Semua Orang Mampu Kelihatan Cantik!!!

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Iolss suka dengan perkataan cantik tu... dan kalau diperhatikan betul2 banyak dah entri2 iolss bercerita tentang cantik ni... hu hu hu... Cerita tentang cantik luaran, cantik dalaman, semua ada... itu uolss boleh refer pada entri2 lama di SINI, SINI dan juga SINI pendapat serta pandangan dari konteks yang berbeza... tentang hati, kelakuan, tingkah laku, rupa paras... Dan macam2lah...jadi dah cerita dulu iolss tak perlu nak kupas banyak sangatlah kann??? 

Mengatakan diri sendiri cantik itu kepada umum untuk beritahu kepada umum yang weolls cantik itu adalah sesuatu yang sangat poyo ok??? Macam rasa alahaiii tak boleh blah-lah mengaku diri sendiri cantik...Cam perasaan tahap heavy metal jer... Silap2 mau kena kecam uolss... Tak kiralah kecam belakang ke, kecam depan2 ke, kecam secara sinis ke... Dush dush...Itu namanya mengundang dan bila berlaku akibat perbuatan sendiri janganlah orang lain nak dipersalahkan atas sesuatu yang kita mulakan sendiri ye tak??? Sebab tu, komplikasi setiap sesuatu tu, kita kena kaji dulu apa kesalahan diri kita sendiri...kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang giteww...Biasalah... dunia sekarang...bila kita expose tak semua orang sependapat dengan kita...pendapat serta pemikiran manusia ni lain2... Setiap manusia ada sudut pandangan yang berbeza...Jadi kita tak boleh nak salahkan masyarakat apabila mereka berkata...sebab diri sendiri yang mengundang... Hu hu hu... So chill, when you decide to throw out some statement and something, means you are prepared to received all the consequences...Kita adalah orang yang patut dipertanggungjawabkan ke atas segala perbuatan kita dan sepatutnya redha lah menerima kesan tu...ihikss sebab sendiri yang mengundang kann??? Hu hu hu... 
So, tentang semua orang mampu kelihatan cantik dari segi paras rupa ataupun self-presentation ni...Yes indeed it is...Jangan pernah ada rasa rendah diri yang diri weolls ni tak mampu untuk kelihatan cantik seperti orang2 yang weolls suka tengok, seperti idola2 weolls...kita juga mampu untuk kelihatan cantik jika kena pada caranya... Errrr...iolss tak mengaku yang iolls cantik ok??? Iolss adalah wanita biasa2 sahaja tapi iolss memang suka bab2 kelihatan cantik ni uolss... Gila ko perempuan tak suka kelihatan cantik...bha ha ha... 

Apa yang penting, untuk kelihatan cantik, hati kena cantik dulu babe... fikiran kena seiring jugak cantik... Kalau jaga itu, jaga ini, tapi 2 benda ni tak jaga pun apa pun tak boleh... Jangan rasa rendah diri kena ada confidence tapi jangan over-confidence nanti orang naik nyampah dan benci serta meluat... So siapa2 yang ada low self-esteem tu sila tingkat self-esteem uolss ok??? Errr.. dok suruh orang tingkatkan self-esteem, dah tinggi sangat ke self-esteem sendiri...muahahahaha.... 

Kena berani mencuba sesuatu yang baru yang tak memudaratkan, kena keep up dengan trend and fashion, walaupun bukan fashion victim tapi mengikut perkembangan semasalah kiranya... Tak semestinya nak kena dok tengok rancangan fashion, baca majalah2 fashion, web2 fashion...dari observation di sekeliling kita hari2 pun boleh... Sama jugak dengan parenting... fashion pun cenggitu jugak...kena belajar... semua aspect dalam kehidupan ni kena belajar... bila kita dah belajar dan memahami barulah kita tahu bagaimana caranya dan boleh praktikkan serta lihat hasilnya... Rajin tanya pada diri sendiri... how do I look when I see myself in the mirror... Ha rajin selfie kann??? Lepas selfie tu sila lihat gambar selfie tu, dan kaji belek2 mana yang perlu diperbaiki mana yang boleh digroom lagi... Asalkan tak bertentangan dengan syariat... 

Bila kita adore orang lain kelihatan cantik...sila percaya diri yang kita pun mampu kelihatan cantik... Tapi janganlah dok sibuk gebang2 kat orang ko cantik, walaupun orang puji ko cantik ataupun orang tak puji ko cantik hanya semata2 untuk mendapatkan likers ataupun banyak pujian giteww... Cantik di mata orang tak semestinya cantik pada Allah giteww... betul... Cantik di mata orang kita mampu untuk groom diri kita supaya kelihatan lebih attractive...Cantik pada Allah, kita kena bersihkan hati kita, tingkatkan iman kita dan dekatkan diri kita kepada Allah SWT... Lakukan apa yang sepatutnya dan tinggalkan apa yang sepatutnya... (muhasabah diri sendiri jugak ni)... 

Uolss silap jika uolss mengatakan diri uolss tak mampu untuk kelihatan cantik... Sebenarnya semua orang itu mampu untuk kelihatan cantik...Ingat kata2 semua anak2 yang dilahirkan di dunia adalah ibarat kain putih... ibu bapa yang mencorakkan weolls ketika kecil dan weolls lah yang bertanggungjawab mencorakkan diri weolls bila dah dewasa giteww... Cantik memang subjektif... Kelihatan cantik juga subjektif...Bergantung kepada bagaimana penakulan kita sebagai individu...  Cantik itu tidak dipandang pada satu sudut...

Sekiranya kita kurang dari rupa paras, Allah berikan kelebihan cantik itu dari sudut yang lain... misalnya cantik pada Allah macam iolss mention tadi??? Dan tak semestinya kita diberikan rupa paras yang cantik kita cantik pada Allah... Allahuakbar... statement yang membuatkan diri sendiri terfikir... Cantik itu banyak godaannya... Cantik itu banyak cabarannya...cantik itu banyak ujiannya... Tapi kalau kita kelihatan cantik di kedua2 segi iaitu dari segi rupa paras dan juga pada Allah... itu adalah bonus... jagalah dengan sebaiknya... 

Bagi iolss cantik pada pandangan mata manusia itu boleh dicipta... tapi cantik pada pandangan Allah itu tidak mampu dicipta kerana ianya harus datang dari hati serta zahir yang tulus ikhlas tanpa nawaitu yang menyimpang... 

Dan sekali lagi, iolss petik kata2 tentang cantik yang di-quote oleh Cik Suria Lekatlekit kita satu waktu dulu...

"Petai yang busuk sedap dimakan. Manggis yang hitam kulitnya, di dalam ada isi yang putih dan manis. So moral of the story, jangan menilai sebelum mengenal. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kelemahan diri kita sendiri..."

*Tak perlu ada rasa rendah diri yang terlalu dan tak kenal tempat... dan tak perlu berbangga sangat dengan kecantikan yang kita ada...itu semua pinjaman Allah SWT semata2... sebabnya... semua orang mampu kelihatan cantik!!! Bergantung kepada penakulan dan persepsi masing2 dan tersendiri... 

**Errr...uolss faham ke iolss bebel apa ni??? Muahahahaha...Oklah nak lunch dulu... bagi kaum Adam selamat menunaikan Solat Jumaat yer.... Yang perempuan pulak... nak shopping time2 lunch hour ni jangan terlebih2 sangat...muahahahaha....

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. homaiiii...betul kata sally,panjang bebenau entry farah...adeh...semput baca..hehehe...kita tak boleh menilai kecantikkan hanya dari luar...lihat kecantikkan tu dari dalam..barulah tau,samada orang itu cantik atau tak,dari cantik diluar,didalam hampeh..emmm...angkat kaki jelah..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul... apapun setiap org ada cantik tersendiri..

    ReplyDelete
  3. apa yang penting cantik datang dari dalam diri......

    ReplyDelete
  4. cantik tu subjektif. :)
    semua org cantik

    ReplyDelete
  5. 'Kecantikan hak milik setiap insan'...- tak ingat pulak slogan iklan apa...hihi

    ReplyDelete
  6. cantik itu subjektif..apapun ianya pinjaman dari Allah SWT..ucaplah syukur alhamdulillah dgn segala yg dipinjamkanNya dan peliharalah ia sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  7. iolssss yang hidung kemek ni bangga bila cakap iolsss gojesss.... agak2 itu over confident ke kak fara..?? agagaggaa

    ReplyDelete
  8. setiap orang adalah sebaik baik dan secantik cantik ciptaan Allah :)

    apepun cantikkan luar dan dalam :)

    ReplyDelete
  9. Sally mmg sejak azali lg x cantik tapi sentiasa comel..hahahaha

    ReplyDelete
  10. cantik itu anugerah Allah, semua cantik sebab semuanya Allah yang jadikan..
    kalau tak cantik rupa, cantikkan ahklak kita, in shaa Allah cantiklah di mata manusia lebih-lebih lagi di mata Allah..

    ReplyDelete
  11. Cantik tu subjektif kan....kena la jaga...x mo la nampak tua sebelum usia kan dik...

    ReplyDelete
  12. Cantik tu abstrak... Biar rupa kurang cantik..asal budi tu ada...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !