Safe Home for Baby | Bila Anak Dah Mula Bereksplorasi Seluruh Rumah

Farah Waheda Wahid
12
Source Extracted from Google
DISCLAIMER: AKAN SEMPUT BILA BACA...KALAU TAK NAK SEMPUT SILA TEKAN X DAN IF NAK BACA JUGAK, SILA SEDIAKAN INHALER... ^_* 
 
Bila dah berada dalam fasa ni di mana Ash dah mula bereksplorasi ke seluruh rumah...Jenuhlah Mummy dia bertawaf sama sekeliling rumah demi memastikan tak kena itu, tak kena ini... Walaupun duduk dalam Ferrari dia, tapi kena sentiasa observe jugak... Malang tak berbau kann??? Dan sebagai parents kenalah ambil ilmu pengetahuan dan ambil berat tentang isu keselamatan anak di rumah... Seriau ooiii...Dah lah sorang tu jer terkontang kanting...Kalau jadi apa2, iolss jugak yang susah hati dan tak keruan... Itulah satu2nya permata hati iolss... 

Kanak2 di bawah 5 tahun adalah yang paling berisiko untuk mengalami kemalangan di rumah. Banyak dah kes yang keluar di berita2 dalam negara ni... Contohnya... lemas sama ada dalam air ke atau tak boleh bernafas ke, salah satu punca utama kemalangan maut di kalangan kanak2 di bawah 4 tahun dan jatuh adalah punca bagi kebanyakan kemalanang yang tak melibatkan kematian. Oh ya, api pun risiko penting bagi kanak2 bawah 11 tahun.

NAK BANTU ELAKKAN JATUH??? 
  • Jangan sekali2 meninggalkan barang2 bersepah di atas tangga yang boleh sebabkan seseorang jatuh. Tangga sepatutnya kena sentiasa clear dan kena maintain dengan baik. Buang atau repair sebarang kerosakan atau karpet yang dah koyak. Pastikan susur tangga dan kisinya kuat dan tidak mempunyai takuk atau tempat berpijak yang boleh digunakan untuk memanjat. Tak pun pakai safety gate uolss...
  • Letakkan pelapik anti slip di bawah alas dan tikar yang tak ada lapik anti slip.
  • Pasangkan pelindung sudut berkusyen pada coffee table, meja makan dan apa2 jer lah yang ada corner yang tajam. Memang tak dapat elakkan jatuh tapi boleh kurang kecederaan kalau berlaku.

TINGKAP DAN PINTU SELAMAT???
  • Pilih curtain yang tak bertali. Kalau bertali, sila ikat tinggi2 so anak tak boleh capai. 
  • Lekatkan colourful stickers pada permukaan kaca yang besar seperti pintu kaca gelangsar untuk mengingatkan anak2 weolls bahawa terdapat kaca kat siti. 
  • Sentiasa buka tingkap sorong daripada atas dan pasangkan kunci untuk elakkan anak weolls daripada buka tingkap tu dari bawah. 
  • Tetapkan bukaan tingkap bawah supaya tidak terbuka lebih daripada 12.5 cm.
  • Letakkan perabut dan barang2 lain yang boleh dipanjat oleh anak weolls jauh daripada tingkap.

NAK PROTECT JARI JEMARI COMEL ITU???
Kenalah pakai penutup soket untuk elakkan anak2 daripada pepandai theyolls jadi McGyver nak hidupkan electronic appliances yang berbahaya uolss...macam iron pelurus rambut tu... Tapi lagi selamat kalau kita simpan barang2 tu di tempat yang tak boleh dicapai kann??? compared to penutup soket???
Careful dengan benda2 yang boleh menyepit jari macam engsel pada papan penggosok baju...oucchhh dan kerusi lipat. Rasanya ada jual cover untuk engsel tu uolss... Tapi tak ingat pulak iolss tengok kat mana.

Sila simpan pen, gunting, alat pembuka surat, stapler, klip kertas dan benda2 tajam yang lain dalam laci berkunci yer... 

So macam mana nak elak tangan2 kecil itu daripada mencapai benda2 bahaya???
  • Please consider danger boleh jadi disebabkan barang2 yang weolls buang dalam tong sampah. If weolls guna tong sampah untuk buang bateri terpakai, klip kertas, beg plastik ataupun benda2 lain yang boleh mengundang bahaya, letakkan tong sampah tu jauh dari capaian anak2. 
  • Sorok lampu dan wayar peralatan lain di belakang perabut yang berat atau gunakan alat pelindung khas untuk sorokkannya. Lampu yang tinggi boleh terjatuh if baby weolls tarik... jadi letakkan dengan selamat di belakang perabut...phewww...macam iolss buat kat rumah tu...
  • Simpan first aid dalam almari berkunci, dan ensure pengasuh atau siapa2 jer yang jaga baby weolls tau kat mana nak cari dan macam mana nak response kalau emergency. 
  • Simpang bahan beracun di tempat selamat, jauh dari capaian jari jemari comel itu.

NAK ELAKKAN LECUR???
Nak elakkan lecur sebab minuman panas, bawak2lah jauhkan cawan berisi minuman daripada hujung permukaan meja atau permukaan lain. Lepas tu orang lain, jangan sekali2 coba2 nak hulur minuman panas kepada Mummy yang tengah menyusukan anak sebab sikit pun air panas yang menitik boleh melecurkan Mummy dan baby. 

Masa masak pulak, pastikan tangkai periuk dipusingkan ke belakang. Tangkai periuk maybe nampak sangat menarik bagi kanak2 yang bersifat ingin tahu. 

Masa prepare air mandi baby, isikan besen mandian dengan air sejuk dulu sebelum air panas. Check suhu dengan memasukkan siku weolls ke dalam air sebelum letakkan baby dalam tu. Pas tu avoid anak2 dari main paip air panas dengan memasangkan penutup pada pemutarnya. Boleh jugak kalau nak pasang termostat alat pemanas air pada suhu yang sesuai.

NAK ELAK KEBAKARAN???
Kalau boleh pasang penggera asap yang mematuhi piawaian dalam setiap bilik dan satu lagi berhampiran dapur. Ni bagi yang budget lebih lah... Kalau dah pasang tu, tiap2 minggu check nak tengok sama ada function ataupun tak...tukar bateri setiap tahun. 

Simpan mancis dan lighter kalau ada kat rumah tu jauh dari capaian anak2. Ha yang merokok pulak, padam dan buang puntung rokok dengan betul. Pas tu sila reka jalan keluar kalau berlaku kebakaran dan buat latihan kebakaran.

NAK KURANGKAN RISIKO LEMAS???
Baby dan kanak2 boleh lemas dalam air secetek 5cm ok??? 
  • Always always always ada dengan baby atau anak kalau diaorang ada dalam bilik air. Janganlah pergi tempat lain atau buat benda lain, lepas tu biarkan ajer anak2 macam tu. Baby dan kanak2 kecik ni tak meronta atau buat bunyi kalau theyolls jatuh dalam air, jadi weolls mungkin tak sedar kalau theyolls dalam bahaya. 
  • Lebih baik if weolls tak gantung kerusi mandi bila baby weolls ada dalam besen mandi. Kerusi ni bukan safety tapi boleh tergolek baby ok???
  • Kosongkan besen mandi ASAP lepas mandikan anak, jangan tinggal dalam bilik air sampai semua airdah habis mengalir ke longkang.
  • Tutup dan pasangkan pagar di sekeliling kolam di taman weolls. 
  • Kosongkan sebarang baldi atau bekas air di dalam rumah atau taman.

NAK PROTECT ANAK WEOLLS DARIPADA LEMAS TAK BOLEH BERNAFAS???

Jangan tidurkan baby atas sofa. Kebanyakan sofa ada ruang jarak yang besar dan banyak kusyen dan ini boleh bahayakan baby yang sedang tidur.

Paling penting beg2 plastik tu kena simpan kat tempat yang tak dapat dicapai oleh anak.

Banyak benda nak ambik tau dan kisah kann jadi Mummy2 dan Daddy2 ni... orang kata jangan tunggu sampai kemalangan berlaku. Dengan perancangan yang teliti dan sikit peralatan, weolls boleh prepare untuk hadap zaman2 baby mula explore macam Ash ni...ha ha ha... Ada beratus2 peralatan kalis kanak2 kat market sekarang ni. Tak kiralah berapa lengkap diri dan rumah weolls, weolls masih perlu berwaspada dengan bahaya yang mungkin berlaku. Kalau telefon berbunyi, atau someone tekan bell pintu...dukung baby weolls if weolls risau tentang safety theyolls.

Nak credit jugak selain buah fikiran sendiri through experience yang tak berapa nak experience lagi ni... Ha ha ha...sebab Ash baru melasak... pada informasi tambahan dari SINI.

*Errrr...sorry terover2 panjang dah ni...ha ha ha... tapi something useful for us parentsss...

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. baca sekilas pandang je...fuhh..dasyat...semput gak...hehehe..bila anak dah pandai explore seluruh rumah nie,kena lah prihatin tentang keselamatan dia dalam rumah..risaukan..adeh...but nice sharing farah...tunggu la awfiyah,nak tengok lasak dia macam mana pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. mmg pn..kite kena alert sentiasa...kena ikut je dia g mn2...kalo agak tetbe je diam tu, ada lah tu benda yg di tgh teroka..jgn lah biar...hehe

    ReplyDelete
  3. bila anak-anak dah boleh berjalan macam-macam difikiran mereka.
    semua benda kena alert

    ReplyDelete
  4. mcm2 kne jaga bila ank dh mula menapak kan? :)
    nice entri sis ^__^
    ash jgn lasak2 sgt tau! :)

    ReplyDelete
  5. mmg bahaya.skrg time2 cmtu baby nk ngutip masuk mulut je.bnda2 kecik kena simpan btl2 kang mkn tcekik plak

    ReplyDelete
  6. wayar elektrik tu paling penting,
    memang selalu kena sorok,
    bila dh start tawaf ni mmg susah sket ler mummy cuperboy.
    hehe.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...farah,

    perkongsian yang sangat berguna buat parent... baby yang dah mencapai2 apa didepan mata ini berbahaya , tak boleh terlalai sikit..

    mselim3

    pls: bagus farah tip2 nie walaupun panjang tapi 'useful'..thanks ..

    ReplyDelete
  8. anything yang melibatkan wayar elektrik atau sis lampu adalah sgt2 perlu di beri perhatian...budak2 suka explore ke situ...lg di arang lagi dia nak amik tau...lagi satu tangga...huiii....tensi...

    ReplyDelete
  9. Bila anak dah mula explore kena ingat safety first..semua benda kena pantau tengok dan sorokkkan.

    ReplyDelete
  10. Nice sharing.. Anak2 mmg cepat aje.. Kita yg x boleh leka.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !