Cara Menghilangkan Gula-Gula Getah Di Rambut

Farah Waheda Wahid
26
Sumber dari Google
Khas untuk ibubapa yang mungkin berhadapan dengan masalah ini ataupun sekadar pengetahuan umum untuk semua! Manalah tau kot-kot terjadi pulak kann? Ha ha ha... Terutama bila ada anak-anak kecil yang sedang membesar dan dah pandai makan gula-gula getah. Kadang-kadang kita sebagai ibubapa memang tak bagi mereka makan gula-gula getah, tapi bila dah bersekolah, ada kawan-kawan dan ada duit nak belanja dengan keadaan salah satu sumbernya adalah beli gula-gula getah... Muahahaha... Inilah antara perkara yang bakal terjadi kadang-kadang... Main punya main dengan kawan, sampai satu tahap tiba-tiba gula-gula getah melekat kat rambut... Adehhh... 

Biasalah, siapa lagi yang nak selesaikan kalau bukan kita sebagai ibu bapa kan? Kalau rambut panjang macam gambar di atas tu, anak perempuan dan lokasi melekatnya gula-gula getah di hujung rambut bolehlah kita gunting rambut tu sedikit dan pendekkan rambut tu sedikit, tapiiiii kalau kena lokasi yang tak strategik? Macam contohnya gambar di bawah ni? 

Sumber dari Google
Ha macam mana tu? Takkan nak tokak rambut tu kat bahagian tu jer? Kalau lelaki boleh jugak dibotakkan... Ha ha ha... Tapi kalau perempuan takkan nak botakkan pulak? Oh tidak! Tak sesuai ok? Sangat tak sesuai... Anak-anak ni akalnya macam-macam...sebelum sampai akal mereka ke atas sesuatu perbuatan tu, kita kena sampai dulu... Maknanya sentiasa kena berada di hadapan anak-anak, sebelum mereka sampai ke sesuatu peringkat... maknanya jadi ibubapa ni bukan sekadar pada nama dan kekal pada tugas mengasuh, menjaga dan mendidik ilmu-ilmu yang sepatutnya dididik mengikut by law dan tradisi sahaja...Kena berfikir jugak... ha ha ha... masalahnya dah macam tak boleh berhenti berfikir pulak... Ekekekeke.... Mencabar sebenarnya tugas ibubapa ni tapi menyeronokkan... Tapi tak dinafikan bila ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ianya akan menyakitkan kita sebagai ibubapa... Tak perlu hurai panjang...tapi cukup sekadar dengan ringkasan menyatakan, apabila anak-anak kita kurang sihat ataupun ditimpa penyakit...Mohon dijauhkan dan semoga anak-anak kita sihat selalu.

Hamboiii...panjangnya cerita...ekekekeke... ok bila gula-gula getah ni melekat di rambut macam mana kita sebagai ibu bapa nak selesaikan permasalahan ni?

1. Lumurkan rambut yang terkena gula-gula getah itu dengan minyak zaitun. Biarkan selama 10 minit. Setelah 10 minit, sikat bahagian rambut tersebut. Sekiranya gula-gula getah tu masih belum hilang atau keluar dari rambut sepenuhnya. Ulangi proses.

2. Lumurkan mentega kacang pada bahagian rambut yang terkena gula-gula getah tersebut. Biarkan selama 5 sehingga ke 10 minit. Selepas itu, lumurkan pula cecair pembasuh pinggan ke atas lumuran mentega kacang tadi dan urut-urutkan rambut tu secara lembut. Bilas dan ulangi proses sehingga gula-gula getah tersebut hilang sepenuhnya.

Sumber dari SINI

Belum pernah buat lagilah pada Ash setakat ni...muahahahha... moga-moga tak perlulah nak buat macam ni bagai... la la la la la...tapi kalau dah terpaksa, entri ni akan jadi rujukan puan punya Bubblynotes balik ler...hew hew hew... Tapi bagi sesiapa yang memerlukan cara menghilangkan gula-gula getah di rambut tu, bolehlah cuba-cuba tips ini yer? *_^

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nti lisa try buat kat rmbut ash. krik krik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiii lisa... krik krik krik sangat tau... ha ha ha...haippp no no no no no....

      Delete
  2. Nasib ada cara nk selesaikan kes mcm ni..klu tak habis la rambut kene gunting part yg kene gula2 getah tu kan. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu lah tu sue, tadi bila terbaca tips ni rasa macam menarik jer untuk dikongsikan dan juga kita sama-sama ambil tahu...

      Delete
  3. bkn setakat kat rambut..kalau melekat kat sofa pun geram jugak dibuatnya...elok ja melekat...lps tu bertukar jadi hitam warnanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau melekat kat sofa dan kain tu, farah belum cari lagi bagaimana caranya kak...he he he... tapi faham perasaan geram tu...

      Delete
  4. kita terus cabut rambut tu kak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. habislah ada nampak botak anim kalau cabut jer? hu hu hu...

      Delete
  5. ada tips rupanya..dulu kecik-kecik memang gunting je la jawabnya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya orang memang terus gunting jer... hu hu hu...

      Delete
  6. kalau jadi kt anak saya memang gunting je la jawab nya..heheh..mujur la anak tak suka gula2 getah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah ada tips ni, tak perlu gunting dah... buat jer macam tu...hu hu hu...

      Delete
  7. ohh ade jalan penyelesaian rupenye.. dulu2 anis penah kena jugak..tapi mak potong rambut kasi pendek..hahaha... nasib baik dekat bawah je kena gula gula getah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha nasib baik kat hujung-hujung, kalau tengah-tengah macam mana?

      Delete
  8. mentega kacang? jgn pastu ank mkn rambut sendiri udah le ;-)

    ReplyDelete
  9. kalau xnak jadi camni jangan bagi budak² makan chewing gum..kadang kadang bile dah telekat tu dorang takut terus gunting rambut terus..huhu

    ReplyDelete
  10. Sakit jugaklah kalau gula2 getah lekat kat rambut. Kalau tak baca entry ni, mesti IM decide potong ja part rambut yg kena tu. Hehe

    ReplyDelete
  11. Okje pun rasa penghuni rumah ni dah tak de dah yg nak makan gula gula getah lepas tu lekat kat rambut, semuanya dah beso beso hihi..

    ReplyDelete
  12. Nasib laaa setakat ni tak penah kena gula2 getah kt rambut ank2..

    ReplyDelete
  13. selalu tengok orang guna ais... ehhh itu untuk karpet & baju... hahahha pernah merasa gak gula2 getah lekat kat rambut..... cantas terus rambutku yang gojes ini....

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian kak farah..
    Dulu mase kecik2 mmg sllu je kene gula2 getah nie...
    Mak sllu gnting je tra sbb ank dia ni nakal sgt...
    Bertobek la rambut nagis2 dulu

    ReplyDelete
  15. tips yang baik :) best untuk dishare!
    jom ke website saya untuk tips-tips www.askfays.com

    ReplyDelete
  16. so far tak pernah kena lagi...but nice tip

    ReplyDelete
  17. Baru jadi dkt anak saya berkesan guna minyak zaitun tak perlu gunting rambut tksh:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !