Si pipi labuh punya kerja lepas balik dari kenduri kahwin. Setakat selongkar beg tu memang dah biasa sangat... Entah apa yang dia cek dalam beg Farah pun tak taulah... Ha ha ha... Ingat Mummy ada simpan emas ke dalam beg tu sayang? Mummy dah lama tak pakai emas lah Ash... emas putih ado... Muahaha...
Biasalah apa yang dia dapat tablet dan jugak buku nota serta pen... Aiyarkkk....
Main tablet dulu... sampai ke cat dia biarkan cat tu mengiau keseorangan. Dah bosan lettew... Lepas tu leka dengan air kotak jajan orang kahwin sebelumnya tu. Terpesona sangat dengan air kotak tu. Hua hua hua. Tak lama lepas tu... beralih kepada buku nota dan pen. Haruslah di bawah pemerhatian kan? Bahaya kalau dibiarkan macam tu ajer. Lepas tu karang nanti tak pasal-pasal ada tatoo yang boleh hilang pulak kat badan tu... Muahahaha...
Peluang baik ni... tetiba getus hati Mummy dia kan? Peluang baik untuk apa? Untuk perkenalkan pen dan kertas. Mula-mula Farah conteng dulu. Lepas tu bagi dia pegang pen cara dia yang tersendiri, sambil cuba dibetulkan cara pegang pen tu. Huh... Tapi dia tetap dengan cara dia. Jenuh dibetul-betulkan. Tapi tak apa... baru pertama kali, tak usah putus asa. Dalam mendidik anak perlu banyak bersabar. Tak giteww??? Betul kan? Bukan ajar sekali terus memahiri. Dan hasilnya...
Walaupun entah apa-apa contengan beliau... Mummy tetap berbangga. Ekekeke... Gila ko siapa yang tak pernah berbangga dengan anak sendiri kan? Pen Ben 10 tu bukan Mummy punya ek? Haipp... Memang dapat percuma hari tu... Apa entah lupa dah... Dah dapat percuma pakai jer lah kan?
*Lepas ni kalau dah biasa pegang pen ke pensil ke krayon ke... Kena jaga-jaga selalu... Kalau tak penuhlah graffiti di dinding rumah karang... Ahakss...
Salam singgah malam Farah...wahh...dah pandai Ash conteng2 yer...rasa gembira bila anak dah mula lagi sesuatu yang baru..tahniah Ash....
ReplyDeleteAsh buat sign dia kot tuh...
ReplyDeleteAsh dah dpt ilmu baru cara pegang pen
ReplyDeleteHehehe umah sue dah penuh graffiti ank2 dah..
ReplyDeletesy msh blm pkenalkan anak dgn contengan.agak2 umo bpe sesuai ye
ReplyDeleteUmah Lya penuh ngan tandatangan anak2 masadia kecik dulu ..macam2 tanda yang diaorg buat ..Bila dah besar tak conteng lagi kita cat balik semua ..kalau tak mmg nampak art bker la kat dinding..
ReplyDeleteHohoho ternampak pen BEN TEN kat situuu huarghhhhh jeles tgk pen tu la Farah
ReplyDeleteheii itu bahasa jerman tuuuu laa farah HAHHAA go go gooo ashhh
ReplyDeleteAmboii busy betul ash.
ReplyDeleteSemua benda nak dibuat ye:)
Gi tgk cat tu...syian cat.
kalau dia mula start menconteng tue.. kena pantau takut dinding rumah dia buat lukisan mural nnt hihihi... tapi sis pakai ja sticker blackboard or white board ja nnt...lekat ja kt dinding... ramai dh guna skrg tok anak2..
ReplyDelete11 bulan dah boleh conteng2. Terbaik Ash. :D
ReplyDeleteAsh belajar sign autograph tu ;)
ReplyDeleteWah.. Pndai..
ReplyDelete