Home » , , , , , , , » Badi Orang Yang Meninggal Dunia & Anak Kecil...

Badi Orang Yang Meninggal Dunia & Anak Kecil...

Source Extracted from Google
Selalunya orang2 yang terlebih dahulu makan garam or lebih berumur dari weolls akan berpesan... kalau kita balik dari menziarahi orang yang telah meninggal dunia jangan terus dekat dengan anak kecil dan asingkan pakaian yang dipakai dengan pakaian anak2. Katanya nanti bimbang anak kecil akan meragam kerana terkena badi orang yang meninggal. Tapi betul ker perkara itu dan apa pandangan agama Islam??? 

Hurmm...satu persoalan dan artikel yang menarik yang iolss sempat baca di SINI

Apabila seorang muslim meninggal dunia, apa yang diajar oleh Islam ialah mengikutinya, bukan menziarahinya. Ziarah dilakukan ketika seorang muslim masih hidup namun dalam keadaan sakit.

Bezakan dua perkara ini berdasarkan hadis berikut, di mana Rasulullah bersabda:

Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara (iaitu): 
(1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. 
(2) Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. 
(3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. 
(4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. 
(5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia. 
(6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). 
[Shahih Muslim, no: 4023/2162]

Maksud mengikuti jenazah ialah mengikuti jenazah dari saat dia meninggal dunia sehinggalah disolatkan (solat jenzah) dan dikuburkan. Ini berdasarkan hadis berikut: 

Sesiapa yang mengikuti jenazah muslim kerana iman dan mengharapkan balasan (daripada Allah), dan dia selalu bersama jenazah tersebut sampai disolatkan dan selesai dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa (pahala) dua qirath, setiap qirath setara dengan gunung Uhud. Dan sesiapa menyolatkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirath. [Shahih al-Bukhari, no: 45/47]

Ada pun badi mayat, ia adalah kepercayaan masyarakat bahawa kononnya makhluk ghaib yang selama ini menemani jenazah ketika hidup telah berpindah kepada salah seorang yang mengikutinya setelah dia meninggal dunia.

Badi mayat menyebabkan seseorang yang pernah mengikuti jenazah sering mengalami mimpi ngeri, menghidu, mendengar atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada, keresahan, ketakutan dan lain-lain gangguan.

Sebenarnya apabila seseorang mengalami gangguan seumpama di atas selepas mengikuti jenazah, ia adalah gangguan syaitan yang berkeliaran dan bukannya gangguan makhluk ghaib yang kononnya pernah menemani jenazah ketika hidup.

Ia berlaku kerana dalam suasana terlalu kesedihan tatkala mengikuti jenazah, seseorang itu kerap kali lupa kepada Allah sehingga mudah dipengaruhi oleh syaitan.

Tidak ketinggalan ialah pelbagai bid’ah yang dilakukan di sisi jenazah, ia menjadi daya tarikan kepada syaitan untuk datang menghinggap dan mengganggu.

Bid’ah-bid’ah tersebut, meski pun kelihatan seperti amalan agama, sebenarnya adalah amalan yang tidak disyari’atkan oleh Allah. Bid’ah adalah amalan yang dikehendaki oleh pengamal itu sendiri dan bukannya apa yang dikehendaki oleh Allah. Justeru bid’ah menjauhkan pengamalnya daripada Allah sehingga mudah dijadikan mangsa oleh syaitan.

Oleh itu apabila mengikuti jenazah, lakukanlah apa yang disyari’at oleh Islam tambah menambah, mengurang atau mengubah suai. Selain itu jangan lupa kepada Allah, ingatlah bahawa kita semua milik Allah dan Allah berhak mengambil kita pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Merujuk kepada soalan di atas, setelah pulang daripada mengikuti jenazah hendaklah menyebut nama Allah (membaca Bismillahi Rahmanir Rahim) ketika masuk rumah dan ketika menutup pintu rumah.

Ini berdasarkan hadis berikut: 

Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.” Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.” 

[Shahih Muslim, no 3762/2018]

Amalkan tunjuk ajar Rasulullah di atas setiap kali memasuki rumah, baik apabila pulang dari pejabat, pasar, bersukan, menziarahi orang sakit atau mengikuti orang yang meninggal dunia.

Begitulah kisahnya uolss...sama2 kita perjelaskan dan sama2 kita faham yer... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Badi Orang Yang Meninggal Dunia & Anak Kecil... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 14, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. selalu baca Bismillah ... teringat pcl suatu masa tu balik dari tanah perkuburan. "jangan sampai kau kena badi mayat, nanti mengantuk sentiasa" ..ehh aku memang ada masalah tu...ni kebetulan ke... atau suratan ? haha

    ReplyDelete
  2. Kekadang pelik juga..btl ke tdk.musykil juga

    ReplyDelete
  3. tapi memang betui... >.< sebab lisa pon dlu time kecik pernah kena

    ReplyDelete
  4. pernah terkena badi mayat masa arwah tok meninggal lama dulu..tdo mlm2 sampai mengigau2 panggil tok,muka pucat..mak mandikan akk dengan air lebihan mandi mayat tok,baru pulih

    ReplyDelete
  5. Tidak dinafikan. orang tua memang xbagi sentuh budak2 sebelum mandi selepas balik dr kubur. Tak pernah percaya tapi buat juga demi menjaga hati orang tua...

    ReplyDelete
  6. akak percaya sebab pernah berlaku dalam family..anak2 saudara x leh tidu berpunca dari melawat orang yang meninggal...

    ReplyDelete
  7. Bila baca komen2 atas ni baru saya tau kenapa bila balik dari kubur mak suruh mandi.

    ReplyDelete
  8. so far dulu tolong mandikan arwah opah sampai lah dia ke liang lahad, takde la kena badi apa2... hihi... banyak kepercayaan orang2 tua ni kak fara, tak tercapal akal iolsss....

    nice sharing, secebis ilmu yang berguna... tenkiu :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia