah little caliph ada trial class ek? bolehlah hantar, tapi lambat lagilah...hew hew hew...

      Delete
  6. Im fussy too. Byr mahal2 biar berbaloi.

    ReplyDelete
  7. banyak pilihan kan sekarang kak? tak sabar pulak nak memeningkan kepala fikir untuk anak. hehe

    ReplyDelete
  8. next year zara dah 5 years. nerves gak nak hantar dia ke school. sy pilih montensori.

    ReplyDelete
  9. Good tips n info..aida pon dulu jenuh survey..Alhamdulillah dapat buat keputusan yang terbaik..InsyaALLAH..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !