Home » , , , , , , » Bila Dan Bagaimana Untuk Melatih Anak Belajar Menulis

Bila Dan Bagaimana Untuk Melatih Anak Belajar Menulis

Sumber Dari Google
Jadi ibu bapa ni bukan limited untuk tumpukan pada waktu sekarang ajer. Macam-macam perkara yang perlu difikirkan untuk perkembangan anak-anak pada masa akan datang. Pendek kata, tak boleh nak berseronok atau sempitkan fikiran memikirkan tentang perkembangan anak-anak pada masa kini sahaja...tetapi kena berfikir beyond dari waktu sekarang. Sekurang-kurangnya ada perancangan dan boleh susun atur supaya semuanya lebih teratur giteww. Mungkin ada ibu bapa yang lebih suka berjalan mengikut arus tetapi mungkin ada juga ibu bapa yang lebih senang untuk mengatur pelan tindakan terlebih awal. Macam Farah, memang Farah akui, Farah adalah jenis seorang ibu yang suka mengatur pelan tindakan sedari awal. Bukannya sebab poyo ataupun sebab berlagak bagus. Tapi, itu memang sikap Farah dalam setiap perkara yang Farah lakukan. Sebab bagi Farah hidup ini perlukan perancangan, bila kita ada perancangan hidup kita akan ada hala tuju. Sebelum hamil, semasa hamil, Farah sememangnya dah rancang satu-satu perkara. 

Orang kata, manusia hanya mampu merancang tetapi semuanya berlaku dengan keizinan Allah SWT. Memang betul. Dan sekiranya perlaksanaan tidak sejajar dengan perancangan, ataupun perlaksanaan tidak sepertimana yang dirancang sebab banyak perkara yang mungkin akan mendorong kita untuk mengubah perancangan itu... Itu bukanlah satu kegagalan dalam perancangan ataupun hidup...Cuba kita bergerak mengikut arus semasa sambil-sambil ke tebing sekali sekala. Betul tak? Hasil? Jika hasil tidak sepertimana yang diharapkan kita kena selalu ingatkan diri kita untuk mengkaji di mana kekurangan, di mana kesilapan kita di dalam perancangan yang telah kita lakukan dan bagaimanakah cara untuk memperbaiki supaya kita dapat hasil yang kita inginkan. Habislahhh... Ash kena hidup dengan Mummy yang walaupun sangat penyayang ini tetapi terlalu result-oriented. Hu hu hu, walaupun tidak dinyatakan secara zahir terang-terangan... Farah sedar... cara Farah dalam mendidik Ash dan memerhatikan perkembangan Ash serta cara Farah membawa Ash kepada sesuatu perkara memang seolah-olah result-oriented. Tapi ini bukan bermakna Farah bersikap diktator ataupun dominan tau... Farah mencuba sedaya upaya untuk take it easy dan liberal. Hua hua hua... Tak adalah garang mana pun Mummy Ash ni...tetapi agak firm jugaklah... Untuk kebaikan dia kan?

Huishh, panjang pulak mukadimah luahan perasaan dan penjelasan Farah... Ihikss...Ok kita masuk kepada intipati entri yang sebenar... Dengan meningkatkan keupayaan kemahiran motor (motor skills) dan membina minat yang baru, sebenarnya kita membina satu asas yang kuat untuk anak-anak kita belajar menulis. Cerita tentang kemahiran motor (motor skills) ini, Farah pernah kongsikan di dalam entri yang bertajuk...


Dan kemahiran motorik ni memang berkaitan dengan perkembangan anak-anak kita ke fasa yang seterusnya... salah satu darinya adalah di dalam melatih anak belajar menulis. Anak-anak di bawah 5 tahun biasanya belum bersedia untuk menerima arahan, tetapi ada juga anak-anak di bawah 5 tahun yang dah bersedia untuk menerima arahan, makanya jangan paksa anak-anak kita untuk mula belajar menulis. Biarkan mereka lihat kita menulis dan puji mereka sekiranya mereka mencuba untuk menulis atau membaca. Farah akui sekarang ni Farah lebih banyak menghabiskan masa di depan netbook dan juga gajet dari menulis, ini pun peringatan pada diri Farah sendiri ni. Kena mula menulis pakai tangan kembali. Anak akan mengikuti apa yang kita tunjukkan dan lakukan kan? Tak naklah Ash asyik dengan gajet sahaja tetapi tak kenal apa itu pensel, krayon dan pensel warna. Kena mulakan langkah baru ni... Mula menulis kembali. Supaya menjadi ikutan juga kepada Ash. 

Melalui satu artikel di SINI ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan anak-anak kita mula belajar menulis. Antara yang disenaraikan adalah:

Suasana Restoran Di Rumah
Rancangkan makan malam yang mempunyai menu. Tuliskan setiap bahagian makanan yang dihidangkan dan minta anak kita menggambarkannya. Bacakan untuknya nama makanan tersebut dengan gambar supaya anak kita yakin untuk membacanya di hadapan seluruh ahli keluarga seperti seorang pelayan restoran. Yang ni Farah tambah...hew hew hew...lepas tu bagi dia kertas dan juga pensel atau pen, buat-buat lakonan seolah-olah dia sedang ambik pesanan makanan dari kita. Ha giteww...seronok tak? Seronok kan melayan anak macam ni?

Belajar Mewarna
Dengan menggalakkan anak kita belajar mewarna, dan berikan tunjuk ajar untuk mewarna mengikut sempadan garisan, kita dapat membantu anak kita mengembangkan kemahiran motornya dengan bagus. Apabila anak kita mula menulis kelak, dia akan menulis dengan lebih mudah dan kemas.

Mencipta Buku Percutian
Cipta satu buku mengenai percutian kita sekeluarga. Simpan poskad, brochure dan gambar yang diambil semasa percutian untuk diselitkan ke dalam buku tersebut. Tampalkan juga objek-objek yang dikumpul sepanjang percutian seperti karangan laut atau daun pokok untuk menambahkan lagi keseronokkan mencipta buku ini. Dengan cara begini, kita boleh menunjukkan kepada anak bahawa menulis dapat mengumpul dan merekod idea dan memori indah ketika bercuti. Muahahaha... bayangan-bayangan nak suruh Ash berblog tu...

Ini Adalah Tubuh Saya
Ambil beberapa foto anak kita dan labelkan setiap bahagian badannya.  

Saya Boleh Merasainya
Cipta buku tekstur. Pilih tekstur kertas yang pelbagai seperti kertas pasir, kertas gelembung, kertas keras, kertas licin atau beg plastik. Kerat tekstur kertas ini, lekatkan di kertas A4 dan tuliskan sedikit penerangan mengenai rasa kertas tersebut.

Menarik kan? ^_^...Walaupun masih jauh lagi Ash dengan usia yang sesuai ke arah ini...Tapi tak salah rasanya Farah berkongsi sebagai ilmu kepada ibu bapa di luar sana dan juga sebagai rujukan Farah sendiri di masa akan datang. Pada uolss yang mana anak-anak tengah membesar bersesuaian dengan fasa ini, bolehlah cuba-cuba mempraktikkan pada anak-anak masing-masing.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Dan Bagaimana Untuk Melatih Anak Belajar Menulis, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, October 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. bestnye.. boleh try nanti kat anak buah, sebab tk kahwin lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer tunggu sampai kahwin dan dapat anak lisa... he he he...

      Delete
  2. Gigih saya baca satu per satu.. belom kahwin jugak lagi.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Dh pernah praktik masa anak kecik dulu....skrg kena beranak lg baru leh praktik semula...hihi..m

    ReplyDelete
  4. Anak akak yg kecik nie, tak payah ajar, bila abang & Kakak buat keje sekolah, dia mesti menyibuk, berebut nak pensel & kaler ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY