"HomeSchooling" di Malaysia???

Farah Waheda Wahid
9

I was triggered with a post tagging me in FB just now from one of my dearie sis dalam dunia blogger... Suzlin Azreena Nordin... about homeschooling... Hurmm... memang salah satu perkara yang terlintas dalam fikiran iolss pun... dan tup tup tup... pagi ni muncul...memang seolah2 nak suruh iolss kongsi jugak tentang homeschooling ni yer...He he he... 

Homeschooling ni kalau abroad tu, memang ramai parents amalkan...tapi di Malaysia ni, I'm not sure...tapi I believe pasti ada parents yang tertarik dengan kaedah homeschooling ni... betul tak??? Sebenarnya segalanya bermula dari rumah... Rumah adalah sekolah yang terbaik... ^_^... Menurut satu artikel di SINI...

"Homeschool" adalah pendidikan anak2 bermula di rumah. Kebanyakan ibu bapa tidak menghantar anak ke prasekolah dan seterusnya ke sekolah. Pendidikan diberikan secara rasmi atau tidak rasmi di rumah.- I guess this is for those yang nak homeschooling sampai the age of 6 years old and then terus hantar sekolah rendah. 

Iolss rasa iolss faham pandangan sesetengah parents yang berminat dengan homeschooling ni... dan melalui satu artikel di SINI, seorang parent itu dikatakan melihat homeschooling sebagai...
  • satu konsep menarik untuk mengajar anak2 mengikut acuan yang kita kehendaki. Bukan mudah untuk melaksanakannya. Tapi, tidak mustahil. Perlu ada syllabus, perlu ada disiplin, perlu ada jadual dan perancangan, perlu ada sistem dan peralatan2 pembelajaran yang sesuai, walaupun ia-nya berjalan di rumah sendiri.
  • kaedah pembelajaran homeschool adalah yang fleksibel dan menyeronokkan tidak seperti kebanyakan pusat pembelajaran di luar sana yang terlampau akademi dan boring (kecuali beberapa yang menggunakan sistem Montessori dan kaedah 'learn thru play'). Parents boleh memilih atau menyusun syllabus yang mereka ingini atau mengikuti contoh2 syllabus homeschool yang sedia ada. Di luar negara, terutamanya di US, homeschool dilaksanakan secara meluas dan sangat memberi manfaat khususnya kepada anak2 istimewa yang sukar mengikuti pembelajaran di sekolah2 'main stream'.
  • homeschool sebagai satu peluang untuk 'bonding' dengan anak2. Melalui aktiviti2 seperti story-telling, arts & crafts dan aerobics, anak2 akan berasa sangat seronok kerana dapat melakukannya bersama cikgu kesayangan, tak lain dan tak bukan ibu mereka sendiri. 
  • manfaat dari segi kos dan kewangan. Kos2 menyediakan prasarana homeschool untuk anak2 di rumah sebenarnya jauh lebih murah daripada yuran2 tadika/prasekolah di luar. Cuma homeschooling memerlukan minat, komitmen dan kesungguhan yang tinggi dari parents.
Homeschooling ada it's own pros and cons sebenarnya. Dan tak mustahil bagi masyarakat Malaysia ianya masih lagi sebagai satu taboo... and there's negative perception and skeptical about homeschooling di Malaysia ni...such as...
  • anak2 TIDAK bersosial. 
  • anak2 sukar mengambil peperiksaan awam (UPSR, PMR dan SPM) dan juga mendapat pekerjaan apabila dewasa kelak. Ermm... anak2 yang homeschool boleh jer sit for major exams ni uolss, sebagai calon persendirian. - ini yang nak homeschool forever...tak nak dihantar ke sekolah langsung
Hurmm... Di Malaysia, pendidikan wajib mesti dilalui oleh semua anak2... untuk homeschooling... menurut Kementerian Pendidikan Malaysia ada pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib macam yang iosss petik di bawah ni...


PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)

1. PENYATAAN DASAR
Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

2. TUJUAN

2.1 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.

2.2 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.

2.3  Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.

3. PELAKSANAAN DASAR

3.1 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, "Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian", melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.

3.3 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.

4.2 Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.

4.3  Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:

4.3.1    Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
4.3.2    Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan 
4.3.3   Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
4.3.4   Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
4.3.5  Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
4.3.6  Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
4.3.7   Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.
4.3.8 Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
4.3.9  Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.

5. TARIKH KUATKUASA

5.1 Kertas "Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah" telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

Sumber: SINI 

Dasar pendidikan di Malaysia mewajibkan semua kanak2 berdaftar dan bersekolah kecuali macam kes di atas tadi ni lah... pengecualian ni... I guess... untuk homeschooling practice di Malaysia... suitable untuk preschool sahajalah kot kalau parents betul2 teringin nak homeschool-kan anak2 uolss... then cukup umur register for primary school as usual...sebab itu yang tertakluk dalam undang2 pendidikan Malaysia kann??? Nak homeschool-kan anak2, parents kena jadi equip dan betul2 ready mental and physical. ^_^... Dan syllabus tu... boleh rujuk di sumber2 yang berkaitan... 

Boleh juga cari buku ni... 

Source Extracted from Google
Rasanya methodology pendidikan tu, depends on how parents wants to approach their childrens... ^_^... There is no specific methodology for it... Parents kena banyak mengkaji dan membaca serta kena betul2 equip diri jer supaya can keep up with the pace in raising and educating our child... Dan bolehlah juga cuba2 baca2 artikel di laman web...contohnya... artikel di Business Insider yang bertajuk... 10 Websites That Make Homeschooling Easy. ^_^...

*Me, my personal point of view... I will still send Ash to all those sort Montessori Learning and Learn Thru Play Thingy... Homeschooling tu bila waktu2 terluang iolss spend dengan Ash... tetap akan ada...sebenarnya by the way looking at it... homeschooling ni tak pernah berhenti...sedari anak2 weolls lahir lagi sebenarnya sedar atau tidak...kita dah homeschool-kan anak2 ni...sebab homeschool ni wide syllabus dia dan tak tertumpu pada akademik semata2...about life, about getting to know, about recognizing, tentang adab, tentang peraturan, tentang disiplin, tentang amalan and etc... *_^... 

**Perghh berjahit nak membaca entri super duper panjang lebar ni uolss...hu hu hu...sorrryyyyy...tiada paksaan...those rasa berminat dengan topik ni...boleh jer baca sampai habis, those yang tak minat... boleh baca setengah atau tak baca langsung...ekekekeke... ok...daaa....

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Perghhh,...panjang betol entry ni tapi tetap nak bace sampai abis...kalau setakat nak homeschool dr umo 3-5 tu boleh la kot kan. Tapi kalo ade yang nak xde masalah, pilihan di tgn sendri. Jemput lamdtg blog sy, label didik anak kita.
    www.armilastyle.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kalau saya tak bekerja, fully housewife, memang nak amalkan homeschool ni tapi sekolah tetap sekolah...cuma disebabkan sekarang ni bekerja, bila ada masa terluang samada sebelum tidur, baru beraktiviti sikit2 dengan anak...bukan homeschool pon...huhu

    ReplyDelete
  3. bukan keje mudah utk buat benda ni

    ReplyDelete
  4. semuanya bermula dari rumah..pendidikan yang betul dari parents sangat penting sebelum ke alam persekolahan yang sebenar

    ReplyDelete
  5. hihi... homeschooling ni anytime je.... tapi kalau sha ada baby, memang nak amalkan homeschool ni, teringinnnnnnn....

    ReplyDelete
  6. Boleh smlimpan..tggu smpai ada anak nti.hehe

    ReplyDelete
  7. Homeschooling mmg kna ada dlm setiap rumahtgga... Tapi dlm masa yg sama dibntu oleh yg formal juga...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !