Jenis-Jenis Minyak Wangi & Tips Membeli Minyak Wangi Yang Sesuai

Farah Waheda Wahid
18
Sumber dari Google
Nak berwangi-wangian pulak ni...Ha ha ha...Al-maklumlah Farah kan pencinta setia minyak wangi? Hobi memang kumpul minyak wangi dan pakai minyak wangi...Setakat kena tegur MANDI MINYAK WANGI tu dah biasa dah... Sampaikan ada sesetengah kanak-kanak dan sesetengah orang boleh kenal bau Farah... #oopss... Termasuklah si pipi labuh tu... Hua hua hua... 

Ada beberapa kategori minyak wangi di pasaran semasa pada masa kini. Farah percaya semua orang pun tau kan? Dan ni nak cerita sedikit mengenai kategori minyak wangi sebelum kita masuk pada tips di dalam membeli minyak wangi yang sesuai yer... 

PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan miyak wangian yang tinggi iaitu sehingga 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya biasalah, boleh tahan mahal ok?  

EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingakan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de Parfum sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada, di lipatan siku, di belakang lutu dan pergelangan kaki. Ahakss...ada ke yang pakai minyak wangi dekat lutut dan pergelangan kaki? Farah tak pernah pulak pakai...Kui kui kui... Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita nakkan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang tu, kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian ok? Tak semua orang tahan dengan bau minyak wangi... 

EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran minyak wangi di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Kena top-up lah yer...Hik hik hik... Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit kita. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawa minyak wangi ke mana-mana (di dalam botol kecik yer...bukan bawak sekali ha ko, yang besar gedabak tu). Baunya juga tidaklah sehebat Parfum atau Eau de Perfume tapi dah cukup dah untuk buatkan orang-orang sekeliling kita  menyedut udara dalam-dalam kalau terserempak dengan kita. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

COLOGNE
Cologne mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran minyak wangi. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain. 

TIPS BAGAIMANA MEMILIH MINYAK WANGI YANG BERSESUAIAN:

Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini kita dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan uolss.

Ketahui Bau Kegemaran Kita
Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran kita. Jika kita sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran kita tersebut. Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan kita. Macam Farah, suka bau-bau macam Issey Miyake, DKNY Green Apple, Kenzo, Nina Ricci, Channel No.5, Gucci Guilty, Miracle, CK, Polo, Estee Lauder. 

Jangan Gosok di Pergelangan Tangan
Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukan macam ni kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan kita.  

Elakkan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih
Jika kita memang bercadang nak beli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika kita menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan kita. Ini adalah kerana campuran 2 minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang kita ingin cuba.

Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika kita mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan kita dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika kita bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Kredit: SINI

Memanglah sekarang ni diaorang dok sembur kat kertas sampel tu...tapi Farah lagi suka dia sembur kat badan atau pergelangan tangan... Kata nak jual kann? Alang-alang dah sembur kat kertas tu baik sembur kat badan uolss...Ahaks...baru lah dapat feel pakai minyak wangi tu... lepas tu sambil menyelam minum air... Badan pun wangi secara percuma! Boleh giteww??? Tapi tak adalah desperate sangat sampai nak minyak wangi percuma sepanjang masa... Sekali sekala bila jalan-jalan makan angin kat pusat membeli belah...Tak salah pun kan? Ha ha ha... 

Selamat membeli minyak wangi uolss!

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam farah, kita memang bukan jenis suka minyak wangi. tapi hubby ye. memang mandi minyak wangi. so lepas kawin saya pun terjebak dengan minyak wangi. tapi saya suka yg roll punya.

    ReplyDelete
  2. hehe..nak beli minyak wangi..meh beli ngn sy ekeke

    ReplyDelete
  3. suka minyak wangi macam bodyshop. comel dan tahan lama bau :)

    ReplyDelete
  4. saya suka britney spears pnya mnyak wangi...

    lecturer saya ada cakap. kalau siang, pakai mnyak wangi yang kuat bau dia.. tapi kalau malam pula, cari bauan yang sederhana je. kalau x nanti pening kepala...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas tips Farah ni :)

    ReplyDelete
  6. Perfume is a must in my life...paling suka yg pakai skrg Salvatore Ferragamo dan all time fav Escape by CK...great of sharing adik...thanks

    ReplyDelete
  7. alamak..lama pulak x shopping perfume ni farah..

    ReplyDelete
  8. hihi...akak suka yg main roll punya...klu sembur..rajin sgt menyembur smpi x hengat sunia..hihi

    ReplyDelete
  9. terima kasih akak share pasal ni.. :)

    ReplyDelete
  10. CT suka bau bau macam lemon hahaha. kawan kata baik amek pewangi kereta tu lumur kat badan :P iols tak pakai perfume mahal.. body mist aje wakakaka okay tipu.

    ReplyDelete
  11. thanx sharing.. xtau plak tak boleh gosok..hihi.. selalu tgk org buat tu yg terikut tu..hihi..

    ReplyDelete
  12. Lya suka wangian yg lembut2 hhee

    ReplyDelete
  13. Sy suka bau bunga..dna lembut... Tak kisah tak tahan lama... Jnji x kuat sgt..

    ReplyDelete
  14. haaaaaa ni tips paling berguna untuk sha... sebab sha sangatlah tak pandai memilih minyak wangi... kekadang masa choosing rasa dah wangi, bila balik rumah bau karat je -_-

    ReplyDelete
  15. feel free to visit www.oppaperfume.com

    ReplyDelete
  16. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah elmu.

    Gema Parfum
    Tips memilih parfum.


    --------------

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !