Ibu Bapa Suka Marah-Marah??? Sila Baca...

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Memanglah, anak-anak tidak boleh terlalu dimanjakan, takut-takut nanti menjadi "rosak"... Rosak di sini membawa kepada pelbagai maksud... bukan tertumpu kepada satu aspek sahaja... Errr...dah macam lagak gaya orang berpidato pulak...Ha ha ha... Tapi betullah... Ada masanya anak-anak perlu ditegur, dimarahi serta diperbetulkan... tetapi bagaimanakah caranya? Adakah secara menengking? mengherdik? meninggikan suara? ataupun berkata lembut tetapi tegas? Pilihan Farah kepada Ash sendiri adalah berkata lembut tetapi tegas... Tak dinafikan ada ibu bapa di luar sana kadang kala dek kerana terlalu tak dapat mengawal keadaan atau perasaan, terlanjur meninggikan suara ataupun terpekik-pekik marah anak disebabkan semata-mata nakkan perhatian anak supaya mereka takut dan akur dengan arahan dan perintah. Orang kata, tak mudah nak aplikasi pendidikan anak-anak tanpa marah-marah... teori tak sama dengan praktikal... Ya, mungkin betul...tapi Farah nak sahut cabaran tu... Cuba mendidik Ash dengan cara berkata lembut tetapi tegas tanpa perlu berlagak ekstrem... In Shaa Allah...cuba jaya... 

Melalui satu sumber di SINI, bagi mereka yang suka marah-marah kepada anak-anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik... 
  1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tidak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tidak matang?
  2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 
  3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak kita tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
Pernah tak terfikir kenapa 2 orang marah perlu berjerit-jeritan di antara satu sama lain? walaupun duduk bersebelahan? Pernah tak terfikir kenapa 2 orang yang saling menyayangi lebih suka berbisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon? 

Bila kita marah, 2 hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tak perlulah nak menjerit-jerit sangat, hanya perlu berbisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia. 

Makanya, persoalannya kalau kita nak didik anak-anak kita, perlu ke kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap? Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula pada diri sendiri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita? Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham, dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita? Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan? 

Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibu bapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa. Itu jugalah yang cuba diterapkan pada Ash... 

Sumber dari Google
Anak tu adalah amanah yang diberikan kepada kita pasangan suami isteri. Anak tu jugaklah merupakan penyeri di dalam rumahtangga. Ramai orang inginkan anak sebagai pelengkap keluarga tapi tak ramai sebenarnya tak ramai yang tau bagaimana nak didik anak dengan cara yang betul. Sebab kita ni manusia, tak ada yang sempurna, serupa jugak macam Farah. Sebab tulah Farah banyakkan membaca, memikirkan, mengadaptasi dan belajar lepas tu kongsikan di sini...bukan sebab nak tunjuk yang Farah pandai sangat dalam keibubapaan... Ho ho ho, jadi Mummy pun baru 11 bulan uolss... 

Sedikit tips dan panduan mendidik anak...tak kira lelaki atau perempuan... tips dan panduan yang menumpukan pada cara untuk mengurangkan marah kepada anak-anak yang dipetik dari SINI

FIKIRKAN DULU
Sebelum kita mula rasa ingin memarahi anak-anak. Fikirkan dulu... adakah kita sendiri suka dimarahi oleh ibubapa kita? adakah kita nak anak kita marah kita balik satu hari nanti? macam mana perasaan kita kalau kena marah? Mungkinlah mungkin sesetengah dari kita berfikiran anak-anak tak akan ingat yang kita marah mereka tetapi sedar tak bahawa minda anak-anak cepat belajar sesuatu dan ingat apa saja kelakuan kita kepada mereka? Ha ha ha...tak payah marah pun, ambik tablet dia dari tangan secara lembut macam dalam cerita Merajuk 2 Hari!!! pun dah bagi kesan uolss...Ha nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Baru nak cecah 11 bulan tu umur, tapi dah pandai dah merajuk... Hua hua hua... Si pipi labuh ingat kelakuan Mummy pada dia...

BANYAK BERIKAN KESEDARAN DARIPADA MEMARAHI
Teknik didikan dengan memberi kesedaran adalah yang lebih baik dari memarahi mereka. Cara memarahi mereka akan membuatkan emosi mereka terganggu. Kita perlu memikirkan teknik didikan lain yang boleh memberikan mereka kesedaran akan kesilapan yang mereka lakukan daripada memarahi mereka. 

ANAK BUKAN ROBOT
Kita perlu faham yang anak kita bukan robot yang hanya mengikut perintah dan arahan kita sahaja. Anak merupakan manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Kita cuba fahami mereka dan bawak keinginan mereka kepada sesuatu yang kita mahukan.

TUNJUKKAN RASA KASIH SAYANG KEPADA MEREKA
Tunjukkan sifat kasih sayang kita kepada mereka melalui suara, riak muka dan tindakan. Dengan cara ini, mereka akan rasa disayangi. Jangan pendam perasaan ini di dalam hati ajer. Dalam hati sayang, tapi tak nak tunjuk sebab takut anak pijak kepala.

ELAKKAN MENGELUARKAN KATA-KATA NEGATIF
Kata-kata negatif akan beri kesan yang sangat besar pada pertumbuhan dan pemikiran anak-anak. Ianya juga akan mempengaruhi anak-anak. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah orang lain atau anak-anak di depan orang lain.

MEMANDU ANAK SEMASA MENONTON TV
Ini antara perkara yang penting. Memandu anak-anak dengan memberitahu perkara yang betul dan tidak betul boleh mendidik mereka. Pendidikan secara visual adalah lebih berkesan.

PERBANYAKKAN DOA DAN MEMBACA AL-QURAN
Cara ini sangat membantu dalam mendidik anak-anak. Memohon pada Yang Maha Esa supaya dipermudahkan urusan mendidik anak-anak dan menjadikan anak-anak kita seorang yang Soleh dan Solehah

Semoga bermanfaat sama-sama buat kita semua yang bergelar ibu bapa ni dan semoga urusan kita di dalam mendidik anak-anak masing-masing dipermudahkan oleh Allah SWT yer? ^_^... Parenting is challenging but it's fun... Seronok bereksplorasi di dalam dunia keibubapaan ni sebenarnya... Banyak ilmu banyak perkara sebenarnya kalau kita gali satu persatu... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !