Silicone Finger Toothbrush

Farah Waheda Wahid
9
Rentetan dari issue yang tengah berlegar2 sekarang dalam jiwa dan persekitaran Ash dan iolss...Muahahaha... Bunyi macam serious jer kann??? Dan juga sebagai persediaan menunggu bila2 masa gigi Ash tumbuh... Dah macam bunga bakawali kembang malam jer kann kaedahnya??? Tunggu jer bila bunga tu nak berkembang... Ha ha ha... Iolss telah mendapatkan Ash satu alat atau tool untuk membersihkan mulut, lidah serta gigi... Hik hik hik... 

Dan tak lain tak bukan seperti yang uolss boleh nampak di atas... ianya adalah Silicone Finger Toothbrush... Nak kata jakun tak lah jakun, ho ho ho, cuma alahaiii... macam2 kekanak sekarang yer uolss...zaman2 weolls dulu tak adalah macam ni sangat... Tapi baguslah... memudahkan dan mendidik anak2 menjaga mulut, lidah dan gigi sedari kecil lagi... Pupuk kesedaran dari peringkat awal katanya... Jadikan kebiasaan supaya lama kelamaan menjadi rutin dan tabiat... 

Macam mana cara nak melatih anak untuk menggosok gigi, iolss pernah kongsikan di dalam entri Melatih Anak Menggosok Gigi... Kalau2 rasa rajin bolehlah kiranya membaca entri yang dimaksudkan tersebut yer... 

Untuk baby2 yang seusia Ash ni, dalam perawatan serta penjagaan gigi dan mulut baby, perlu membersihkan gigi baby dengan menggunakan berus gigi / gusi yang halus dan lembut bersesuaian dengan mulut baby. So, salah satu alat yang baik untuk purpose itu adalah Silicone Finger Toothbrush. 

Yang iolss beli ni adalah berjenama Little Bean yang mana iolss sendiri dah rasa Silicone Finger Toothbrush ni adalah extra soft untuk membersihakan gigi dan juga gusi baby. Selesa bila iolss sarungkan di jari dan rasanya ini akan memudahkan iolss untuk access ke dalam mulut comel itu. Hik hik hik. 

Cara2 penggunaan pula, walaupun uolss lagi expert kann??? Saja nak kongsi jugak... sebelum digunakan basuh dengan bersih dan sterilkan di dalam air mendidih selama 1 sehingga ke 2 minit. Masukkan jari ke dalam Silicone Finger Toothbrush tu dan dengan lembut sila bersihkan area mulut, gigi dan gusi baby. Lepas guna basuh dan keringkan. Mudahkann??? 

Tak mahal pun... iolss beli di Farmasi Vitacare dengan harga RM 7.90 satu unit. Secara summary-nya... ianya adalah mampu milik uolss... ^_^ Ngeee... 

*Ash tunggu Mummy balik, starting from today, kita main toothbrush ek??? Wakakakaka.... Hopefully dia bagilah mulut dia tu... Mahal sangat mulut dia, payah kekadang nak bersihkan dah sekarang ni... Tapi sprint cleaning tetap sprint cleaning...mana boleh tidak... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mesti ash seronok dpt pengalaman baru nanti...hihi..

    ReplyDelete
  2. Unik sangat ni Kak Farah. Sy x pernah tahu wujud Silicone Toothbrush ni...hehehe!
    Nice sharing...

    ReplyDelete
  3. comel silicone finger toohbrush ni..mesti Ash seronok mummy gosokkan gigi tu.

    ReplyDelete
  4. hr tu excited beli berus ni tp gigi Aqil lmbt tumbuh.10 bulan br tumbuh so skrg dh kurang excited dh nk guna....hahahaha tp Aqil asik ngap ja jari mak dia

    ReplyDelete
  5. Haha..Selamat menggosok...Tapi jaga2..tgh syiok2 gosok Ash gigit sikit jari mummy..hoho

    ReplyDelete
  6. jangan dia menjerit macam kena dera dah la ye...heheheheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !