Panduan & Tips Mendidik Anak Lelaki...

Farah Waheda Wahid
12
Sila abaikan gambar yang di-pixelize di belakang itu...Muahahaha...itu gambar iolss tak berhijab di dalam rumah... jadi tak moleklah jika dipamerkan sesuka suki hati kann??? *_^... Tengok gambar Ash ajer... fokus kat gambar Ash ajer... 

Sebab anak iolss lelaki, maka iolss pun nak berkongsilah ilmu yang iolss cari ni dari sumber2 yang iolss akan nyatakan kemudian... Kalau nak cerita tentang panduan & tips mendidik anak perempuan, iolss kena ada anak perempuan dulu baru boleh cerita uolss... #ehhh... muahahahaha... not in the near future and not planning for it at the moment... 

Terbaca dari blog Dr. Aisyah di dalam entri beliau di SINI ...Dr. Aisyah I is pinjam dan dah kreditkan pada doktor yer... 

1. Semua bayi di dalam kandungan sehingga usia 6 minggu adalah berbentuk perempuan. Pada 6 minggu, roh ditiupkan. Seandainya roh tidak serasi dengan jasad, maka Allah akan gugurkan kandungan itu. Jika roh itu lelaki dan bayi membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik dan jasad mula berubah menjadi lelaki.Antara perubahannya adalah otak lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan. Ini bukan bererti mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih perlahan. Maka, memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion, contoh anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi. Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, hanya boleh berfikir satu perkara pada satu masa, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Amat pantang jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali ada tempat untuk anak melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".

2. Sifat2 anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya sifat mereka "hak aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive). Anak lelaki (dan lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton, maka jika mereka bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi), kemudian baru kita beritahu logik. Contoh, anak lelaki yang berebut basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.

3. Disebabkan oleh tingginya paras hormon testostern dalam diri kanak2 lelaki, otak kanak2 lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yang matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik, contohnya mereka suka melihat tayar kereta mainan bergerak dan mengagak kelajuan kereta itu. Kanak2 perempuan sudah matan kedua2 bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Dikatakan bahawa kematangan seorang kanak2 lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak2 perempuan 4 tahun. Subhanallah...

4. Boys dilahirkan dengan sifat "born to kill" jadi mereka memang suka mengawal, berlawan, nak jadi hero dan superhero. So as parents, layankan ajer jika anak nak pakai baju SpiderMan. Membelai kejantanan dalam diri anak itu... Girls pulak suka melawa (perasan lawa) dan suka dipuji. Oleh sebab itu, mereka suka melaram dan main anak patung cantik2. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut diiktiraf apatah lagi jika dipuji.

5. Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak2 lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola.

6. Girls can adapat to any lighting situation, boys will shutdown their mind when it's dark. Sebab itu lelaki digalakkan bersolat secara berjemaah di masjid, manakala wanita paling afdhal solat di rumah dan boleh bertahajjud di dalam gelap dan sebagainya.

Itu menurut Dr. Aisyah... Tapi apa pula kata Dr. Harlina Siraj dari artikel di SINI dan juga di SINI

Peranan Bapa:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun.

2. Bawa anak bersiar2 dan spend waktu bersamanya.

3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.

4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikut oleh anak. Bapak borek anak rintik giteww.  Contoh... jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

5.  Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

Peranan Ibu:
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.

2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal2 yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

#cuba terapkan...anak lelaki RAPAT dengan ibu...sebab senang dalam meluahkan segalanya...kenapa??? doa ibu dan kasih sayang ibu teramat lah bernilai...setiap titik kasih sayang tu adalah syurga bagi mereka... In Shaa Allah... Percaya tak??? Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu adalah lebih manja dan kita mudah mengenali setiap gerak geri anak kita... # - jomlah kita mulakan dari sekarang sebelum terlewat uolss... ^_^ ngeee...

* Tapi Ash memang seorang yang defensive...dah boleh nampak...dan dia amat defensive pada Mummy dia...Alhamdulillah, syukran...moga2 berterusan sehingga bila2 yer... Bila Nek Ma atau Atuk acah2 marah Mummy dia, atau pukul Mummy dia... dia akan tolak tangan dia pada tubuh Nek Ma atau Atuk... ^_^... Flying in the air Mummy...bila Nek Ma dia macam marah Mummy dia... dia pandang jer tak kelip2... ha ha ha...so sweet...

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. takdop anak ag,tapi boleh jadikan ilmu >.<

    ReplyDelete
  2. Nice sharing kak... Panduan utk sy juga yg xde anak lelaki... Nnt sy nk kongsi pnduan ank perempuan ...tapi based on xperien la..

    ReplyDelete
  3. Gud sharing...tq....saya ada 2 hero yg semakin membesar...kdg2 susah nak kawal....nt try cara ni plk....hope mnjadi

    ReplyDelete
  4. terbayang jugak kalau ada babyboy.. hihi.... sha takde anak lagi, tapi boleh jadikan panduan kalau tetiba accidently... hiks

    ReplyDelete
  5. Nice sharing farah. Ada two boys in the house^^

    ReplyDelete
  6. Walaupun shad xkawin lagi, rasanya wajar bagi semua bakal2 married couple, ibu ayah untuk baca blog parenting.. tq kak sebab share dengan kami. :D

    ReplyDelete
  7. Comelnya Ash...thanx for sharing...boleh apply terus ni :)

    ReplyDelete
  8. Hormat anak lelaki sebagai imam kan :)

    ReplyDelete
  9. Peranan bapa memang dah buat..
    Tapi yang main ganas2 ngan anak bini pula tak bagi...
    Kena tunjuk info nie kat dia nie.. he ehe h

    ReplyDelete
  10. mmm skrg sy fhm kenapa nasihat / tingkah laku seorg ayah sgt2 memberi kesan terutama kpd ank lelaki... (refer no 4)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !