Ladies Driver | Road Safety for Women

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Ada pelbagai threat bagi ladies driver di luar sana sekarang ni uolss... Orang nak buat jahat dan aniaya orang ni macam2... Dan dah macam2 kes jugak yang weolss dengar atau baca atau tengok kann??? Well, memang terkena pada orang lain dan belum terkena pada weolss might be??? Or mungkin ada yang pernah ada pengalaman terkena dan rasa sangat serik dan seriau sampai trauma nak driving sengsorang lagi... Hurmm... 

Macam iolss sendiri, driving alone ke sana ke mari and the worst part is there is a little baby in the car along...Huh memanglah extra caution-lah uolss... Bukannya rasa sana sini sinun rata2 dalam negara dah tak selamat...Tapi dah terlalu banyak kes crime di sana sini sinun yang berlaku... Makanya, walaupun mungkin boring mengingatkan diri sendiri berulang kali... tak salah rasanya mengingatkan diri sendiri berulang kali... sebelum berlaku apa2 orang kata apa??? Baik beringat??? Begitulah kaedahnya... 

Ok this is what I usually keep on reminding myself about... dan sukalah kiranya iolss nak berkongsi dengan uolss... Mungkin nampak remeh atau semua orang dah tau, tapi tak salah kiranya kalau kita sama2 ingat mengingati... Kalau iolss mungkin terlupa, mungkin uolss tolong ingatkan, kalau uolss mungkin terlupa, mungkin iolss tolong ingatkan...macam tulah kita hidup bermasyarakat dan saling bantu membantu di antara satu sama lain ni ye tak??? He he he... 

Jangan Biarkan Tangki Minyak Kenderaan Sehingga Nyawa2 Ikan
Jadikanlah amalan, bila mana fuel indicator tu dah menunjukkan ke paras separuh atau setengah, gi refill uolss, rather than waiting warning lights kat fuel indicator tu blink blink... Reason being??? Minyak yang cukup jika sesat barat ke mana2 ataupun langkah keselamatan if travel di malam2 hari di kawasan2 tak ramai orang, crime area atau sunyi...tak perlu nak isi minyak dan merisikokan diri giteww kaedahnya... 
Cuba Sedaya Upaya Untuk Tak Sesat
Pepatah mengatakan Malu Bertanya Sesat Jalan...Huh... Sekarang ni masih boleh digunapakai untuk sesetengah keadaan...Hu hu hu... Tapi most of the time... Mostly ramai yang dah ada Global Positioning System (GPS) dan mobile application with journey planner dalam semakphone masing2... Jadi, tak payah risau nak sesat barat merapu meraban ke mana2... pakai jer GPS...Banyak ada...Google Maps, Waze, Travel Smarter... Banyak kann? kann? kann? Lagi2 dah ada Google Street View sekarang uolss... canggihhh...hik hik hik, boleh tengok live lagi tempat2 yang weolls nak tuju tu... 
In Case of Breakdown
Biasalah perempuan kann??? Kadang2 bila berlaku breakdown cepat jer panik-nya, cepat jer mengelabs-nya dan cepat jer menggelupur-nya...Hu hu hu...Dalam apa2 kes, bertenang... kalau kenderaan weolls breakdown, pastikan pintu sentiasa berkunci rapat sementara menunggu sebarang bantuan. Dan bila mekanik datang, mintak dia bagi proof of identity dan kita ada hak untuk bertanya dan lihat proof identity tu ok??? 
Keep Your Valuables
Kunci pintu semasa perjalanan. Lock jangan tak lock. Pastikan. Bukak tingkap pun kalau tak nak pakai aircond separuh jer... Tak payah nak bukak seluas2 alam... Bagus bukak separuh ni...tudung pun tak rosak nak kena repair balik, rambut pun tak mengerbang macam Kak Ponti...ekekekeke.... Letakkan laptop, ipad, ipod segala bagai termasuk handbag, semakphone "out of sight"... Faham kann??? Macam kes cermin tingkap sebelah passenger kena pecah kat traffic light lepas tu handbag kena ragut macam tu jer dari dalam kereta...Nauzubillahminzalik... Mintak2 dijauhkanlah... 
Check Fluids Level Regularly
Kalau tak pasti, sila rajin2 ulangkaji handbook kenderaan memasing yang will show you how and the specification of oil. Kena belajar ni yer??? 
Jangan Sesekali Menumpangkan Strangers
Ko kesianlah macam mana sekali pun, ko tak sampai hatilah macam mana sekali pun, bukan nak suruh uolss jadi tak berperikemanusiaan, macam2 modus operandi orang nak buat jahat sekarang ni... Never give lifts to strangers uolss...never ever ok??? berhati2 dan berjaga dengan sesiapa sahaja yang memberi signal ada sesuatu yang tak kena dengan kenderaan weolls semasa weolls tengah driving di jalan yang sunyi ataupun kurang kenderaan...melainkan kalau uolss pun tau yang ada sesuatu yang tak kena dengan kenderaan uolss...Sebaik2nya, nak check keadaan kenderaan tu biarlah di kawasan atau lokasi yang selamat dan ramai orang. 
Ermm, tu jerlah kot yang iolss boleh ingat buat setakat ni... Untuk weolss2 yang bernama wanita ni...sentiasalah berhati2 yer...termasuklah diri iolss sekali uolss...

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ok sis bagus ni peringatan utk kita semua bahaya da d mna2 kan

    ReplyDelete
  2. gud reminder kak.
    macam gadget sy akan letak tempat yang lindung dari pandangan org luar.
    beg besar ke kecik sume taruk dlm bonet.

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips kak..drive sorang kalau terpaksa.memang bagus berteman takut apa² jadi.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing...mostly tips diatas saya kena buat...klo tak en hubby @ ayah akan berleter..

    ReplyDelete
  5. peringatan yang bagus. .tips yang sesuai untuk wanita di luar sana

    ReplyDelete
  6. Walaupun sy pemandu wanita, tapi sejak ayah sakit banyak pekara mengenai kereta saya kena ambil tahu. dan sebenarnya kita tak boleh nak lepas tangan. penjagaan kereta amat penting!

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas peringatan farah...kita mmg kena sentiasa berhati-hati...tapi noe selalu buat yang pertama tu...hehehe...kena ubah ni...

    ReplyDelete
  8. Nice sharing...sediakan payung sblm hujan..

    ReplyDelete
  9. selalu ajak suami bersama..takut haih nakdrebar sorang2

    ReplyDelete
  10. Nice sharing ..bgus untuk kita ingat mengingatkan..

    ReplyDelete
  11. Akak selalu drive jauh2 sorang2. Sometimes tengah2 malam atau tengah2 pagi. Polis yang buat roadblock pun cuak jer nengok pompuan drive sensorang tengah hutan belantara kat Chini dan Muadzam tu. Apa yang penting, ambil semua langkah berjaga2 di atas. pastikan handphone dalam keadaan baik, fully charged dan ada credit. Lagi satu, senjata sangat penting dalam kereta. Biarlah walau gunting sekalipun. Letak di tempat yang mudah di capai macam di poket pintu sebelah kanan kita. Sekurang2nya, ada sesuatu untuk kita pegang sekiranya darurat. Oh, akak special case. Gunting, paku panjang, pisau rambo dan parang pendek sentiasa ada dalam kereta sekiranya terdesak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !