"Happy 11th Monthsary Ash!"

Farah Waheda Wahid
24

Rasanya baru jer masuk 10 bulan si pipi labuh ni... ha ha ha... tiba-tiba hari ni dah 11 bulan dah? Cepat betul masa berlalu dan beredar yer? Makanya, silalah hadapi kenyataan bahawa Ash dah pun 11 bulan yer Mummy? Dah besar tau... Tak lama lagi dah nak setahun dah umur Ash... 

Syukran Ya Allah... Alhamdulillah di atas nikmat ini... Tinggal sebulan jer lagi sebelum Mummy fefeeling throwback dalam bilik bedah semasa nak keluarkan Ash dari perut Mummy dan pada tahap ni Mummy kenalah selalu ingatkan diri yang Ash bukan lagi seseorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa Mummy. Kenapa? Tahap ni lah Ash masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, cumanya tahap berdikari dia tu makin meningkat... dah mula berdiri kaki sebelah macam ballerina cuba seimbangkan badan, duduk dan suka-suka landing mana-mana sahaja tanpa kira tempat, suka tempat yang sempit-sempit, bawah meja dan tangga. Suka mengemas... Hamik... senaman percuma di rumah untuk Farah... ha ha ha...

Dah mula hulurkan lengan dan kaki kekonon nak tolong Farah yang tengah nak pakaikan dia baju... kadang-kadang sakat Farah dengan laju-laju mengengsot ke tempat lain... ha ha ha... berkejar nak pakaikan dia baju... rajin sakat Mummy dia ni... Tolonglah percaya... ha ha ha... tak pun meh tidur semalam rumah Farah dan perhatikan...

Kekonon nak suap makanan sendiri, minum sendiri...walaupun ke lain perginya... main lontar-lontar... saja-saja jatuhkan barang nak mintak kita ambikkan...


Tau dah mana nak cari buku-buku dia, main selak-selak buku sendiri... pas tu mengomel sendiri... da da di di du du... memacamlah... tau mana nak cari tablet dia dan buka perisian tablet khas untuk dia sendiri... macam contoh perisian kat atas tu yang Farah tempek gambar tu...

Sasaran perkembangan untuk Ash di usia 11 bulan ni oleh Mummy dia? Fokus dan tumpukan kepada keupayaan kognitif otak Ash dan fokus kepada Ya atau Tidak, Boleh dan Tidak Boleh juga beberapa perkara lain yang telah Farah gariskan dalam rancangan perkembangan Ash sebelum ni. Ahakss... kesian Ash... kecik-kecik dah ada buku laporan prestasi... malampau betul tau... Taklah poyo tapi cuba yang terbaik demi anak... Dan jauh sekali nak berlagak bagus sangattt uolss... 

Apa-apa pun untuk Ash, anak manja Mummy... Happy 11th Monthsary sayang... Semoga terus membesar dengan sihat dan sempurna, dilindungi serta dirahmati Allah SWT, menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan juga akhirat. Love you till eternity my baby boo and handsome guy... Bulan depan kita makan kek sama-sama ek? 

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Takpa, belagak bagus pon anak kita nanti dapat faedah .. ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, kadang-kadang orang bergetus dalam hati dan cakap belakang... lebih-lebih lagi yang dok perhati dalam diam u... tapi what to do... kita buat untuk kebaikan anak kita juga kan?

      Delete
  2. happy incominggggg besdayyyy ashhh ;))

    ReplyDelete
  3. Happy 11th Monthsary Ash !! semoga jadi semakin bijak... yeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you aunty sha, mudah-mudahan In Shaa Allah...Amin...

      Delete
  4. Tak lama lagi dah setawun.
    Mommy jangan lupa cake ash bulan depan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, aunty doktor, mummy tak lupa sebab mummy pun nak tumpang sekaki celebrate birthday mummy...

      Delete
  5. lg sbulan nk ckup setahun dh... kejap ja kn masa brlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cepat sungguh masa berlalu... Alhamdulillah, I am happy...

      Delete
  6. Sebulan lgi nak sethn wahh cptnya ash membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti lya ada anak pun akan terasa anak tu cepat membesar...

      Delete
  7. takpa Farah... akak suka baca. as a knowledge juga semua ni. keep up writing Farah. Ini perkongsian yg bermanfaat buat ibu2 dan bapa. Once they all goovlr, Farah dpt pahala ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, kak, thanks for the motivation... terima kasih atas support...

      Delete
  8. Dah besar dah Ash. Tinggal sebulan ja lagi ;)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. yeayyy yer lah kakak za...Ash dah 11 bulan...dah big boy dah...

      Delete
  10. Tak sedar kan Farah .... dah nak masuk setahun dah umur Ash.... :D

    ReplyDelete
  11. Hye..salam knal...jemput singgah my blog..blh kt tkr2 pendpt berkaintan parenting..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyeee...salam kenal jugak... terima kasih kerana sudi drop by... *_^

      Delete
  12. Alhamdulillah... Bulan dpn dh setahun ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !