Sesi "Memanjakan" Ash di Hipopo Baby Spa & Wellness!!!

Farah Waheda Wahid
30
Baru sempat nak bernafas sedikit dan baru sempat nak hadam sikit demi sedikit... Hujung minggu yang sangat-sangat penuh dengan macam-macam perkara!!! Hu hu hu... Terabai seketika kesayangan Farah ni... Kesian Bubblynotes.Com... Update pun macam ye tak ye jer... Muahahahaha...Asal sempat macam tu...Tak pernah sampai macam ni sekali!!! Tapi kena terima kenyataan kann? Ada ketika, masa dan waktunya memang begitu... ^_^... Memang tak boleh nak buat apa pun!!! Tak boleh nak lari dan tak boleh nak elak... 

Ini sebenarnya cerita hari Sabtu hari tu... Temujanji yang telah diatur dengan Dkna Abza seawal selepas AidilAdha hari tu. Segala urusan temujanji di Hipopo Baby Spa & Wellness ni diaturkan oleh Dkna. Terima kasih Dkna... I Love You!!! Tapi Mikhail hanya dapat sesi urut-mengurut jer sebab Mikhail tak berapa nak sihat, jadi tak boleh nak berenang-renang di jacuzzi tab sangat... Tak apa, masih ada hari dan waktu yang lain kan Dkna? Ash? Hurmm... Ini yang nak kongsi dengan uolss ni... Bila seseorang yang sangat mendambakan air dan suka air... memang seronok tak terkatalah dia...



Gembira sangat dapat berendam dalam jacuzzi tab tu... Mula-mula ada kawan-kawan lain yang lebih kurang sebaya...lepas tu... tinggal dia keseorangan...tapi enjoy tetap enjoy... Katanya, ada Ash kisah? Ha ha ha...Janji dapat berendam dalam air... Lagi-lagi ramai yang melayan...Naik seronoklah dia... Sampai tak heran dah Mummy dan Nek Ma dia kat tepi jacuzzi tab tu... Panggillah 10, 20 kali pun... Dia tetap dengan urusan dia...Buat hal sendiri jer...Seronok sorang-sorang kat dalam tu... Muahahaha...Bila dia dah syok macam tu...Mummy macam biasalah, buat kerjalah uolss... Katanya menyelam sambil minum air... *_^... 

Dah jadi Mummy dia pun seronok sama... Jelas kot terpancar di wajah dan di jiwa Ash... "Gembiranya Ash Mummy!!! Please bawak Ash datang sini lagi!!!"... Kalaulah dia dah boleh bertutur dengan fasih kan? Sampaikan tak nak naik dari jacuzzi tab tu lagi dah... Errrr.... 

Meh belanja satu video dari YouTube yang mana siapa-siapa yang kepingin nak tengok gelagat Ash yang dirakam, yerlah selama ni dok tengok gambar jer most of the time kan? Jarang-jarang sekali Farah kongsi video Ash walaupun ada... Sekali-sekala nak jugak tengok Ash ni bila beraksi ye tak? #ehhh ada ke yang tengok Ash beraksi? Muahahaha... Tak kisahlah sebenarnya, ada yang nak tengok atau tidak, tapi ini adalah koleksi peribadi Bubblynotes.Com dan Farah sendiri... Sengaja mengabadikan detik-detik indah bersama Ash giteww katanya...Ha ha ha...

Dah puas berendam dan ber-jacuzzi... akhirnya dia dikeluarkan jugak dengan tangisan...sebab nak lagi duduk dalam tu...Haipp!!! Tak boleh lama-lama...


Selepas pada tu sesi urut mengurut pulak untuk Ash... Amboiii... Like A Boss yer? Bukan main lagi dia mengarah Kak Yana tu...Yana ni lah yang ditugaskan khas untuk Ash punya sesi... Ash nak main dan bergurau dengan Yana masa dalam jacuzzi tab ajer... Lepas pada tu, menangis!!! Ha ha ha... Anak Farah kan tak mau dengan orang lain yang baru dia kenal? Makanya, terpaksalah Nek Ma pujuk dia, duduk sekali dalam tempat massage tu... Muahahaha...Kalau tak mau menjerit satu Hipopo karang... Nanti suara dia jer yang dengar kat situ... Dush dush dush...Sebelum berlaku kejadian baiklah kita lakukan langkah-langkah pencegahan yer? Hew hew hew... 

Ok, nak bawak sikit uolss yang baca entri ni rounding-rounding dalam Hipopo Baby Spa & Wellness ni... Farah bawak Ash ke Hipopo Baby Spa & Wellness di Setia Walk Mall, Puchong sebenarnya...


Ini adalah kawasan public jacuzzi tab yang mana, semua bayi-bayi yang dah ada temujanji akan bersosial di dalam public jacuzzi tab ni.


Ha...yang 2 bilik kat atas ni adalah lebih kepada private tab yang mana ini adalah dikhaskan untuk bayi-bayi yang takut dengan orang.... Dan memang tak boleh bercampur dengan orang lain... Sebab nanti dia akan menangis dan menangis... Hu hu hu, nasib Ash tak payah masuk ke dalam private tab ni...sebabnya... memang nak bagi dia bersosial dengan rakan sebaya kaedahnya... Biar dia biasa dan jangan jadi secluded sangat giteww... 

Massage area terlupa pulak Farah nak snap gambar... disebabkan dah kelam kelibut dengan Ash yang menangis kerana tak nak kena massage... Dalam gambar tu nampak tenang jer kann? Tapi percayalah yang dia menangis bila orang lain yang tak dikenali sentuh badan dia untuk massage... Tenangnya sekejap jer... Ekekekeke...lepas tu mulalah stereo berbunyi... Tapi tak lama-lah, sekejap ajer... 

Penting juga kita sebagai ibu bapa membawa anak-anak beriadah sebegini... dan antara sebab-sebab Farah bawak Ash ke Hipopo Baby Spa & Wellness ni... 
  • Untuk menggalakkan perkembangan otak Ash
  • Meningkatkan tahap keyakinan dan rasa selamat Ash bila berhadapan dengan orang lain selain dari wajah-wajah yang dia biasa tengok setiap hari
  • Meningkatkan kestabilan emosi Ash
  • Dan semestinya nak eratkan lagi hubungan Ash dan Mummy... Bonding katanya... ^_^
Memang seronoklah Ash...dan Mummy dia pun seronok dan gembira bila tengok anak gembira kan? Dan mesti ada yang dah pernah bawak anak-anak masing-masing ke sini jugak kan? Ini pengalaman sebenar Farah bila bawak Ash... Dan semestinya bila melihatkan Ash gembira sampai tahap macam ni sekali, Farah akan bawak Ash lagi ke Hipopo Baby Spa & Wellness. Reward untuk Ash. 

Hipopo Baby Spa & Wellness ni ada banyak cawangan kalau ada-ada yang belum pernah bawak anak-anak uolss ke Hipopo... Antaranya... 

Centrepoint, Bandar Utama
Setia Walk Mall, Puchong
Great Eastern Mall, KL
Queensbay Mall, Penang
Tesco Desa Tebrau, Johor

Untuk maklumat lanjut dan details (no. telefon segala bagai)...boleh lawat laman web rasmi Hipopo Baby Spa & Wellness 

Ataupun boleh lawat laman FB Hipopo Baby Spa & Wellness 

  

Tengah fikir nak sign-up package untuk Ash...memandangkan dia seronok dan gembira sangat bila ke Hipopo... Ha ha ha... habislah lepas ni Hipopo jadi tempat favourite Ash bila weekend... Pakej-pakej yang ditawarkan adalah menarik dan fleksibel menurut pemerhatian Mummy Ash ni... He he he... Kalau tak nak ambik pakej pun tak apa uolss...Hipopo Baby Spa & Wellness ada menawarkan single session... 

Untuk Swim Selama 30 Minit + Swim Diaper
RM 48.00 / sesi

Untuk  Massage Menggunakan Organic Grapeseed Oil Selama 30 Minit
RM 38.00 / sesi

Tak adalah mahal sangat dan kategori mampu milik kan? Boleh jer kalau nak bawak anak-anak ke mari... Oh ya ...tapi anak-anak dalam kategori 0 sehingga ke 36 bulan sahaja yer? Lebih kalu, tak boleh sudah...
*Sampai semalam pun Ash mintak bukak video yang Farah upload kat YouTube tu... Tekun jer tengok.. Minat sungguh dan agaknya masih fefeeling ada kat situ lagi kot? Ha ha ha...

Post a Comment

30Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam blogwalking,,

    seronok la budak2 kalau boleh main air kan,,xmau keluar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak dan air yang tidak dapat dipisahkan giteww...

      Delete
  2. amboi...smpai xmo kuar tu...hihihi...

    mber pon dok excited nk p spa ni

    ReplyDelete
  3. Kakak suka tengok yg video tu Farah. Terkutik-terkutik kaki Ash tu. Geram aje dgn tangak mengepai-ngepai. Seronok sangatlah nampaknya. Itulah kalau dah besar ni kalau ke water theme-park kakak rasa entah macam manalah agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, tak taulah macam mana gayanya, harapkan terkawal-lah hendaknya Mummy dia ni...

      Delete
  4. Replies
    1. tulah za, seronok dia hari Sabtu hari tu... sampai balik dok tengok-tengok video dia berenang tu lagi... agaknya terkenang-kenang tu...

      Delete
  5. Replies
    1. memang terlebih seronok dah adik oiii... sampai tak nak keluar dia dari jacuzzi tab tu...

      Delete
  6. memang terserlah keseronokan Ash main dalam air hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long nak join sekali tak kak long? tambah lagi sorang...#oopsss...he he he...

      Delete
  7. Bestla da tmpt mcm ni..first time lya dgr tmpt baby mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada lya... nanti ada anak bolehlah bawak fly datang sini dan bawak anak main-main air kat sini yer?

      Delete
  8. Best nye ash mandi jakuzi. Nmpk dia tenang dan sgt enjoy the moment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sue, seronok sangat dia nampaknya sampai malam-malam dah 2 malam ni mintak sendiri nak tengok video tu, tu dah bagi hint dia nak pergi lagi tu..ngeh ngeh ngeh...

      Delete
  9. seronok ye ash dapat mandi manda kat situ...

    ReplyDelete
  10. ewah ewahhh ini sudah lawan tokeyyy ni hihi

    ReplyDelete
  11. Amboi ash...like a bosd uh...ni yg buat mama long nk beranak lg ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat mama long beranak lagi... he he he...tapi sebelum tu nak makan nasi minyak mama long dulu...boleh? In Shaa Allah, kalau ada rezeki tak ke mana kan?

      Delete
  12. Wah...bestnye ash...kecik2 dh dpt g bby spa & wellness..huhu

    ReplyDelete
  13. Menarik.. Xde la.mahal mana rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer maria, tak ada mahal mana pun... akak tengah fikir nak sign up untuk pakej dia...saja nak bagi ash happy...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !