Jenis-Jenis & Panduan Membeli Kereta Sorong Bayi...

Farah Waheda Wahid
17
Kereta sorong bayi ni bukanlah satu perkara yang diwajibkan setiap ibu bapa untuk beli... tak ada termaktub pun dalam mana-mana kitab ataupun peraturan yang mewajibkan ibu bapa untuk membeli kereta sorong... Tapi kereta sorong ni adalah merupakan satu fasiliti atau kemudahan bagi ibu bapa ketika membawa anak-anak makan angin atau bersiar-siar tak kiralah di mana pun kan? Kadang-kadang kita ni tak terlarat nak berlama-lama mendukung anak masing-masing...Hik hik hik...Nak nak lagi kalau yang semangat badannya... Boleh lenguh kan? Ash tu nampak jer kecik molek, tapi sebenarnya kalau nak tau, boleh tahan kalau dukung dia...Siapa yang pernah dukung dia, dari kalangan blogger taulah... Perkataan yang setakat ni Farah terima adalah "Boleh tahan!", "Mantap jugak badan dia...", "Keras jugak badan dia..." ok tentang badan keras tu, tak kena mengena...urat dan tulang besi kot Ash ni? Ha ha ha, lepas tu boleh join Abah Ash pergi gimnasium angkat besi... Boleh giteww? Errrr...nak jadi sado ker nak jadi metrosexual anakku ini? Kombinasi boleh? Ke pakej lengkap? Ha ha ha...Ok, mula merapu meraban... 

Kereta sorong ni sebenarnya ada macam-macam jenis... dari satu sumber di SINI,jenis-jenis kereta sorong adalah seperti:

Sumber dari Google
 Conventional Strollers
Kereta sorong bayi konvensional terdiri daripada berbagai macam tempat duduk dan ukuran serta bingkai aluminium ringan. Kereta sorong bayi konvensional muncul dengan dilengkapi berbagai kemudahan seperti kerusi reclining, kanopi, mudah dilipat dan banyak lagi.

Sumber dari Google

Umbrella Strollers
Jenis umbrella strollers adalah tempat duduknya yang paling ringan, biasanya kurang dari 12lbs. Kereta sorong bayi jenis ini merupakan yang paling standard. Umbrella stroller ini jarang yang berbaring dan tidak memiliki struktur tambahan, misalnya rak dan tempat penyimpanan. Salah satu keistimewaan kereta sorong ini adalah ukurannya kecil dan mudah dari segi penyimpanan. Selain itu, harganya adalah yang paling murah. Kereta sorong bayi jenis ini sesuai bagi bayi yang sudah boleh duduk sendiri, biasanya bayi berusia 6 bulan atau lebih.

Sumber dari Google




Travel Systems Strollers
Boleh dikatakan kereta sorong bayi jenis travel system merupakan gabungan antara kereta sorong dan kerusi kereta. Jika ia dipakai untuk bayi baru lahir, menggunakannya sebagai kerusi kereta, jika bayi kita sudah boleh duduk, kita boleh menukarnya sebagai kereta sorong bayi.

Sumber dari Google
Modular or Multi-Component Strollers
Kereta sorong bayi modular atau multi komponen ini adalah jenis baru di pasaran. Kereta sorong bayi multi komponen ini merupakan sebuah kereta sorong bayi yang paling fleksibel. Misalnya kerusi boleh ditukarkan, kerusi dapat menghadap ke depan atau belakang, serta banyak pilihan lain.

Sumber dari Google
Activity Strollers
Activity Stroller digunakan sebagai jogging stroller dan all-terrain strollers atau kereta sorong bayi untuk semua bidang.

Sumber dari Google

Double Strollers
Kereta sorong bayi kembar ini membolehkan anak kita duduk bersebelahan (side-by-side) ataupun depan belakang (tandem). Kereta sorong bayi jenis side-by-side sesuai bagi bayi yang mempunyai berat badan yang sama. Tetapi jenis ini mungkin sukar dikendali apabila sering keluar masuk pintu. Terdapat juga kereta sorong bayi yang muat tiga atau empat anak, tetapi kereta sorong jenis ini sukar ditemui dan harganya lebih mahal. 

Bila ada kereta sorong ni sebenarnya akan memudahkan ibu bapa berjalan-jalan dengan anak dan senang jugak nak bawak barang-barang keperluan anak. He he he, ada orang jadikan kereta sorong sebagai troli pun ada... Hik hik hik, Farah pernah tengok... 

Tambah sikit dari sumber yang sama jugak di SINI... tentang panduan membeli kereta sorong bayi... 

Panduan Membeli Kereta Sorong Bayi 

Untuk Apa dan Di Manakah Kereta Sorong Bayi Itu Akan Digunakan?
Adakah kita akan menggunakannya ketika membeli belah di pasar raya atau ketika berjoging? Adakah kita akan sentiasa keluar bersiar-siar dan membawa kereta sorong bayi? Ketahui tempat dan jenis permukaan jalan yang kita akan kerap kunjungi menggunakan kereta sorong bayi itu.

Kita juga perlu mengambil kira saiz dan berat kereta sorong bayi itu dan adakah ia mudah di bawa naik dan turun dari kereta atau pengangkutan awam? Jika kita gemar melancong, apakah jenis kereta sorong bayi yang sesuai?

Berapa Kerap Kita Akan Menggunakan Kereta Sorong Bayi Itu?
Adakah kita akan menggunakannnya setiap hari atau sekali- sekala sahaja? Jika kita akan menggunakannya selalu dan mahukan jenis yang tahan lama, belilah kereta sorong yang berkualiti.

Siapakah Yang Akan Mengendalikan Kereta Sorong Itu? 
Adakah kita bersaiz kecil? Adakah suami kita tinggi? Erkk..suami kita...Bha ha ha... Suami uolss lah...  Adakah pengasuh atau ibu kita akan kerap mengendalikan kereta sorong bayi itu? Fikirkanlah tentang ketinggian, langkah dan kekuatan orang yang paling kerap mengendalikan kereta sorong  bayi itu. Keselesaan pengendali juga perlu diutamakan.

Apakah Ciri-Ciri Yang Perlu Diambil Kira?
Adakah kita mahukan tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya? Ada juga kereta sorong dengan pemegang yang boleh bertukar arah agar anak kita boleh memandang ke hadapan atau belakang. Selain itu, terdapat juga pelbagai aksesori untuk kereta sorong bayi.

Berapa Luaskah Ruang Yang Kita Miliki?
Saiz kenderaan kita juga perlu diambil kira dalam pembelian kereta sorong. Jika kita banyak menggunakan pengangkutan awam, pilihlah rekaan yang padat dan ringan.

Berapakah Bilangan Anak Kita dan Berapakah Usia Mereka?
Adakah kita hanya mahukan seorang anak atau kita merancang untuk mempunyai lebih ramai cahaya mata? Kita mungkin perlu membeli dua kereta sorong apabila menambah bilangan anak atau memilih kereta sorong bayi yang mempunyai dua atau tiga tempat duduk.

Adakah Kita Sudah Mempunyai Kerusi Kereta Bayi?
Jika tidak, kita mungkin boleh membeli kereta sorong yang boleh dijadikan kerusi kereta bayi. Jadikan ia dua dalam satu. Lagi jimat kannn?

Ash punya kereta sorong? Pelbagai kegunaan yang dimaksimakan semaksima mungkin... Tapi Farah tak beli... Ditaja jugak oleh rakan-rakan sepejabat dan juga bosses Farah semasa Ash lahir, sama dengan car seat Ash... Tapi, sekarang ni semenjak dua menjak ni, dah tak berapa berminat dia nak duduk dalam kereta sorong dia... Kalau keluar ke mana-mana lebih banyak duduk dalam baby carrier... Dan sebenarnya Farah yang overprotective ni rasa lebih selesa kalau dapat peluk dia semasa berjalan-jalan...Ha ha ha...Rasa lebih selamat... Ini semua bayangan fobia dan trauma tentang kes ramai kanak-kanak kena culik lah ni...Muahahaha... Boleh tak merapu dok bayangkan kalauuuuu... tiba-tiba orang ambik jer dari kereta sorong tu? Tak apalah... Biarlah Ash duduk dalam baby carrier dia... Melampau tak? Tapi tak salahkan? 

Makanya, diharapkan dapat membantulah yer kalau-kalau ada ibu bapa yang sedang memikirkan tentang kereta sorong untuk anak-anak sedia ada dan anak yang bakal lahir....

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kereta sorong twin pun ada tapi dulu-dulu akak tak beli pun kereta sorong yg twin nie....huhu

    ReplyDelete
  2. sy aritu beli yg murah je...takde bajet nk beli yg mahal..tp syukur masa nk byr, ad org belanja..hehe..walaupon murah, tp tahan smpi skrg..lasak sgt ekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ash punya kawan2 office dan bosses yang bagi...ha ha ha, tak beli jugak, jimat sikit duit...

      Delete
  3. Hoho..Dulu2 x sempat nk explore mende ni ..Beli main tangkap muat je. Tapi che mek x mo duduk dalam stroller..So pakai la ring sling.. Bile dh besar sikit beli buggy.. Stroller yg lama tu mmg boleh kira dgn jari je brp kali guna. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. stroller Ash pun boleh kira ngan jari berapa kali jer pakai...

      Delete
  4. Sue prefer babywearing guna ssc. Stroller teringin nk sebiji baby jogger ;)

    ReplyDelete
  5. Blh d jdikn pnduan utk masa dpn hhe..lya pun x taw sgt psl stroller ni

    ReplyDelete
  6. macam-macam jenis kereta sorong..kene pilih yang betul dan sesuai untuk budak..yang penting kene tgk bajet jugak..ehhee

    ReplyDelete
  7. Awak sama macam suami saya la..dia tak pernah dia beli stroller kat anak2 sebab dia nak dukung je.dia kata dia tak percaya kat stroller..heheh..kalau keluar pun saya tak dukung anak...dia yang dukung.

    ReplyDelete
  8. penting ada kereta sorong ni kalau pergi berjalan..tak larat juga nak dukung je. Good sharing info ni :)

    ReplyDelete
  9. Suami saya pon prefer dukung. Lagipon anak saya ni, memang suka explore benda baru, asik nak berlari je. Anyway, thanks for guidelines. Mungkin anak kedua boleh guna ni.

    ReplyDelete
  10. Nice tips kak farah..
    Blm beli lagi pon..
    Kene tgu bby kuar baru nk cr...
    And pikirkan kegunaam jugak...
    Sbb ade sstgh bby bkn nk dok lame dlm stroller tu

    ReplyDelete
  11. tq kak. anak kluar next year tp ade jugak cr2 yg sesuai. memandangkan kami ni smnggu sekali jumpa, kena cr stroller yg ada car seat skali nampaknya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !