Fasa-Fasa Alam Pekerjaan... Betul Tak?

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Perasan tak? Sejak dari minggu lepas... Lembab sikit update entri? Ha ha ha...Ko ingat orang tak ada kerja lain selain dari nak perhati Bubblynotes.Com? (mengomel sendiri)... Ini pun membebel sebab sendiri tau dan tak perlu orang lain bagi tau...Muahahaha.... Ok...hentikan merepek... (berkata-kata kepada diri sendiri giteww)

Tadi borak-borak dengan rakan sekerja. Biasalah, dah namanya bekerja di bawah satu bumbung kan? Pasti ada borak-borak... Takkan nak jadi macam batu dan tak bercampur dengan orang pulak? After all, bila kita bekerja kita memerlukan komunikasi antara sesama kita dalam pejabat tu. Kalau tak, mungkin kerja tak akan berjalan. Jadi haruslah berkawan dengan semua orang. Yang kekwat-kekwat tu memanglah kita tak suka ye tak? Tapi nak buat macam mana, dah nama satu pejabat. Layankan ajer pe-el orang-orang macam ni. Asal kerja siap sudah. Jangan sebab dia kekwat, kita tak nak bercakap dengan dia, kerja jadi tergantung atau tertangguh macam tu. Hu hu hu... Nanti yang susah diri sendiri. #ehhh tapi borak-borak masa rehat atau curi-curi masa sikit tau? Jangan pulak masa kerja dok mesyuarat cubicle sangat... Tak payah nak mesyuarat cubicle sangatlah...Jaga-jaga ada yang memerhati...Nanti menjeling-menjeling ku terpandang pulak boss-boss kita memasing. Ha ha ha... Mengata Pink Panther lettew... #ooppss...

Untuk adik-adik yang baru nak memulakan alam pekerjaan mungkin masih belum merasa fasa-fasa alam pekerjaan ni lagi... Bukan perkahwinan jer ada fasa yer... kerja pun ada fasa jugak...Hew hew hew... Untuk yang dah 2 - 3 kali bertukar kerja mesti faham apa yang Farah maksudkan ni... Tiba....tibaaaa... Motivasi pekerjaan pulak petang ni uolss... Ahakss... Dah tu nak buat macam mana? Ini yang terfikir dalam kotak pemikiran Farah sekarang... Dan inilah yang flowing melalui jejari ini dengan ketukan di papan kekunci. Sungguh...Ni menaip ikut sedap tekak jer ni...Tanpa ada perancangan macam nak buat karangan tu uolss... dan tanpa ada rasa nak pecah kepala sebab nak susun struktur ayat, pendahuluan dan isi segala bagai...Ha ha ha... 

Bila kita nak masuk alam pekerjaan ni...perkara yang pertama seperti yang kita boleh lihat dalam gambarajah di atas adalah MEMOHON PEKERJAAN (I APPLY), yelah sebelum boleh mula bekerja semua orang kenalah mohon kerja dulu...Kalau tak mohon kerja macam mana nak bekerja ye tak? Eh boleh, yang dapat tawaran terpijak kerana orang berminat nak menggajikan kita disebabkan pemerhatian beliau ke atas kredibiliti kita. Kerja pejabat dengan kerja blog tak sama ek? Kerja pejabat atau kerja-kerja selain blog memang kena pohon... Kui kui kui kui... Kerja blog kena konsisten dan komited giteww... In Shaa Allah, ada rezeki dari berblog buat kita... Errr... I is no SEO Master or Blogger Otai untuk kongsi bagaimana menjana pendapatan dari blog... Tapi, uolss boleh jer rujuk kepada blogger-blogger yang lebih berpengalaman di luar sana ye tak? *_^... Ok menyimpang... Stop! 

Lepas dah mohon kerja, kita tunggu sampai dapat kerja, lepas tu dah dapat tawaran kerja kita memulakan pekerjaan, kita eksplorasi pekerjaan kita, belajar mencintai pekerjaan kita, suka dengan pekerjaan kita...huisshhh masa ni tahap motivasi kita sangat tinggi... Dan lepas beberapa ketika, kita mungkin akan slow down balik sebab banyak perkara-perkara yang mendatang di antara atau semasa kita melaksanakan pekerjaan kita tu... Ini lumrah...mana ada pejabat yang tak ada politik ye tak? mana ada kerja yang tak bermasalah...Mana-mana pun kita kerja... berpuluh-puluh kali tukar kerja pun... pasti ada politik pejabat... kat mana-mana pun sama...dan ianya bergantung pada diri kita sebenarnya macam mana nak kendalikan situasi... Tapi ada juga sesetengah kes memang tak boleh ditolong lagi dah, sebab kuat sangat cekaman politik tu... 

Bila perkara-perkara yang tak menyeronokkan terjadi atau sesuatu yang menuntut kita untuk bertukar kerja kerana untuk kebajikan dan kepentingan diri sendiri... Errr...bunyi macam pentingkan diri sendiri, tapi betullah! Kan? Majikan kita pun ada kepentingan tersendiri...Nak untung, nak maju perniagaan dan segala bagai kan? Kita pun sebagai pekerja sebagai manusia biasa tak lari dari kepentingan diri sendiri jugak... Tapi kepentingan diri sendiri ni janganlah sampai menganiaya orang lain pulak ye tak? Hurmm... Cakap pasal aniaya-aniaya ni, I is okay jer terhadap kaki ampu dan kaki kipas atau aircond tak kira berapa pun HorsePower...tapi dengan syarat, jangan kacau periuk nasik orang lain...Kalau kacau periuk nasik orang lain tu yang tak boleh nak gi sangat tu... Bahasa kasarnya tak boleh blah... Errrr.... Orang kata, kalau nak naik pun, agak-agaklah bro...agak-agaklah babe...Jangan susahkan orang lain pulak...sebab semua sama-sama cari rezeki cari makan...dan mungkin ada di antara yang cari rezeki dan cari makan ada mulut-mulut yang perlu disuap ye tak? Jadi ada perikemanusiaan dan kena rasional sikit kalau nak mengampu tu yer? Bha ha ha... Pesanan ikhlas di dalam santai di Bubblynotes.Com... Mohon terasa kalau ada sesiapa yang kaki ampu dan kaki bodek sampai menyusahkan orang lain... 

Tak ada kena mengena dengan kerja Farah sekarang pun, tapi ini dari pengalaman selama 11 tahun bekerja dan pemerhatian dari pelbagai sudut pejabat Farah yang tak seberapa... Tak lah kata Farah dah pakar sangat dalam psikologi bidang pejabat ni uolss... Tapi dah perhati, jadi tulisan maya berdasarkan pemerhatian sekeliling... Giteww... 

Farah orangnya sangat simple... Nawaitu dan niat datang kerja cari rezeki untuk anak dan menampung perbelanjaan serta komitmen hidup yang lain. Ada rezeki, boss nampak potensi untuk dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji...  Alhamdulillah, tapi memanglah berusaha untuk tunjukkan prestasi yang terbaik ye tak? Barulah boss nampak kesungguhan kita... Kalau tak macam mana nak naik pangkat atau naik gaji kalau duduk di takuk itu ajer...Kena ada usaha... Mesyuarat cubicle ke, meja lunch ke... Memang seorang yang sangat jarang turut serta...Datang kerja, buat kerja, balik kerja... Ha ha ha... Haipp!!! Tapi tak adalah sampai jadi kera sumbang dalam pejabat tu... Kawan-lah jugak...Kawan macam biasa...macam orang-orang lain jugak...Gossip pun ada...Tapi tengok masa...Ekekekeke.... Tapi kalau rasa macam kareer tu tak ada hala tuju, tak ada perkembangan dan asyik di takuk itu...Farah jenis yang cepat bosan... Hu hu hu... Tak banyak sikit, mesti nak ada cabaran baru... Hari-hari, tiap-tiap bulan buat pusingan kerja yang sama lama-lama boleh jadi lemau dan bagi Farah macam pemikiran terbatas di situ jer... Ermm...bukanlah maksud Farah, Farah suka tukar kerja macam tukar baju...Sekarang nak cari kerja bukan senang oiiii...Maksudnya, kepelbagaian dalam melaksanakan tugas-tugas di pejabat... 

Yang hakiki yang dah ada dalam job description or job scope tu memanglah harus dilakukan...Tapi macam takkan tak ada benda lain kot? Ha lebih kurang macam tulah... Macam alahaiii bosannya tak ada warna dan tak variasi... Contoh mudahnya macam... mula-mula kerja taip minit mesyuarat... lepas tu, itu memang dah jadi rutin... tapi macam lepas taip minit mesyuarat, apa kata macam mula susun atur jadual mesyuarat pulak dengan keizinan dan perkenan boss. Macam there is always something more to it rather than stuck at one level...Ha macam tulah...faham tak apa yang Farah cuba sampaikan? Ke uolss sebenarnya tak faham apa Farah merepek ni? Muahahahaha... 

Tapi bila tak ada warna-warna yang semacam ini... dan juga faktor-faktor menyumbang lain...Itu yang mula jadi tak syok tu...dan akhirnya...akan bermula fasa-fasa pusingan alam pekerjaan di dalam alam pekerjaan... Tabik spring siapa yang duduk satu tempat tak tukar-tukar tempat kerja tu... Memang korang tabah betul dan sabar betul... Tapi ada sesetengah orang, memang akan melalui fasa-fasa alam pekerjaan seperti gambar di atas beberapa kali atau berulang kali sehingga bertemu yang betul-betul dirasakan bersesuaian dengan jati diri giteww...Ha ha ha... 

*Untuk adik-adik yang baru bekerja tu...jangan ingat pekerjaan pertama itu adalah pekerjaan yang terakhir yer? Sedangkan hati manusia boleh berubah, inikan pulak kerja...Haruslah bertukar... Errrr...Ok dah habis merepek...

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Replies
    1. kan? tapi macam cikgu biasanya nak pindah sekolah jer lah kot? he he he...ke nak tukar dari profesion perguruan tu?

      Delete
  2. Saya sebelum ni stay sampai 5thn...yg sekarang dah nak masuk 5thn gak...xtaula bole bertahan lg x...hihi

    ReplyDelete
  3. Lya kerja yg skrg ni dah msuk 2 thn..sbg kerani.so far setakat ni memg ok.zaman skrg mna blh pilih2 kja kan.

    ReplyDelete
  4. Za jenis yg cepat jemu dengan satu pekerjaan tu.huhu..

    ReplyDelete
  5. Scha tak dapat kerje lagi ni. Stress memikirkannya. hmm

    ReplyDelete
  6. Alam pekerjaan memang banyak fasa :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !