Serasi Bersama Huggies Total Protection....

Farah Waheda Wahid
15

Inilah diapers yang paling serasi dengan Ash sepanjang 6 bulan kebelakangan ini... pada awalnya Ash memakai diapers dari jenama lain semasa usia Ash dari newborn sehingga 4 bulan, tapi lama kelamaan diapers tu bukannya memberikan diapers rash a.k.a. ruam lampin... Alhamdulillah Ash tak ada masalah itu... tapi sebaliknya ketidakselesaan... tidur Ash resah, tak lena dan bila siang hari... diapers cepat penuh dan perlu kerap disalinkan... 


Then iolss decided untuk tukarkan diapers Ash kepada Huggies... pada permulaan iolss pakaikan Ash diapers Huggies Dry yang dari pek berwarna biru... tapi tak lama selepas tu hati tergerak sendiri nak tukarkan kepada Huggies Total Protection seperti yang uolss nampak gambar di atas... Dan jujur ek iolss katakan... Ash tak ada masalah kegatalan, diapers rash (ini memang semenjak lahir) dan diapers kurang pakai... Sebab Huggies Total Protection buatkan Ash rasa dry most of the time... kecuali kalau Ash membuanglah uolss... Tidur malam pun, iolss tak perlu kerap menyalinkan diapers seperti sebelumnya...Jika sebelum pakai Huggies Total Protection Ash akan bersalin diapers sebanyak 3 atau 4 kali sepanjang malam, tapi dengan Huggies Total Protection Ash cuma bersalin diapers sekali sahaja... Tidur Ash pun lena... Ash ni jenis kalau diapers basah memang dia akan resah... Bila menggunakan Huggies Total Protection tak ada pulak... Lena tidurnya...Ahakss... 

Source Extracted from Google
Source Extracted from Google
Nak travel pun jadi mudah uolss... sebab sememangnya iolss akui berdasarkan dari pengalaman sendiri di alam motherhood ini, when Ash using Huggies Total Protection, it makes him feels dry most of the time... Tentang penjimatan diapers tu, disebabkan iolss memang catat keperluan Ash sebulan macam mana so that lepas tu senang nak budget expenses for Ash toileteries and stuffs... macam susu 5 hingga 6 tin of 850g Similac LF per month... kuat kan Ash menyusu??? Muahahaha, dan budak lelaki memang ramai yang dok soh seh soh seh kata yang mana budak lelaki memang...kuat menyusu, kuat makan... ekekekeke... manakala diapers untuk Ash adalah 2 pek setengah sahaja sebulan jika dibandingkan sebelum bertukar ke Huggies Total Protection di mana Ash akan pakai lebih kurang 4 ke 4 setengah pek diapers sebulan. Walaupun diapers Huggies Total Protection ni dikatakan untuk penggunaan tidur malam... iolss redah dan bedal jugak pakai untuk day time...Muahahaha...menderhaka sekejap... Tapi as long as Ash selesa tak salahkan uolss??? Pakaikan ajer... Tak ada siapa nak marah pun.... 

Memanglah ada orang akan kata, harganya agak mahal... tapi sebenarnya...bila iolss dah kira2 balik, lebih kurang sama jer uolss... beli diapers yang murah dan perlu kerap disalin, bermaksud berpek2 perlu dibeli dan banyak perlu dibeli... dan beli diapers yang harganya agak tinggi sikit, tapi kurang pemakaian... campur tolak tambah bahagi darab... lebih kurang sama jer... terpulang pada parents masing2 mengikut keselesaan ekonomi serta bajet masing2... Macam iolss memilih Huggies Total Protection untuk Ash bukan disebabkan nak riak, nak bangga atau nak menunjuk2 dengan orang ... After all diapers jer pun, nak riak apalah sangattt.... Iolss memilih Huggies Total Protection kerana mengikut keselesaan Ash dan juga keserasian Ash...Konsepnya sama dengan susu...kalau beli susu formula yang mahal, anak tak serasi pun tak guna jugak.... dan begitulah diibaratkan kalau beli diapers mahal mana sekalipun, kalau kulit serta keselesaan anak tak serasi pun, apa pun tak boleh... sebenarnya weolls2 ni berbelanja lebih untuk anak bukan kerana mua-kan atau manjakan ataupun nak menunjuk2...semua parents di luar sana termasuk iolss nak yang terbaik untuk anak dan nak anak selesa, gembira dan sihat... sebab tu dalam pemilihan produk untuk anak2 bukan kerana agenda lain, tapi semata2 solely for anak... at their convenience... 

Ini adalah sekadar perkongsian dari pengalaman iolss dalam menggunakan Huggies Total Protection dan manalah tau if ada parents di luar sana tercari2 alternatif diapers atau diapers yang bersesuaian untuk masing2 ...Here's my testimonial, recommendation and experiences. ^_^... 

*Oh ya, entri ini bukan review berbayar yer uolss... Iolss sekadar berkongsi... Dan buat ketika ini belum terfikir untuk bertukar ke diapers jenama lain... *_^ 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bila ada anak sendiri (kalau) boleh rujuk dgn k.farah etc yg berpengalaman.

    ReplyDelete
  2. Zara masih lagi setia dengan Drypers.. :)

    ReplyDelete
  3. Kak ipar Mieza pun suka huggies pack merah ni.. Sama macam yang Farah ceritala.. Baby selesa pakai, takde ruam, & dia bagi rasa kering kecuali bial baby poo poo la.. Kalau ada rezeki Mieza berbaby nanti, mesti guna huggies pack merah ni jugak.. Semoga diberi rezeki & peluang tu.. Amin..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. anak-anak akak sume jenis pampers serasi..Alhamdulillah..takde masalah..

    ReplyDelete
  5. Yaya lupa pakai pampers apa dulu. hehe. nanti boleh tanya kak farah la in future

    ReplyDelete
  6. mahal sikit xpa.. janji kualiti elok..

    ReplyDelete
  7. Huhu kalo x silap, huggies ada menyumbang pd israel...takpe farah, boikot yg mana kita mampu..kalo ada brand lain yg sesuai dgn ash bole tukar ke brand lain..sue guna pet2 dry pants..

    ReplyDelete
  8. dulu tak sempat pakai huggies... sha pakai petpet aje... wahhahahaa

    ReplyDelete
  9. huggies antara brand yg bagus, anak akak kalau pakai tak kena ruam lampin. Lg satu mamy poko, yg tu pun bagus..suka sangat, tp harga..haaa

    ReplyDelete
  10. Nice sharing...akif dulu pakai drypers ..

    ReplyDelete
  11. kadang kadang lain budak lain kesesuaian dia kan..yang penting kena pakai yang betul betul selesa :)

    ReplyDelete
  12. Si kembar serasi ngan drypers...huggies lgsung x bleh...

    ReplyDelete
  13. huggies time pergi jenjalan jer baru guna sebab ia selesa....tapi harganya agak mahal sikit.....tapi sekarang anak-anak semua dah besar....hihi

    ReplyDelete
  14. Memang betul kalau anak tak serasi dengan Diaper tu, tak kisah la murah mana pun tak guna gak :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !