Home » , , , , , , , , , » Mengajar Anak Untuk Meminta Maaf...

Mengajar Anak Untuk Meminta Maaf...

Source Extracted from Google
Minta maaf ni adakalanya sukar dilaksanakan, lebih2 lagi kalau tak dipupuk dari kecil...betul tak??? Meminta maaf ni bergantung juga kepada keegoaan seseorang..Sinonimnya maaf sering dikaitkan dengan ego. Meminta maaf bila melakukan sesuatu kesalahan adalah sesuatu yang perlu dilakukan tak kiralah pada yang tua mahupun yang muda. 

Makanya, as parents penting bagi weolls untuk ajar anak2 weollss semua2 ni untuk mudah meminta maaf. Tapi dalam mengajar anak2 untuk meminta maaf ni, weolls janganlah memaksa anak2 weolls tetapi perlu mengajar dengan cara berhemah dan bijak di dalam memberikan penjelasan. 

Menurut Aida Sue, seorang kolumnis iolss kira... dari artikel beliau di SINI ada beberapa langkah yang disyorkan...

Jadikan Ia Kebiasaan Keluarga
Weolls sebagai parents perlu memberikan contoh dulu, bila weolls melakukan sebarang kesalahan weolls juga perlu meminta maaf. Anak2 cenderung meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa. So, through example, anak2 weolls akan lebih mudah faham kenapa perlunya dan pentingnya meminta maaf.

Dipupuk Seawal Mungkin
Ajar anak2 mintak maaf seawal mungkin. As early as we could. Masa anak2 kecik2 weolls main bersama2 dengan kawan2, kadang2 boleh buat kawan2 diaorang nangis kann??? So, weolls sebagai parents kena memainkan peranan untuk membantu serta mengajar anak macam mana cara nak mintak maaf dengan betul... Contohnya, bersalaman dan say sorry kepada kawan tu. Boleh jugak kalau nak tanya anak orang lain macam mana perasaan diaorang masa buat kesalahan dan macam mana perasaan bila disakiti orang lain. Bagi pengertian dan ajak anak2 untuk berbincang macam orang dewasa. Yupp...I agree, sometimes we should discuss things with our children like an adult untuk membuatkan mereka faham. ^_^...

Termasuk Hal2 Kecil
Family ni merupakan satu group kecil yang pertama yang mengajar anak2 macam mana nak bersosial dalam group yang lebih besar iaitu society. Salah satu termasuklah adab dan kesopanan. Hal kecil seperti sendawa, kentut, menjerit apabila dilakukan di depan orang lain atau orang yang lebih tua boleh mengganggu keselesaan. So, jelaskan pada anak dengan segera untuk say sorry bila terjadinya hal tersebut sebab tak menjaga kesopanan walaupun tak sengaja ok???

Jangan Memaksa Anak
Dalam beberapa kes, terdapat anak2 yang belajar meminta maaf sebab paksaan dari parents. Pengajaran ni bagus tapi seharusnya disertai dengan penjelasan masalahnya, sampai anak2 mampu memberikan perasaan ikhlas masa meminta maaf. Elakkan untuk memaksa dengan menggunakan ancaman, sebab boleh jadikan budak takut!

Memaafkan dan Dimaafkan Merupakan Kebanggaan
Might be anak2 weolls rasa susah nak mintak maaf atas kesalahan sendiri, so as parents weolls perlu jelaskan kenapa sikap ini mampu mengeratkan hubungan persahabatan dengan sesiapa.

Ajar Penggunaan Ayat Yang Betul
Ungkapa "saya mintak maaf" boleh membantu menyelesaikan masalah, tetapi mengajar anak2 weolls untuk meminta maaf seharusnya menggunakan ayat tertentu untuk meluahkan perasaannya. Daripada mengajar anak2 weolls untuk mengatakan "saya mintak maaf" tolong mereka mengembangkan ayat itu. Tanya anak2 weolls untuk menjelaskan bagaimana dan kenapa dia berkelakuan salah dalam kata2nya sendiri. Lepas tu bantu dia bina ayat yang betul untuk meminta maaf. Example lah ek... "saya mintak maaf sebab rampas mainan awak. saya pun nak main jugak dan saya malas untuk tunggu turn saya. lain kali saya akan mintak dengan baik dan tak merebut dari awak ye?"... Dengan ayat2 tertentu, dia juga boleh mengurangkan apa2 salah faham dengan kawan2 dan keluarga apabila terdapat perbezaan pendapat berlaku.

Cuma "saya mintak maaf" jer, tapi sangat pentingkan dalam mendidik anak2??? Memang apa pun kena latih dari kecik...bak kata pepatah... Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya uolss boleh refer kupasan dalam entri iolss yang dipautkan itu... 

*Anak bukan sesuatu yang boleh diambil mudah dan diambil remeh...Makan, pendidikan di sekolah, pakai, kebendaan, luxury...tidak cukup sebenarnya dalam mendidik anak2...There's more to it that all parents should pay attention to...termasuk diri iolss... ^_^

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mengajar Anak Untuk Meminta Maaf..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. Mmg tgh pratikkan...sbb dlm family mmg guna perkataan keramat nih..

    ReplyDelete
  2. melentur buluh biarlah dari rebungnya...dari kecik2 ajar anak2 minta maaf, esok besar dah senang dah...automatik anak akan minta maaf bila buat silap..

    ReplyDelete
  3. jangan memaksa,tu penting...great tips Farah :)

    ReplyDelete
  4. salam. betul tu sis..harus dipupuk seawal yang mungkin..esok esok da besar dapat jadi habbit mereka..

    ReplyDelete
  5. Akiff mmg dah biase mintak maaf... kadang2 kalau marah die then lan buat2 merajuk xnak ckp dgn die... die nangis2 dtg say sorry... hahahaha... kejam abah die...

    ReplyDelete
  6. Yeahhhh... memang perkataan maaf ni nampak macm senang je nak sebut tapi sebenarnya sukar dek kerana keegoan.. so kena pupuk anak anal kecil supaya mereka jd seorang pemaaf dan mudah mintak maaf kalau ada buat salah

    ReplyDelete
  7. melentur buluh biar dari rebung

    ReplyDelete
  8. sedang diamalkan utk semua anak2..yang paling susah nak mintak maaf adalah anak no 2..Ayun..haha..

    ReplyDelete
  9. yes!!dyah skong 100%..tip ni pun berguna..bkn snang nk tgok ank2 skrg mnx maaf..huhu

    ReplyDelete
  10. anak mudah mintak maaf tapi mudah jugak buat kesalah semula hihi.. anak2la katakan

    ReplyDelete
  11. Mulakan sedari kecil... bila dah besar ianya akan menjadi suatu kebiasaan dan personaliti diri...

    ReplyDelete
  12. good info..ibu bapa kena tunjuk contoh yg baik pada anak...kita pun kena minta maaf sekiranya ada membuat silap..

    ReplyDelete
  13. Setuju...... dari kecik akan jadi kebiasaan hingga ke besar sebenarnyakan
    Meminta maaf mmg payah, memaafkan pun bukan mudah.....Tapi percayalah hati kita akan tenang

    ReplyDelete
  14. Betul kita kena mulakan dari kecil...bukan senang perkataan maaf ni nk diucapkan...

    ReplyDelete
  15. yes....melentuh buluh buarlah dari rebungnya,,,,,,

    ReplyDelete
  16. betul! setujuuu.. ajar semuanya masa diaoang ni kecil.. xde la time besar nnti dah keras cm buluh kann kannn ;))

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY