Rehat Sepuas-Puasnya...

Farah Waheda Wahid
25
Sumber Dari Google
Entri biasa-biasa dan bukan yang berisi serta berat seperti biasa atau kebiasaannya. Nak kata mengomel tak jugak. Muahaha... Saja nak bebel kosong. 

Buat apa jer cuti-cuti Deepavali ni? Hari ni kita rehat sepuas-puasnya. Keluar sekejap ajer tadi bawak Ash makan Nasi Ayam. Yelah kan dah kata rehat sepuas-puasnya? Dapur Farah pun Deepavali jugak! Ihikss... Dah makan Nasi Ayam... Ash naik musical car dia seperti biasa... Huh kaya tokey tu... Sekali pergi 3 kali round... Ha ha ha... Lepas tu balik!!! Rehat dan menikmati serta menghargai suasana keselesaan di dalam rumah... Qada' cuti hari Ahad hari tu yang sibuk bekerja kaedahnya... 

Seronok apa duduk rumah sekali sekala waktu-waktu cuti macam ni. He he he... beli rumah untuk habiskan serta luangkan masa di rumah... bukan untuk ditinggal-tinggalkan selalu ataupun sekadar tempat tidur jer. Makanya, ada ruang, ada waktu habiskanlah waktu berkualiti di rumah yang tercinta... Dah namanya rumah manis rumah...ahakss... Rumahku Syurgaku giteww kan? 

Tiba-tiba hari ni jadi behave pulak duduk rumah diam-diam. Ha ha ha... sekali sekala bukan selalu... tapi memang syok ar... rehatkan badan serta minda dan kumpul tenaga kembali. 

*Dah letih sangat dah badan ni gamaknya sejak asyik berkejar-kejaran dengan banyak benda kebelakangan ni... Tapi tak apa... tak merungut pun sebab dah namanya kelansungan hidup... Farah seronok dan gembira jer dengan apa yang Farah buat sekarang? Kira oklah tu kan? Buat apa yang berfaedah dan membuatkan kita gembira... 

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Lya just pergi pasar basah je tdi pagi pasti rht sepuasnya d umah hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dan segar rasanya dapat berehat sepenuhnya kan lya?

      Delete
  2. Saya pun duk rumah je. Malas nak kluar. lgpon hari ni ujan so best tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul cuaca semalam memang seronok dan selesa jer berehat di rumah...

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih kerana sudi blogwalking ke mari...ha ha ha...

      Delete
  4. Syoknya..betul tu farah badan dah minta rehat^^

    ReplyDelete
  5. Bersantai di rumah dengan Ash ye..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak PC... Bersantai dengan Ash di rumah... Best sangat...

      Delete
  6. betul tu Farah... cuti utk rehat. Tapi bisnes sendiri mcm akak ni, cuti2 pun customer nk barang, kna g htr... seb la hr ni bukan hr bekerja... mmg rehat puas2 siang td... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa kena rehat jugak kak...badan perlu jaga kan?

      Delete
  7. kak farah aktif sangat... sekali sekala rehat, why not... jaga diri... heeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. diri memang jaga sha...ha ha ha...kalau tak jaga diri macam mana nak besarkan dan hidupkan si pipi labuh tu...

      Delete
  8. salam singgah sini Farah..kemarin tak ada rehat2 kat rumah sebab kerja...sedihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa hujung minggu ni ada lagi kan? jangan sedih-sedih yer...

      Delete
  9. Cik akak kerja emmmm...sarawak tak de cuti deepavali..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker cik akak? sarawak tak ada cuti deepavali? tak pernah tau, ni baru tau ni...kisahnya...

      Delete
  10. cuti deepavali rehat je kat rumah :)

    ReplyDelete
  11. Rezeki kan...sementara rezeki tgh byk ni pulun je....esok2 dh x bleh nk pi pas kat akak...haha

    ReplyDelete
  12. tengah demam seseme kalau rehat pun tak selesa T.T

    ReplyDelete
  13. enjoy our life..
    dapat cuti sehari pon dah lega

    ReplyDelete
  14. Sy masih berehat hingga hari ahad.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !