Home » , , , , , , , , , , , » Belajar Bercakap | Da Da Di Di Du Du Det Det Ta Yah Ti Ni

Belajar Bercakap | Da Da Di Di Du Du Det Det Ta Yah Ti Ni


Goyang pun goyanglah... janji muka tu clear yer Ash??? Ha ha ha... Da Da Di Di Du Du Det Det Ta Yah Ti Ni ... macam tulah lebih kurang dia punya panjangnya dia berceloteh... lepas tu kadang2 tu bersambung lagi uolss... Yang penting, Mummy dia kena pandang muka dia...layan dia cakap sampai habis, kalau tak dia sendiri yang pusingkan muka Mummy dia supaya menghadap muka dia... Ho ho ho...Anak oh anak... Rumah dah riuh rendah dengan celoteh German dia sekarang... Memang penghibur hati Mummy ni... Hik hik hik... And my days are full of joys dengan kehadiran Ash... With him, I stay stronger and I keep on moving forward gracefully... In Shaa Allah... 

Fasa dah mula nak belajar bercakap secara extreme uolss... hurmm.... bila anak2 mula belajar bercakap... anak2 mempunyai keinginan semulajadi untuk berkomunikasi dengan weolls, dan weolls juga boleh menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan weolls. Bila semakin hari semakin berkembang dan progressing... memang iolss cuba keep up with the pace dan sentiasa mencari ilmu2 baru untuk menambahkan my parenting knowledge...Tak kira dalam apa bentuk atau medium...semuanya iolss baca demi knowledge... Bukan mudah nak didik anak2 sekarang ye tak??? Lagi2 bila this is my first experience of becoming a mother... Ilmu itu tidak terhad dan ilmu itu luas ye tak??? Tapi bukanlah baca bulat2 dan telan bulat2...different sources different sayings... ada jugak buat homework untuk buatkan comparisons... ^_^...

Melalui satu sumber di SINI beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan oleh parents ketika anak mula belajar bercakap adalah...

1. Mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang luas serta kepelbagaian bahasa. Selain itu, tunjukkan minat dan ekpresi dalam ucapan weolls... Over pun tak apa, janji anak2 dapat digest uolsss....

2. Bercakaplah dengan baby weolls dengan cara universal; melibatkan nada suara yang lebih nyaring, bercakap perlahan2 dan menekankan perkataan yang penting dalam sesuatu ayat. Contohnya, "Ya, betul, ini BOLA.". Anak2 lebih suka mendengar lenggok bahasa yang sebegini.

3. Galakkan anak2 "berceloteh" pada usia awal (daripada lebih kurang 6 bulan). Baby yang banyak "berceloteh" akan bercakap lebih awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak pada usia 18 bulan. Ini adalah kerana kita memberi reaksi positif pada baby yang berkata "mummy" dan reaksi ini membantu baby memahami bahawa perkataan mempunyai tujuan yang tertentu.

4. Perlahankan / tutupkan bunyi televisyen dan bunyi2 lain. Cara paling berkesan untuk mereka belajar bercakap adalah melalui interaksi secara langsung dengan weolls ataupun orang lain. Bercakaplah dengan perlahan2 dan jelas, menggunakan perkataan yang mudah agar baby weolls dapat faham.

5. Perbanyakkan bahasa mereka dengan memperkenalkan perkataan baru, kata sifat (adjectives) dan frasa2 yang biasa digunakan.

6. Berikan mereka masa untuk membina ayat dan jangan cuba habiskan ayat mereka. Bergilir2lah semasa bercakap dan beri mereka peluang untuk memulakan perbualan. Mereka perlu belajar untuk mendengar di samping belajar untuk bercakap. Salah satu cara untuk latih mereka jugak ni supaya tak menyampuk bila orang lain bercakap.

7. Weolls as parents perlu peka terhadap peningkatan perbendaharaan kata anak2 weolls. Anak2 biasanya akan mengucapkan bunyi yang membawa maksud tertentu kepada mereka, bukan kepada weolls. Contohnya, "ba" mungkin bermaksud susu, "uh" bangun dan "da" mahu. Errrr... "da"... Da da...Ash nak apa ek??? Wakakakaka... Perkataan satu suku kata seperti "ba" juga boleh membawa maksud yang lebih lengkap seperti "ba" juga boleh membawa maksud yang lebih lengkap seperti "saya mahu itu" atau "apakah benda ini?". Lebih banyak dorongan yang weolls beri kepada mereka, maka lebih banyaklah cubaan mereka untuk mengucapkan pelbagai bunyi dan perkataan baru.

8.  Berilah perhatian dan sokongan sepenuhnya apabila mereka bercakap. Galakkan mereka mengulang perkataan yang weolls ucapkan: "See that cat. Say cat? How cat's sounds? Say nyeowww?"... ha ha ha... Ash selalu kena dengan Mummy macam ni... Omputih lah sangatttt kannn??? Ahakss... Puhleaseee.... Errr...tapi tak salah kann??? Tanya soalan yang tak berakhir dengan "ya" atau "tidak". "Ya, anak patung ini sedih. Mengapa dia sedih???" Semasa memakaikan pakaian pada waktu pagi, lakukan aktiviti seperti menamakan anggota badan, mengira butang baju, dan meneka warna dan corak pada pakaian mereka...Yeayyy...at least I know I'm doing the right things now... Cause I did all this for Ash... Semasa membeli-belah, kira sayur-sayuran bersama mereka semasa weolls memasukkannya ke dalam beg plastik dan teka warnanya bersama2.

9. Banyakkan membaca kepada anak2. Ia bukan sahaja tambah vocab weolls but at the same time untuk drive interest anak2 untuk membaca serta membantu meningkatkan daya konsentrasi mereka. Sekiranya weolls terjumpa perkataan yang agak baru, tanyakan jika mereka tahu apa maksudnya.

10. Apabila usia mereka semakin meningkat, pastikan weolls bercakap dengan mereka seperti orang dewasa. Jangan sebut perkataan seperti "asi" walaupun begitulah cara mereka menyebut "nasi". Betulkan sebutan yang silap secara positif. Sekiranya mereka menyebut "topi" untuk "kopi", ucapkan kata2 perangsang kepada mereka (kerana mereka sebenarnya berjaya berkomunikasi apabila weolls memahami maksud mereka)...dengan menyebut kembali perkataan itu dengan sebutan yang betul: "Ya, betul. Ini KOPI".

Orang kata semakin usia anak2 meningkat semakin senang menjaga dan membesarkan...sebab semuanya dah pandai buat sendiri dan pandai fikir sendiri...tapi bagi iolss... semakin usia anak meningkat daripada pengalaman sendiri buat masa dan ketika ini, dari apa yang iolss sendiri rasa... semakin anak menuntut perhatian serta fokus kita... Yang senang tu bila outing ...pergi berjalan... ha ha ha...tak giteww??? Sebab dah pandai jalan dan cakap jadi senang nak manage sikit masa outing... #ehhh ye ke??? Tak boleh nak komen lebih2...belum sampai tahap tu lagi...still progressing uolss...  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Belajar Bercakap | Da Da Di Di Du Du Det Det Ta Yah Ti Ni, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 13, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. hahah..
    muka hensem tu pnting.
    badan kabur xper..
    makin meriah ler rumah tu pasni.
    jiran2 pun pelik pasni dengar bahasa jerman.
    hehehe.

    ReplyDelete
  2. byk input berguna kak farah.. :) comelnyeee ash...

    ReplyDelete
  3. Kalo nk berckp dgn ank gunakan bahasa penuh. Jgn ckp pelat. Nnt ank pun terikut2...

    ReplyDelete
  4. seronok melayan anak anak mula bercakap ni.

    ReplyDelete
  5. wow tak lama lagi dah lancar cakap lagi laaah mommy kena layan ye..

    ReplyDelete
  6. wahhh da berceloteh pulak..
    nice info kak farah...

    ReplyDelete
  7. ash dah mula bercakap.. comel dgr baby mengomel..

    ReplyDelete
  8. ash dah pandai nak ajak mummy borak..bebel2,,

    ReplyDelete
  9. Anak jiran saya pun macam ni la..dia baru 7 bulan tapi mulut kemain besembang sampai riuh rendah..siap dengan gelak2 lagi..apa yang kelakar entah la..suka betul melayan dia besembang..

    ReplyDelete
  10. kena latih dari awal kan kak? barulah otak aktif gitu. hehe.

    comelllnnyewww ashh!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia