Kenali Isyarat Awal Anak2 Weolls Bermasalah Pertuturan

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Pada yang dah jadi parents ni, serba serbi semua weolls kena tau kann??? Tak ada istilah such as alah... oklah tu atau anggap remeh sesuatu perkara tu... Hurmm... tapi manusia seringkali kita tak terlepas dari khilaf kan uolss...ada kalanya weolls lalai jugak kann??? Mana nak lari??? Tak ada manusia yang perfect... dan ada kalanya imperfections itu bagus kerana ia mengajar kita di masa akan datang... Kena pandai timbal balik and handle jer lah... But then, janganlah pulak kita beranggapan parents yang terlalu ambil berat semua perkara tu poyo atau menunjuk2... Kerana bagus mereka mengambil berat...take it on the positive side...kita mampu menjadi sebegitu juga but in our own way... Setiap parents ada cara mendidik anak masing2...giteww... Betul tak??? Betul kannn???

Bagi iolss, salah satu perkara dalam proses development Ash sekarang... iolss keep on menggali ilmu, mencari ilmu di sana sini dan iolss note dalam Bubblynotes supaya bila2 masa kalau2 iolss lupa, iolss boleh refer balik kat sini...At least lah kann??? Kalau iolss terlupa iolss rujuk dari mana, iolss boleh gali balik dalam Bubblynotes sendiri... Kalau terlupa boleh ulangkaji giteww kaedahnya... Bukan iolss kongsi info nak tunjuk, ohhh iolss-lah ibu terhebat di alaf ini pada dunia... Hebat tak hebat kita sebagai ibu... Setiap ibu memang hebat, kerana melahirkan, menjaga, mendidik dan menghadapi segala rintangan hidup. ^_^...giteww ayat skema dah keluar... 

Sungguhpun at times, apa2 ilmu parenting yang weolls dapat tu tak ada kena mengena dengan weolls, tak salah dan tak dosa pun... sekadar general knowledge kann??? Kan dikatakan, tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri Cina... Ilmu yang kita ada ni, ibarat setitik air di lautan jer...so carilah ilmu selagi boleh... Pembelajaran secara informal namanya tu... Hik hik hik... 

Ok... panjang sungguh mukadimah dan bebelan iolss...Biasalah...kalau entri tak panjang lebar??? Bukan iolss kann??? Uolss yang dah lama mengikuti Bubblynotes, memang kenal dan tau...antara salah satu identiti blog Bubblynotes ni kann??? Muahahaha...Sengal... 

Pertuturan...belajar bertutur adalah salah satu proses development anak2 weolls semasa kecil..betul tak...tapi...weolls boleh tak kesan kalau2 anak2 weolls ada masalah pertuturan dari awal??? Kebanyakkan yang iolss jumpa atau iolss dengar atau iolss tau biasanya... bila didapati anak2 sangat lambat bercakap baru sedar... Hurmm... Tak salah mereka...mungkin mereka juga tak tahu seperti kita...Tapiii... iolss ada terjumpa satu artikel di SINI dan sukalah kiranya iolss nak berkongsi dengan uolss tentang masalah pertuturan ni... Macam mana nak kenali isyarat awal anak2 weolls if ada masalah pertuturan...let's check it out...

Ketika Di Usia 12 Bulan
  • bercakap dengan ton senada sahaja tanpa bertukar bunyi. Contoh: dadadadadadada
  • tidak reti menggunakan isyarat seperti melambai "bye bye" atau mengeleng kepala tanda "tidak mahu" - Alhamdulillah, sekarang pun dah pandai melambai dah Ash bila sebut Bye... ^_^... Syukran Allah.
  • tidak memberi respon apabila nama dipanggil - Alhamdulillah jugak, panggil jer Ash atau Firash, cepat jer dia toleh...sambil tersenyum2 gedik lagi...wakakakaka....
Ketika Di Usia 15 Bulan
  • tidak faham dan respon kepada perkataan seperti "tidak" atau "bangun"
  • tidak reti menunjuk ke arah objek atau gambar apabila ditanya "yang mana satu gambar kereta sayang...?" 
Ketika Di Usia 18 Bulan
  • tidak faham arahan mudah seperti "don't touch" / "jangan sentuh"
  • bercakap kurang 20 patah kata mudah seperti "mama" atau "nak"... cerita pasal perkataan "nak" iolss ada something nak cerita dengan uolss... ha ha ha...lupa pulak, buat entri ni baru teringat... 
  • tidak respon kepada pertanyaan mudah seperti "apa tu sayang?" atau "mana kasut?"
  • masih tidak kenal 2 atau 3 anggota badan mudah seperti kepala, hidung,mata apabila ditanya 
Ketika Di Usia 24 Bulan
  • bercakap kurang daripada 100 perkataan
  • selalu mencantumkan 2 perkataan seperti "ayah pergi" atau "daddy go"
  • tidak meniru apa2 aksi atau perkataan orang lain
  • tidak pandai berimaginasi bersama barang mainan seperti menyusukan anak patung atau beraksi seperti sedang membawa kereta. 
Ketika Di Usia 30 Bulan
  • bercakap kurang daripada 300 perkataan
  • tidak reti menggunakan perkataan kata kerja seperti "lari", "makan", "jatuh"
  • masih tidak tahu gunakan kata gandaan atau perlakuan sepert "2 orang budak" atau "kucing tengah tidur" 
Ketika Di Usia 3 - 5 Tahun
  • tidak reti untuk bertanya soalan pada umur 3 tahun
  • tidak menggunakan ayat (contoh: "abang tak nak yang itu" atau "kereata adik dah rosak" - pada usia 3 tahun
  • tidak mampu untuk bercerita cerita yang mudah kepada kita pada umur 4 dan 5 tahun. 
Elok jugak kalau weolls prihatin dari peringkat awal kann??? Jangan weolls pilih untuk "tunggu dan lihat" dengan beranggapan theyolls akan pandai jugak bercakap bila besar sikit nanti sebab ia merupakan satu tindakan yang berisiko. Maybe weolls anggap anak yang sebelumnya tak ada apa2 masalah lebih2 lagi pada bab percakapan. Tapi, pada hakikatnya yang kita perlu terima bahawa, setiap anak itu berbeza. Cukup berbeza waima bermula dari awal kehamilan kann??? sehingga kelahiran mereka...Errr..cakap macam iolss pernah pregnant 2 3 kali jer...Muahahahaha... Dengar orang cakap dan artikel ni cakaplah uolss... Setiap satu anak punyai kelebihan dan kelemahan yang pada peringkat awal ni weolls kena bagi full attention.

Bila kita piliah "tunggu dan lihat" ianya bermakna weolls mensia2kan masa berharga anak2 pada keadaan bantuan diperlukan buat theyolls.

*Baiklah...mulai hari ni, Mummy akan perhati2kan lebih sikit dari biasa...ahakss..masaklah Ash...kalau pandai bercakap tu...Mummy....Ash rimaslah...muahahahaha... Jangan over sangat sampai anak sendiri rasa rimas sudah.... Pandai2 ler nak adjust...

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak saudara akak dah dua tahun masih tak boleh bercakap..tapi dah check doktor,takde masalah,mungkin cuma lambat je kot..risau jugak

    ReplyDelete
  2. Anak lelaki akan lmbt berckp berbanding perempuan..sebab biasanya lelaki blh berjln dulu...baru mulut blh berckp...tapi sekali dia dh blh berckp...dia la yg paling byk akal...hihi..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah anak kathy tiada masalah pertuturan tapi anak buah dah sekolah tadika baru pandai bercakap.dulu dia hanya tunjuk isyarat jer. adiknya lagi cepat bercakap dari abangnya.

    ReplyDelete
  4. tak sabar tunggu mikhail besar..huhuu

    ReplyDelete
  5. betul rasanya apa yang mama kaori kata tu...tapi anak saya lelaki lambat jugak jalannya...ikut mama nya, lambat dulu...hihi...tapi memang, dah bercakap, geli hati jer dengar...^_^

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah bile tgk ni..rsenya anak sy dlm perkembangan yg baik..btul tu kt as parents kne prihatin terhdp perkembangan anak2...tq atas info ini

    ReplyDelete
  7. hai Farah...rindunyaaa lama x melawat...saya tag Farah :)

    ReplyDelete
  8. kak farah..anak aini skrg pun still refer pakar speech. huhu

    ReplyDelete
  9. seronok kan tengok anak2 membesar depan mata
    satu nikmat yang tak terhingga Allah berikan
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  10. anak no 2 idah.... 5 tahun baru idah faham apa dia cakap... risau juga... awal tu bawa jumpa doktor... doktor kata tunggu sampai 6 tahun... nasib 5 tahun dia dah bercakap... sebelum2 tu dia takmo cakap... bantai main tunjuk jer apa dia nak... sekarang? ermmm terlebih cakap plak...

    ReplyDelete
  11. anak saya pun still jalani speech therapy sebab dia pun speech delay. sekarang dah ada perkataan berbanding sebelum ni. Progress dia pun dah makin improve. Org tua kata anak lelaki lambat bercakap dari perempuan, anak saya perempuan. Doktor pernah nasihat.. jgn anggap jantina anak tu sebagai alasan kena check up kalau 2 tahun still tak boleh bercakap. better refer pakar even anak kita takde masalah pun.. takut kita terlepas pandang kalau ada masalah sebab kadang2 budak2 ni nampak normal boleh jadi sebaliknya. kalau dah nak sekolah baru kita nak bawak check up.. sayang la sebab dah lambat sikit.

    ReplyDelete
  12. betul tu...perkara ni nampak remeh tapi perlu ditekankan secaa serius..sebab ada jgak kes anak lambat bercakap..xde latihan di rumah....tp anak2 ni kadang2 manja terlebih..bila nak sesuatu main tunjuk jer kan...masa tu la peranan mak ayah penting...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !