"Ash's Milestone" | Belajar & Bermain Dengan Warna...

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Mengenal warna ni sebenarnya adalah salah satu di antara pendidikan awal bagi anak-anak. Ianya penting bagi perkembangan penglihatan dan juga perkembangan kognitif anak-anak kecil. Apa kognitif kognitif ni? Ha ha ha, jangan main sebut jer dan baca jer ye tak? Tapi sebenarnya tak faham... ok, sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan perkataan kognitif ni adalah... 

Sumber dari SINI
Ok? Dah dapat gambaran kan? Sambung cerita... Belajar dan bermain dengan warna ni adalah salah satu di antara ongoing learning activities Ash buat masa sekarang... Dalam sehari pasti ada sesuatu perkataan yang berkaitan dengan warna Farah sebutkan di hadapan Ash... Buat peringkat permulaan ni... tak adalah berat-berat pun... Cuma sebutan-sebutan ringkas seperti blue shirt, pink socks, orange ball... benda-benda yang seumpama macam tu... Yang ringkas, yang mudah serta yang ada di sekeliling kita...

#oppsss iklan dulu tentang perkembangan penglihatan anak-anak kita semua (merujuk kepada yang dah jadi mak budak bapak budak... ^_^ Ngeee...)

PERKEMBANGAN PENGLIHATAN ANAK-ANAK KECIL

Bulan Pertama
Walaupun bayi kita dah buka mata mereka, diaorang tetap akan tak kisahkan kita ataupun orang-orang di sekeliling. Ha ha ha, jadi jangan kuciwa jika puas agah-agah anak tu, tapi macam tak ada respon. Maksudnya respon macam pandang ke arah kita balik dan mata bertemu mata. Jangan kuciwa ok... budak-budak baru lahir baru nak berkembang penglihatan mereka.  

Bulan Kedua
2 bulan yang pertama ni, bayi akan fokus kepada benda-benda yang berjarak 8 sehingga ke 12 inci dari mata mereka. Makanya, bila kita dekatkan muka kita pada bayi, mereka akan macam...wahhhh.... He he he... Pada peringkat ni mereka paling tertarik kepada warna-warna yang berkontra tinggi... yang terbaik adalah permainan berwarna hitam, putih ataupun dari warna-warna terang.

Bulan Ketiga
Dah boleh tengok tangan sendiri dah dan dah boleh tengok jari jemari comel sendiri dah.

Bulan Kelima
Masa ni up sikit... Dah boleh nampak kaki sendiri...hik hik hik...

Bulan Keenam
Bayi dah boleh toleh sana toleh sini dan menggerakkan bebola mata ke semua arah.  


MENGUASAI WARNA    
  • 2 1/2 tahun: Sekurang-kurangnya boleh menamakan satu warna.
  • 3 tahun: Sekurang-kurangnya kenal 2 warna.
  • 4 tahun: Dengan senang mengenalpasti 3 jenis warna dengan penuh keyakinan.
  • 5 tahun: Pakar dah dengan 4 jenis warna asas.

KANAK-KANAK SUKA DAN SERONOK DENGAN WARNA WARNI
Warna-warna ceria membuatkan kanak-kanak suka. Makanya penuhi hidup anak-anak kita dengan warna-warna ceria yer?
  • 2 bulan pertama dalam kehidupan anak-anak kita, mulakan dengan permainan yang mempunyai warna berkontra tinggi... lebih baik jika hitam dan putih sahaja.
  • Bila dah masuk jer 2 tahun, mulalah bercakap tentang warna-warna di sekeliling anak. Gambarkan warna tersebut dan mintak anak kita kenalpasti secara berulang-ulang pada objek-objek yang berbeza.
  • Kenalkan warna-warna primer yang terang seperti merah, biru dan kuning pada mereka dulu... ceriakan bilik mereka dengan warna-warna terang dan permainan-permainan yang berwarna ceria. Kemudian, barulah kenalkan dengan warna-warna sekunder seperti violet, oren dan hijau. Belajar tentang warna-warna pelangi adalah satu cara yang menyeronokkan untuk lebih mengenali warna-warna asas ini. 
  • Bila anak-anak dah mula menguasi warna-warna asas, barulah kenalkan warna-warna yang lebih kompleks seperti magenta, coklat dan juga biru dan hijau.
  • Kembangkan vocabulary warna anak-anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti mewarna dan juga permainan-permainan mewarna.

AKTIVITI-AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM MENGENAL WARNA
Masa belajar dulu tak ada pulak Farah ambik kursus psikologi kanak-kanak...Muahahaha...Tapi semenjak dua menjak mula hamil Ash dulu, Farah dah mula membaca di sana-sini untuk mendapatkan gambaran lebih jelas di dalam mengatur perjalanan perkembangan serta pembelajaran Ash. Kan dalam hidup ni semua nak kena ada ilmu? Bukan sekadar ilmu akademik, tetapi ilmu kehidupan namanya uolss... Semua dalam hidup ni ada sifir yang perlu kita hafal atau tau... Bukan main hentam keromo jer... Makanya, belajarlah Farah dari A sampai ke Z kembali. Dan dalam belajar-belajar tu, Farah dah gariskan beberapa aktiviti pembelajaran untuk Ash seperti yang tertera di bawah... 

Menyusun Warna Mengikut Kumpulan
  • Tawarkan Ash dengan variasi blok warna dan minta dia ambil blok berwarna merah atau hijau. Lepas tu puji-puji ikhlas lah sikit bila anak berjaya kan? Tapi kalau salah, jangan rasa kecewa pulak... tunjukkan warna yang betul. Nama pun belajar kan? Ulang permainan tu secara berulang kali dan lambat laun nanti anak-anak kita akan kenal dan tau nak ambil yang mana satu dengan senang dan mudahnya.
  • Daripada banyak-banyak bola berwarna...sekarang ni kan ada jual kat TESCO kat mana-mana bola-bola plastik satu karung tu... belilah...lepas tu letakkan atas lantai, suruh Ash ambil mana satu bola biru ke, merah ke, kuning ke...
Belajar Tentang Warna-Warna Pelangi
  • Tunjukkan gambar pelangi, atau kalau lagi cun, terserempak dengan kemunculan pelangi. Sambil-sambil tu terapkan sikit-sikit tentang kebesaran ciptaan Allah SWT. Indahnya ciptaan Allah SWT.
Warna Pensel, Krayon dan Air
  • Bagi ruang dan kebenaran untuk Ash eksplorasi semua jenis warna ni...biarkan dia buat doodle ke, conteng dengan warna ke atau mewarna ke. Lama-lama dia akan sedar jenis alatan mewarna yang mana satukah yang dia suka dan minat dan bolehlah dia mengekspresi diri dia dengan lebih efektif. 
Mewarna Dengan Jari Jemari, Seni Sayuran
  • Kanak-kanak memang suka nak pegang warna kan? Oklah, bagilah Ash tiub warna yang kecik yang selamat untuk bayi dan biarkan dia buat apa saja jenis masterpiece dia dengan celupkan jari, tapak tangan, potongan sayur ke dalam warna-warna tu dan hasilkan ke atas kanvas ke, kertas warna ke... tapi dengan pemerhatian lah ...kalau tidak tetiba jer sedar-sedar dah ada graffiti atas dinding...Muahahaha... 
Kelas Seni
  • Daftarkan Ash ke kelas seni. Kelas seni ni sebenarnya menyeronokkan. I is taulah...Ha ha ha...sebab masa kecik-kecik dulu Farah pergi jugak... Nanti di kelas seni ni mereka akan belajar macam-macam perkara yang menyeronokkan tentang lukisan dan seni. 

Ini semua perancangan yang digariskan tapi tak semestinya pasti Farah hantar Ash ke kelas seni tu...sebab kalau dah masuk playschool ataupun preschool pasti perkara-perkara ni diajarkan jugak kan? Sebab tu kena pilih sekolah untuk Ash ni...kalau boleh nak lengkap segala bentuk pembelajaran... Tapi sekarang semua pun dah lengkap...setiap sekolah memang ada ajar tentang seni lukisan dan seni... Ha ha ha... Cuma terpulang nak pilih yang mana satu ajer sekolahnya...

Farah bukanlah pakar sebab anak pun baru sorang ok? Tapi ini apa yang Farah baca dan Farah fikirkan... kalau rasa-rasa bermanfaat dan uolss pun nak terapkan perkara-perkara ni...silakan... I is gembira uolss...Tak semestinya apa yang Farah cerita ni betul semuanya...tapi kalau rasa boleh diterimapakai...Terima kasih... *_^

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perkembangan kognitif menjadi item penting dalam pengajaran dan pembelajaran

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. In Shaa Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT...

      Delete
  3. dekat playgroup @ playschool ada diajar juga bermain dgn color..mmg best sgt tgk anak2 main, mak yang teruja lebih tau..hik hik :)

    ReplyDelete
  4. anak sulong i bulan 1 tahun depan 4 tahun.. alhamdulillah most of the colors dah kenal.. his fav color is red..
    anak no 2, bulan 7 bulan.. nama kan tu tau la kot.. main sebut je.. rase nya kenal pink color je kot skrang..

    anyway good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak... at least they notice and got to know the colours kan?

      Delete
  5. selalu ajar secara tak sengaja sambil2 bawa kereta kenal warna trafic ligt dulu hihiii..warna pokok..n sabagainya everyday

    ReplyDelete
  6. yang penting kita berusaha mengajar anak apa yang terbaik sebagai ilmu :)

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing....
    bilek ptaktik kan dkt Medina ni =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !