Peranan Ibu Bapa Bila Bayi Mula Belajar Berdiri...

Farah Waheda Wahid
12

Frankly saying-lah kann... sekarang ni iolss dah jadi paling cukup phobia or traumatic bila Ash dah kemaruk untuk memaut dan memanjat sana sini sinun uolss... Risau sangat kalau2 dia jatuh tergolek dog dan kepala serta tangan dan kaki terhentak atau terseliuh. Kalau di rumah lama bolehlah semuanya diliputi carpet tapi tu pun still risau jugak. Kalau boleh tak nak dia jatuh langsung dan tak nak dia cedera mana2 part body dia. Ibu kannn??? Semua akan rasa benda yang sama. Anak jatuh tu satu perkara yang tak boleh dipandang remeh. Memang bagi iolss yang sedang melalui buat pertama kali is in the opinion dia langsung tak boleh dibiarkan, iolss tak boleh leka, lalai dan cuai dan segala bagai. Tak sanggup rasanya hati nak menanggung rasa bersalah if anything happen to him. Well... memang betul2 nak kena monitor bila dah sampai this age. 

Kalau baby walker Ferrari dia tu toksah cakaplah... dah tak nak duduk sangat dah... dan dah mula pandai nak memanjat keluar... err actually separuh dari badan dah keluar dari baby walker tu dah dan hari tu nasib baik iolss cepat sambut... dah nak hampir2 tergolek dog dah bila separuh badan terkeluar dari baby walker tu... bahaya2... iolss pernah update di SINI... Memang taklah nak bagi dia duduk baby walker tu lagi without my supervision... No way!!! Sebelum jadi apa2 baik beringat... 

Bila anak dah kemaruk untuk belajar berdiri ni, sebenarnya parents perlu memainkan peranan. Tapi macam mana dan bagaimana??? Melalui sumber di SINI... 

Semasa baby belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil weolls, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Parents boleh menggalakkan baby dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan weolls dan membantunya bergerak ke arah weolls atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak (walker macam yang Ash dapat present dari Nek Ma kat atas tu)... dapatkan walker yang stabil yer dan bertapak sokongan luas.

Dikatakan disebabkan baby walker macam Ferrari Ash before this terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot peha anak berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Parents juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga baby dah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti biasa, pastikan baby ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk anak2 kecil yang iolss pernah kongsikan di dalam entri INI dan jangan biarkan baby tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan weolls.

Ash memang melasak dan membuas sekarang ni.... Iolss tak kisah dengan excessive exercise yang Ash bagi iolss tapii iolss paling kisahkan if dia terjatuh... Tak nak perkara yang tak diingini berlaku... Hu hu hu... mintak2 dijauhkanlah hendaknya.... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Biasala kalo jatuh sekali sekala sebelum nk betul2 mahir nnt tu farah^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jatuh tu adat kan sue kan? tapi tak nak lah sampai benjol sana benjol sini...

      Delete
  2. Nice sharing. Jatuh tu normal la kan tp sakit tu xtahannya. Takut nanti side effect bila baby tu besar kalau overdose jatuh.

    Jemput singgah : Banyaknya Ongoing Iklan Nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kena perhatikan kan tiey...overdose jatuh tu yang tak nak tu...

      Delete
  3. memang kan, bila budak2 yang baru nak berdiri/belajar berjalan ni akan hyper semacam.... semoga Ash tak bikin mummy semput ya !

    ReplyDelete
  4. Ash semakin membesar mummy.Tak sabar Ash nak berjalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy pun tak sabar nak tunggu ash berjalan fizah...

      Delete
  5. Replies
    1. ha ah kak, memang aware, jatuh sikit-sikit tu biasa... tapi kena perhati-perhatikan jugaklah kan?

      Delete
  6. sebab tu rmai suggest takyah pakai walker kot. bahaya terjatuh kena kepala dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat walker dia, dia dah pandai memaut nak berdiri dari luar, makanya kena sorok dah walker dia sekarang... hu hu hu... takut terbalik walker kena dia dulu terhempap...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !