Home » , , , , , , , » "Breastfeeding Bullies" | Sedikit Pandangan Serta Coretan...

"Breastfeeding Bullies" | Sedikit Pandangan Serta Coretan...

Sumber dari Google
Nampak tak gambar yang dipinjam dari Kak Google di atas? Seorang ibu yang rasa rendah diri dan dipandang serong oleh kaum ibu-ibu lain yang mungkin menyusukan anak-anak mereka secara eksklusif melalui sistem penyusuan susu badan berbanding susu formula? Ohh! Sangat tipikal... Memang ini yang berleluasa terjadi sama ada kita sedari ataupun tidak. 

Oh ya, sebelum berbicara lebih lanjut dan panjang lebar tentang isu Breastfeeding Bullies ni... Entri ini sekadar menyatakan pandangan dan juga pendapat... Bukan sebab Farah emosi tak tentu pasal nak merentan atas sesuatu sebab yer? Tak ada masa mak nokss... Ha ha ha... Farah seorang yang berlapang dada dan liberal dan tak kisah pun apa pendapat serta pandangan orang bila Farah tak menyusukan Ash melalui sistem penyusuan susu badan...Sebabnya, bukan mereka yang hidup dalam hidup Farah dan mereka tak tau pun kisah dan cerita hidup Farah... Betul tak? Sekiranya ada yang nak pandang serong atau kecam ataupun nak kata yang bukan-bukan...dipersilakan dengan segala hormat... Farah bukan yang pertama terkena begini...ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang telah merasa bagaimana bahangnya bahana Breastfeeding Bullies ni ok? Malah ada yang lebih teruk sampaikan rasa rendah diri yang amat sangat... 

Apa yang buatkan Farah tertarik nak membebel tentang perkara ni? Semuanya semata-mata kerana terbaca entri Cik Siti kita di SINI hari ini...Hua hua hua...Selama ni perhati jer soh seh soh seh sana sini sinun... Tapi hari ni tertarik pulak nak main kupas mengupas ni, macam kupas mengupas kulit buah uolss... Jadi sebelum ada keterlanjuran bicara... Ya Ampunn wahai pembaca yer...tiada sekelumit pun niat di hati ini untuk membuatkan mana-mana pihak sentap atau tidak senang mahupun dengan entri ini ataupun dengan Farah... Hu hu hu... Tapi memang pastilah ada antara ibu-ibu yang menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan yang sememangnya obses akan terasa hati serta marah bila membaca entri ini... Emosi tidak terkawal dan rasional namanya ni... Hu hu hu... Sabar, sabar, istighfar banyak-banyak yer... Kita di sini bukan nak bermusuhan atau bergaduh ok? Ini sekadar coretan maya berdasarkan pandangan serta pendapat peribadi...Masing-masing punya pandangan serta pendapat yang tersendiri... 

Mula-mula sebelum pergi lebih lanjut... Farah nak terangkan dulu apakah maksud Breastfeeding Bullies ni sepertimana yang telah diterangkan oleh Cik Siti di dalam entri beliau pada hari ini... Breasfeeding Bullies ni merujuk kepada mak-mak yang menyusukan anak-anak masing-masing melalui sistem penyusuan susu badan dan terlalu taksub dengan breastfeeding sehingga ke tahap menghina mak-mak yang memberi anak-anak minum susu formula kepada anak-anak sama ada secara sedar ataupun tak sedar. 

Memang dalam Islam sendiri disarankan untuk menyusu anak sehingga cukup 2 tahun atau setakat mana yang termampu dan banyak pun diceritakan di dalam Al-Quran...antara contohnya... 

"Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu" - Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Dan antara manfaat serta faedah breastfeeding ni adalah... 

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Tiada siapa menyangkal kelebihan dan manfaat susu ibu ni. Farah sendiri tak menyangkal atau menentang tentang susu ibu. Itu adalah hakikatnya yang kita semua kena terima.

Cumanya, dalam masa yang sama... bak kata Cik Siti "kita juga kena faham tak semua ibu yang dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak. Ada yang dah usaha macam-macam, beli pam mahal, makan supplement, "power pumping" tapi masih tak mampu sediakan susu yang secukupnya untuk bayi. Langkah terakhir, kenalah bagi juga susu formula. Takkanlah nak biarkan anak kelaparan semata-mata nak mempertahankan pendirian nak juga breastfeeding anak sebab semua orang sekeliling kita semua breastfeed anak. On the other hands, there are mothers who choose not to breastfeed pun ada. Just leave it to them lah kan? Kita tak tau apa masalah orang so lets not simply judge others dengan kecaman seperti... Oh siapa tak breastfeed anak, tak sayang anak... tak breastfeed anak, nanti anak tak pandai, susu tak cukup maknanya malas nak usaha..." Farah tambah sikit... "tak breastfeed sebab takut payudara geleber dan melayut"... dan segala bagailah kan? Kata-kata negatif ni kalau nak difikir memang banyak dan pelbagai...Begitu mudahnya membuatkan orang lain terasa dan begitu mudahnya membuat andaian serta riak serta bongkak dalam kesamaran... Mungkin pada kita tidak? Tapi pada orang yang mendengar? Pada orang yang membaca? Sebab tu dah kata, hati-hati dalam setiap perkataan dan perbuatan...fikir panjang...bila orang kembali membalas, kita pula janganlah cepat melatah...fikir dulu apa yang telah kita lakukan... dan mungkin kesilapan ada juga datang dari kita jugak... Jangan terlalu mudah untuk tunding jari kepada orang lain tanpa dapat menerima kesan dan akibat "cause and effect" lontaran kata-kata atau andaian kita sendiri.

Bagus! Farah puji pada ibu-ibu yang berjaya susukan anak-anak masing-masing ke satu tahap umur. Suka dan syukur Alhamdulillah untuk semuanya... Dan bagus sekiranya niat murni semua orang yang menyusukan anak berkongsi semata-mata nak jadi pengerak semangat kepada ibu-ibu lain. Cumalahhh...kadang-kadang tu...bak kata Cik Siti... mungkin ibu-ibu yang menyusukan anak-anak melalui susu badan ni tak perasan comments and remarks mereka tu sebenarnya boleh menyakiti hati ibu-ibu lain. Ada yang terlalu extreme dan obses sangat. Makanya berhati-hatilah tulis komen atau update status di FB ataupun apa-apa sajalah secara maya. Hu hu hu... Takut tanpa disedari entah berapa banyak hati yang kita dah sakitkan. Melainkan memang seseorang tu terlalu obses dan bangga sangat sampai tak kisah pun apa yang orang lain rasa. Ha macam tulah kaedahnya... Janji hati puas...

Farah tak perlu susun ayat sendiri lagi tentang apa yang Farah nak katakan ni yer...sebab Cik Siti telahpun suarakan secara maya... "come on yer peeps...Bukan susu badan semata-mata yang menentukan sel-sel otak anak kita berhubung ke tidak, kita pandai ke tidak, sihat ke tidak. Yes breastfeeding does help tapi it's only factor. Semua atas ketentuan Allah juga. Banyak lagi faktor lain, macam didikan kita, persekitaran dan sebagainya menentukan kelangsungan hidup anak-anak kita"

Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita bukan seorang ibu yang sempurna untuk anak kita. Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita hina di pandangan mata Allah SWT. Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita bukan ibu yang baik ataupun penuh dengan alasan atau malas. Tolong jangan rasa rendah diri sesiapa yang tidak dapat menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan yer? Memetik kata-kata Cik Siti lagi...setiap ibu memang nak berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sebagai ibu kita melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kita masing-masing. Sama ada kita menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan ataupun tidak... kita sama-sama berjuang ketika hamil, ketika melahirkan anak-anak masing-masing... Kita masih seorang ibu. Tak perlu nak tertekan atau rasa rendah diri dengan pandangan orang sekeliling ataupun kata-kata orang sekeliling... Dan yang penting, sama ada menyusu melalui susu badan ataupun tidak, jangan menilai...jangan membuat andaian... jangan berkata macam-macam yang tak bersesuaian, jangan seolah-olah menghukum ibu-ibu yang tak menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan. Tak payah nak hukum-hukum sangat deh... bukan kerja kita nak bagi hukuman kat orang. 

Masalah dalam dunia sekarang ni timbul sana sini sebab ramai sangat yang tak sedar dalam kenyataan yang dikeluarkan terpalit bersama andaian, hukuman, sindiran dan kecaman. Tapi bila ditegur tak mengaku... berlapang dada-lah... Tak salah memberi semangat, tak salah memberi nasihat, tak salah obses dengan penyusuan ibu... Bagus teruskan... Farah pun kagum dengan semangat tu...Tapi bersederhanalah dalam menyampaikan...jaga setiap kata-kata ataupun taipan alam maya tu...

Kepada semua ibu-ibu yang sering rasa down kerana pandangan masyarakat serta pendapat masyarakat tu mengenai isu susu ibu ni... Wake up! Cheer up! Mungkin untuk anak yang ini bukan rezeki, mungkin akan datang siapa tahu kan? Fikir positif, jangan terlalu mudah terasa... Berlapang dada dan terima... Itulah masyarakat... Ingat satu perkara...tak luak apa pun, kalau mereka kecam sebegitu atau kita terasa dikecam... Kerana kita yang membesarkan serta menjaga dan menghidupkan anak kita... bukan mereka... Hanya kita yang tau permasalahan sebenar kita... So, let it be... 

Oh ya nak bagi tau...Farah pun tak menyusu badan masa kecik-kecik dulu...Alhamdulillah masih menjadi manusia dan diberikan kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT...Syukran Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah! ^_^ Hik hik hik... Jangan marah daaa.... 
*Ya Ampunnn, kalau ada yang sentap dan terasa, bukan niatku seperti yang dinyatakan tadi masa mula-mula entri ni... sekadar coretan serta ulasan berdasarkan apa yang terjadi di sekeliling dan juga hasil pembacaan... Andai ada yang emosi...Maafkan daku yer...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Breastfeeding Bullies" | Sedikit Pandangan Serta Coretan..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 23, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

33 comments:

  1. Hmm...faham sangat2.... samalah isu ibu yang bersalin caesar kononnya tak dapat pahala mcm ibu2 bersalin normal n so on...

    Visit my page ya, http://prettilyrare.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap dari kita ada bahagian masing-masing kan? tak perlu nak pertikaikan kenapa Allah bagi yang semacam ini pada orang tu, dan Allah bagi yang semacam ini pada kita... ^_^

      Delete
  2. Akak pun xde rezki nk susukan anak sampai 2 tahun...hanya mampu 6 bulan je...pas tu automatically susu dh xde...mcm2 buat tetap sama...pernah jugak rasa down kena buli bagai tp akak percaya..anak bijak pandai xde sbb susu ibu semata2...setuju dgn setiap ayat yg cik siti kongsi kan tu...ada yg nk terasa?....bukak hati bukak minda peeps....x semua org rezki sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang berbeza kak... not to worry i is susukan until habis pantang jer... Ash tak boleh terima susu badan dan menolak setiap kali diberi...

      Delete
  3. makin banyak kita bercerita sebab kenapa tak dapat bagi susu badan kat anak, makin banyak persoalan dan pertelingkahan...last, baik kita diam jer..dan positifkan minda 'Allah bagi rezeki susu untuk anak tahap ini saja'..redha..

    mungkin akan datang, rezeki anak lebih baik..betul tak?? dan ibu mana tak sedih kan kalau tak dapat bagi susu kat anak..ermm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa Dkna...In Shaa Allah, who knows akan datang rezeki untuk anak yang lain lebih dari yang ada sekarang...ada orang kata, biasanya anak pertama memang ada yang macam tu, tapi bila dah kedua ketiga banyak pulak susunya... semua Allah yang tentukan bukan manusia yang tentukan...

      Delete
  4. memang ada puak puak cenggini , farah..

    baby 1st sy x berpeluang utk full bf my baby..bile turn adiknya, alhamdulilah dapat breasfeed secara xclusif 1y5m.. tapi tak penah nak slhlah mane mane ibu2 yang tak dpt full bf..itu semua kuasa Allah ye dak.. ade yg bersungguh2 nk fully bf bby tak x dpt gak..then tnye saya cemane boleh fully bf yg 2nd ni.. sy just terangkan, ini semua kehendak Allah.. klo dpt fully tu satu kelebihan tp klo bby menyusu botol pon tak salah.. jgn rasa down sangat..huhu..jangan sampai menyusahkan baby semata nak consentret fully baby tuh..kang kebuluq plak kann??

    ape yang penting, tak yah la nak beza2 kan susu anak tu samaada susu badan or susu formula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji anak sihat dan sempurna dan dapat apa yang diperlukan untuk terus berkembang dan hidup...Allah tahu apa yang terbaik kan?

      Delete
  5. sy alhamdulillah.memang niat dri mengandung lagi nak susukan anak sehingga 2 tahun...sekarang dh 18bulan...harap2 ad la rezeki anak smpi 2 tahun.

    tak pernah plak terfikir nak pandang serong pada mummy yg x nyusukan anak..ada jugak eh mak2 mcm tu? mcm pelik je..ikut suka dorg la nk susukan anak dgn ape pn..pelik jgk kalo style BF bullies ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, tercapai hasrat tu nanti... Amin...

      Delete
  6. ya ampun..CikSiti sangat terharu ni akak Farah kiter sudi nak mengupas entry kitee hihi..smoga bermanfaat buat ibu2 semua ye=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikSiti, entri yang menarik pasti Farah akan kupas... ^_^... thumbs up...brilliant entry indeed...

      Delete
  7. hihi alah akak masyarakat memang selalu nak menghukum. ada aja sepupu CT tak susu badankan anak diorang sebab masalah2 tertentu. mcm akak cakaplah.. diorng bukan duduk ngan kita siang malam utk tau hal keluarga. tau sembang saja hihi..

    ReplyDelete
  8. salam..ya ya bf bullies...puas mikir apa nk panggil golongan cenggitu
    gud kupasan farah...i leb it

    dulu akk penah gak join grup yg taksub bf mmg ayat derang pergggghhh menusuk jiwa dan raga.....akk anak sulung bf sebulan, no 2 dua bulan, no 3 up sikit setaun, no 4 up lg smpi 2 tahun lebih dan yg last ni nam bulan dahh..harap dpt smpi 2 taon, makin lama makin ok la kann..rezeki anak
    mak mertua akk anak 7, sume tak nyusu, setitik pon takde
    alhamdulillah menjadik je sume anaknya...ketentuaan allah kann
    terpanjang lak komen hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi, itulah panggilan untuk mereka... breastfeeding bullies...

      Delete
  9. pernah terasa sebab bagi anak susu formula ni..sentap dengan komen2 mereka yang kadang kala buat kita rasa rendah diri..siap berserta dalil bagai..seolah2 ibu yang tidak dapat menyusukan anak ni hina sangat..
    tapi saya anggap ini satu dugaan buat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan mereka tak sedar perbuatan mereka itu menghina orang adalah satu yang hina jugak... bila ditegur melenting...hu hu hu... so perhatikan ajer...

      Delete
  10. Rezki utk BF anak tak sama setiap org. Rasanya tak perlu memerli membuli bagai. Kita sepatutnya memberi kata2 semangat utk ibu2 terus BF memgunakan teknik Dan cAra yg berbeza.

    Kdg2 tak paham dgn 'org yg macam tu'
    Zaman Kak mieja BF tk ada plak perangai mcm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia ni kan pelik-pelik dan macam-macam kak...

      Delete
  11. Hehe... Sbb isu ni juga sy tarik diri dari satu group di fb... Sbb dlm tu byk sgt mak-mak yg obses dgn susu ibu... Tak payah la nk taksub sgt aih... Sy pun menyusu bdn anak2 sy... Tapi xde la smpai nk mngutuk org yg x bg susu bdn kt ank dia... Bukan satu dosa besar pun .. Mmg payah ngadap org obses nih... Ignored je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, akak pun tau maria menyusukan anak, tapi tak adalah teruk obsesnya sampai macam tu sekali kan?

      Delete
  12. Setuju, Farah. Setiap ibu memang ada naluri tuk susukan bayi. Tapi, sekurang2 6 bulan pertama bayi perlu disusukan dengan susu ibu. Sebab banyak saya jumpa ibu yang berenti susukan bayi sebab kerja.

    Kalau dah usaha macam2, tak bley juga serahkan pada Allah. Yang nak kata tu biar dok ngate la, bukan dia kasik kita duit pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ayat last tu farah suka...hik hik hik...

      Delete
  13. aduhhh sha teringin sangat nak merasa breastfeeding baby..... teringin sangat ! hurm.. ada gak kes buli pasal breastfeeding ni ye.... ingat hormon semua sama ke... bersabarlah ibu2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah diaorang ingat semua hormon sama...ekekekeke...

      Delete
  14. janji ank sihat kan.. xkisah la susu formula ka apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, janji anak sihat dan tak kebulur...

      Delete
  15. mcm yg Maya komen tu.ada gak penah kena bl kwn ckp bsalin c-zer x dpt pahala bsalin normal.

    klau psal BF ni dh slalu kena.mcm la kita xmo bg ank kita susu pdhl dh usaha mcm2 cuma susu je agak kurang.tu pon naseb sempat gak menyusu 8 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa pahala betul salah kita Allah yang hitung zai bukan manusia... so biarkan mereka bercakap selagi mulut mereka boleh bercakap...

      Delete
  16. mama menyusukan sufi dah 2 thn setengah.. tu pun mama tak kehabisan idea nak pisahkan dia.. langsung tak mahu, melekat je manjang. tapi, takde lah sampai tahap nak kondem orang. setiap orang berlainan.. ada yang susunya kurang, ada yang susunya Allah beri melimpah ruah.. apapun, syukur! jangan hina orang..

    tapi itulah manusia, baru buat kebajikan sikit.. mulalah nak hebah sana sini. biarlah antara dengan Allah saja. dapat menyusukan anak.. syukur, tak dapat pun .,. apa boleh buat kan farah.. itu rezeki Allah yang tentukan. manusia lain takde hak nak mengata itu ini..

    sori., teremosi pepagi buta ni.. hihi.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia