Home » , , , , , , , , , , » Bayi Suka Menggigit??? Cara Mengatasi & Mengendalikan...

Bayi Suka Menggigit??? Cara Mengatasi & Mengendalikan...

Sumber dari Google
Asalkan jumpa benda jer nak gigit... asalkan menyusu badan jer nak gigit... Cumanya bahagian menyusu badan tu memang taklah si pipi labuh nak gigit kan? Sebab Ash tak menyusu badan... Tapi lain pulak gantinya... 


Ni haa... suka sangat main gigit-gigit puting botol susu dia... Lepas ni masaklah... Nak mengganti puting botol susu tu semedang... Memang kena siap sedia puting botol susu lebih kat rumahlah gamaknya ni... Dibuatnya bocor terberlus tengah-tengah Farah kerja? Kes naya... dahlah Nek Ma tak ada kenderaan nak ke mana-mana dan kalau ada pun tak reti nak pandu. Hurmm... sepasang puting botol susu RM 28.90.... Ada 4 botol susu kat rumah... Puting jer dah berapa? Cuba kira? Phew... Ha ha ha... kedekut Mummy tau! ^_*

Anak-anak ni suka menggigit sebenarnya bersebab... menurut hasil pembacaan Farah di SINI

Adalah merupakan perkara biasa bila bayi sekitar 1 tahun menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Dah pulak... penat pun nak menggigit? Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini dia masih tidak tahu untuk menunjukkan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain. Makanya, tak payah nak hangin-hangin sangatlah ek?

Tips mengendali anak yang suka menggigit???

Pastikan Selamat
Ibu bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh kita mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Kita perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku. Tapi kadang-kadang memang tak boleh jangka kann?

Awasi Selalu
Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak kita dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan kita dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan kita ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, "Menggigit menyakitkan" atau "Ash tak boleh sakiti kawan".

Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum
Kita mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak kita yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.

Bantu Mereka
Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, kita jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin kita padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.

Jangan Gigit Anak Kita Balik
Pun ada jugakkk.... Haiyoooo....Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Reverse physchology kaedahnya.... Hik hik hik....Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak kita akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak kita juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

Galakan Anak Kita Untuk Mencari Kita Jika Dia Sedih dan Kecewa. 
Kita mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakan padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya. Jangan acuh tak acuh pulak sebab malas melayan!

Bercerita Tentang Apa Yang Berlaku
Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak kita tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti kita merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada kita atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Kena yakin ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting kita mesti sabar dan anak kita sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk kita mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.


*Setakat ni I is belum kena gigit lagi... sebab giginya nan hado... ada gusi jer... ekekeke... Tapi gusi tu pun boleh tahan dah kerasnya... Bayang dan tunggul gigi tu dah mula membonjol di gusi... Bila-bila masa jer tu kot? Nek Ma Ash kata sebab Abah Ash tanam tembuni Ash dalam sangat sebab tu lewat tumbuh gigi... Ha ha ha... Betul atau tak, wallahualambisawab... mungkin itu kepercayaan atau kata-kata turun menurun orang dulu-dulu uolss... Macam Farah ni lebih kepada fakta saintifik jer... Muahaha.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bayi Suka Menggigit??? Cara Mengatasi & Mengendalikan..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 28, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. Ooo x penah tahu pun psl relation antara tembuni dgn tumbuh gigi..

    ReplyDelete
  2. Zayra yang nak masuk 4 bulan ni pon dah pandai menggigit.. lepas tu senyum..sakit tau ibu =p

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  3. bby Nabihah pon dah mula geram dan menggigit sekarang nie... dah la kekadg die breastfeed, bila kena gigit... adoiii huhu boleh tahan sakitnyer tu.

    ReplyDelete
  4. kalo digigit saya suka memijit idungnya kalo nggak di cubit aja tapi nyubitnya nggak keras ko hihihi

    ReplyDelete
  5. Kos baby sekarang ni memang banyak peningkatan apatah lagi harga susu yg semakin tinggi..semoga Allah murahkan rezeki kita semua

    ReplyDelete
  6. gud sharing kak =) one day, ada rezeki fiza, blog kak farah leh jadi rujukan utk fiza =)

    ReplyDelete
  7. hehehe mmg tgh gatal2 gusi ler tu.. kalau KA, KA gigit balik hehehe

    ReplyDelete
  8. Klu kene gigit nenen menjerit uolss tau..hahaha irrayyan.com

    ReplyDelete
  9. baby dan aktiviti menggigit ni tak boleh dipisahkan
    kalau bagi benda yang boleh digigit pun
    dia cepat jemu kan..
    itu yang gigit macam2 benda :)

    ReplyDelete
  10. baby k.el dah mula gigit..k.el still bf lagi..tau2 jelah cam mn sakitnya lau dia gigit miss B tu kan huwaaaaa kdg2 terjerit kuat k.el haha

    ReplyDelete
  11. Setakat ni xde lah gigit sgt pun.. Tapi comel je tgk bby menggigit..

    ReplyDelete
  12. hahaha, zara dulu time age ash, puting kena beli seminggu sekali, lepas tu belikan dia puting mr.brown, baru dia kurang gigit. puting mr.brown boleh padan dengan botl avent

    ReplyDelete
  13. Baby tengah nak tumbuh gigi memang aktif menggigit ...

    ReplyDelete
  14. dulu-dulu akak banyak koleksi gigit-gigit nie.....

    ReplyDelete
  15. Pernah kene geget dgn budak...
    Mmg sakit kak farah... uihh sunggh2 lak tu dia geget

    ReplyDelete
  16. Akak dah experienced...now my sis plak...qhaira dah star membaham orang dah....hahahahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY