Ini kali kedua Farah diberi peluang untuk beraksi di hadapan lensa kamera dan merasai pengalaman commercial shot! Alhamdulillah untuk rezeki yang datang dan bakal mendatang... In Shaa Allah... Moga-moga terus dimurahkan rezeki buat kami 2 beranak...
Farah bukanlah artis, retis, menggeletis atau apa sahaja yang sewaktu dengannya... Cuma seorang blogger biasa yang menceburi bidang ini secara separuh masa demi minat dan juga mencari rezeki tambahan sesuap nasi bagi menghidupkan serta membesarkan si pipi labuh permata hati nan sorang itu. Hik hik hik... Melekat gelaran si pipi labuh hari ni... Hentam ajerlah kan? Janji uolss tau siapa yang Farah maksudkan...
Kali pertama adalah commercial shot untuk L'OREAL Revitalift V-Shaper Instant Shaping... Iklan bercetak telahpun keluar... menunggu iklan video sekarang ni... Katanya minggu ketiga bulan Oktober... Nanti tanya dengan diaoranglah... Hu hu hu... Dan kini untuk Philips VisaPure...
Ini cerita di sebalik kelam kelibut berkejaran hujung minggu lepas lah ni... Seawal 8 pagi, kami-kami yang terlibat dah terpacak di Munakata Ramen, Marina Putrajaya... Ada 4 kumpulan yang terlibat semuanya... Kumpulan Ruby membawakan tema Muslimah Moden dan kumpulan Farah sendiri iaitu #teamrebel membawakan tema Denim... Hik hik hik... Pihak produksi tak suruh pun... tapi kitaorang saja nak bertema-tema giteww...
Bukan mudah sebenarnya beraksi di hadapan lensa kamera ni... padanlah retis-retis caj mahal ok untuk lakonan ataupun iklan... Bukan sekadar pose klik klik lepas tu selesai... Lebih-lebih lagi bila melibatkan audio... percakapan... ha sendiri mau ingatlah... Kumpulan yang pertama dan kedua mengambil masa yang agak panjang untuk sesi rekod mereka... Makanya, kumpulan Ruby dan Farah berkampung seketika di situ... Seketika? Ha ha ha... sampai petang jugaklah... boleh kira sehari suntuk jugak... Nasiblah masing-masing kepala boleh masuk dan gila-gila... Macam-macam kerenah yang kitaorang buat untuk menghilangkan kebosanan sementara menunggu giliran kami.
Perut dah berkeriut lapar... Al-maklumlah dah tengah hari kan? Nasib Aileena yang kendalikan kami datang ambik pesanan makanan tengah hari. Burp Alhamdulillah, tiba-tiba terasa macam pergi ke Jepun pulak... Wakakaka... Sebab makan makanan Jepun kan? Hari-hari makan macam ni boleh kurus tau... Ahakss.. Untunglah makan macam ni... orang lain shooting kat set makan nasi bungkus ajer tau!
Ash mana? Ash selamat dalam jagaan Nek Ma sebab Farah berkerja... bukan suka suki hati berjimba yer? Tapi... tak adalah Farah lepaskan tanggungjawab macam tu ajer... Buat ni pun untuk Ash... bukan untuk siapa-siapa... Farah tetap pantau dari semasa ke semasa... Kejap-kejap telefon tanya perkembangan dan laporan... Ho ho ho... Adalah overtime Nek Ma untuk itu yer? Bukan kosong sahaja ok?
Kumpulan Farah adalah di giliran yang terakhir... makanya sementara menunggu memang banyaklah perkara yang dibincangkan dan aksi yang dilakukan... Ha ha ha... Tengok kolaj gambar-gambar di atas pun dah boleh tau kan? Mak budak dah tak serupa mak budak jap... tapi tak adalah sampai lupa diri bagai... Ha ha ha... kekononnya pilihan di tangan kita sama ada kita terus nak memudakan diri kita atau sebaliknya... Siapa kata jadi isteri dan mak budak tak boleh jadi happening uolss??? Boleh jer... asalkan tau batasan, mendapat keizinan serta restu suami dan suami tau apa yang kita buat dan nawaitu kita ikhlas... In Shaa Allah, Allah akan permudahkan jalan buat kita... Ha ha ha... lagipun suami tak perlu hantar Farah ke sana ke mari segala bagai... Farah rancang jadual Farah sendiri dengan keizinan, aturkan fasiliti Ash sendiri pastikan semuanya cukup dan terletak di tempat yang sepatutnya dan bergerak dengan memandu sendiri... Dah biasa dan memang Farah bukan jenis yang terlalu bergantungan pada sesuatu... Bergantung tetap bergantunglah dah namanya suami... tapi not the clinging type of wife...
Tunggu punya tunggu... akhirnya tiba masa untuk kumpulan kami beraksi di hadapan lensa kamera. Dah petang dah masa ni, lebih kurang dalam pukul 4 lebih macam tu... Alhamdulillah... dengan one take for every frame... semuanya ada 5 frame and it's a wrap!!!
Akhirnya selesai jugak sesi kami...Terima kasih di atas kerjasama dan kolaborasi yang baik serta bersahaja oleh Yanty, AyueJean dan Najeeb di dalam menjayakan... ^_^... Lepas tu terus bergegas balik untuk Ash pulak...
Gembira dan bersyukur dengan pengalaman baru ini yang sebenarnya menambahkan warna dalam hidup Farah serta membuka satu ruang dan peluang untuk Farah memikirkan langkah seterusnya... Moto hari ini, teruskan berkayuh untuk hidup! ^_^ Ngee....
Keep it up dik...life must go on...asalkan x bergantung kat sesapa nk pi memana atau buat apa...yg penting if dh kawen dpt izin suami kan...nawaitu tu kena betul kan...yup kita bekerja utk mencari rezki halal bg besarkan anak kan...same like me
ReplyDeletebestnyeerrrrr...........
ReplyDeleteGambar2 penuh ceria..:)
ReplyDeletesatu p[engalaman menarik ni..
nanti2 tak la kekok ..kan?sebab dah ada pengalaman..
Nmpk happening Sgt ni
ReplyDeleteTahniah farah. Isteri berdikari biasanya suami pun suka dan bertambah syg.
ReplyDeleteSemoga Farah sentiasa dimurahkan rezeki. :)
ReplyDeletetengok gambar pun dah taw..mesti seronok..hehe
ReplyDeleteMeriah❤️❤️
ReplyDeleteTahniah akak. semoga bertambah rezekinya lagi.
ReplyDeletekeep it up sis ! semoga sentiasa berjaya dan berkerjaya...... alhamdulillah, melimpah rezeki kak fara...
ReplyDeleteseronoknyee...
ReplyDeleteBestnye beronok-ronok camni. Kalau azie mesti malu-malu meow kat depan camera. Hihi.
ReplyDeletebestnya dapat pengalaman macam ni kan..happy for you..semoga dimurahkan rezeki
ReplyDeletetahniah farah..memang nampak kemeriahannya
ReplyDelete