Home » , , , , , , » Jus Mangga Pran | Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang, Sri Damansara Club

Jus Mangga Pran | Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang, Sri Damansara Club

Pernah minum tak uolss??? Belum pernah??? Sedap baq hang... Rasa jus yang pekat, likat dan rasa buah sebenar... serioulsy no jokes...cukup semua rasa...bila minum ibarat minum buah mangga yang ori uolss... Iolss jatuh cinta bila pertama kali mencuba last month... Lepas tu terus addicted ok??? Memang rasa buah yang sebenar... Budak kecik kat rumah tu...Ash kadang2 sibuk tumpang sekaki... tapi seteguk jer lah, tak boleh lebih2...kecik lagi kannn???

Ok, nak share sedikit dengan uolss tentang PRAN syarikat pengeluar Jus Mangga Pran ni.... PRAN mula beroperasi pada tahun 1981 sebagai syarikat pemprosesan buah2an dan sayur2an di Bangladesh. PRAN bukan sahaja telah berkembang dalam perniagaannya tetapi juga telah menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi. 

Pada hari ini PRAN adalah salah satu di antara jenama yang dikagumi di dalam bidang makanan serta minuman di kalangan rakyat Bangladesh dan 106 buah negara2 lain di dunia di mana produk PRAN dieksport.

Kesemua produk PRAN dihasilkan bersesuaian serta mengikuti "standard" antarabangsa dan mengekalkan tahap tertinggi kualiti di dalam setiap proses pengeluarannya. Pada masa kini, PRAN mengeluarkan lebih 200 produk makanan di bawah 10 kategori yang berbeza iaitu Jus, Minuman, Air Mineral, Bakeri, Minuman Berkarbonat, Makanan Ringan, Masak Memasak, Confectionery, Biskut dan juga Dairy. PRAN adalah syarikat di bawah piawaian ISO 9001 bagi sistem pengurusannya. 

Yang pastinya...produk2 PRAN adalah berkualiti terbaik dan HALAL uolss... - Sumber diterjemahkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian dari SINI

Rangkaian produk PRAN yang telah menembusi pasaran di Malaysia

Bersesuaianlah kannn dengan development dan progress PRAN sebagai sebuah syarikat yang berkembang serta menjalankan aktiviti eksport mengeksport produk keluaran mereka. Produk2 PRAN telah berada di pasaran Malaysia buat beberapa ketika pada waktu kini. ^_^... If uolss tengok dalam gambar di atas...macam2 produk PRAN yang ada di pasaran Malaysia sebenarnya... dan yang paling meletopsss buat masa sekarang ni adalah Jus Mangga Pran... #jusmanggapran... Dan kehangatan sambutan pengguna terhadap Jus Mangga Pran ini juga dapat dilihat dari sambutan pengguna2 terhadap Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran uolss... 

Oleh yang demikian... 


Setelah beberapa ketika Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran dilangsungkan oleh syarikat PRAN... semalam, Ahad, 21 September 2014, bertempat di Sri Damansara Club telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang, yang mana iolss telah menyibukkan diri untuk turut hadir bersama2 di event tersebut... ^_^... He he he... 

Majlis ini bermula seawal jam 12 tengah hari dan dihadiri oleh pihak media, blogger dan juga pemenang2 peraduan yang dimaksudkan bersama2 dengan ahli keluarga mereka. 

Ini adalah crowd yang memeriahkan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang semalam di Bilik Kiara, Sri Damansara Club
Seperti biasa di mana2 majlis formal yang lain...majlis dimulakan dengan pembukaan oleh Emcee dan kemudiannya ucapan alu2an dari pihak pengurusan PRAN... Lepas tu... launching gimmick uolss... 

Perasmian majlis oleh Managing Director PRAN
Kemudian, acara diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah... uweeeee... tumpang bangga sekejap... ahli2 #kelabbloggerbenashaari - Kelab Blogger Ben Ashaari ada juga yang berjaya memenangi peraduan ini tau... 

Peserta2 yang telah berjaya memenangi Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran ini memenangi bermacam2 jenis hadiah uolss... Ada yang menang cash, ada yang menang semakphone Lenovo dan ada yang menang TV LED 42 inch... Hu hu hu, untunglahhh... Macam mana theyolls menang??? As simple as easy as ABC... hik hik hik... ambil semakphone, ambik camera...suruh orang ambikkan gambar ataupun selfie... dengan cara yang paling kreatif dan hantar kepada syarikat PRAN... Mudah kann??? Senang2 jer dapat hadiah dari pihak PRAN... Untung sambut timbul, untung batu tenggelam...Tapi adatlah kann??? Kalah menang adat pertandingan... Sekiranya bernasib baik pasti umpan mengena atau ikan terlekat di jaring...Jika kurang bernasib baik boleh cuba lagi di masa hadapan... 

Inilah dia barisan para pemenang yang telah berjaya membawa pulang hadiah2 mereka masing2... Tahniah diucapkan kepada para pemenang semua yer... Iolss is tumpang happy dan bahagia untuk uolss... 

Oooo...tapi sebelum tu... nak jugak selit gambar kami2 di event tersebut... 

Hafiz.. Ya ampunnn gambar goyang sikit...He he he...
 
Antara blogger2 yang telah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran semalam... Errrr... panas terik uolss.... Ada di antara mereka2 yang uolss kenal???
Barisan ahli2 #kelabbloggerbenashaari - Kelab Blogger Ben Ashaari
Meriah tak??? Meriah kann??? Orang lain menang weolls turut meraikan dan turut happy untuk mereka2 itu... Dan weolls pun dapat goodies bag jugak dari pihak PRAN... Terima kasih PRAN... Macam2 ado dalam goodies bag tu... Rempah kari ikan dan daging pek besar pun ado... Tak payah beli bila beli barang dapur bulan ni nanti...Ihikss...

Oh ya ada yang bertanya kat mana nak beli Jus Mangga Pran ni??? #jusmanggapran ... Uolss boleh beli di kedai2 runcit, hypermarket ---> TESCO, AEON Big, Sogo, Presto, SegiFresh, Jaya Grocer dan Pasar Raya HERO... ^_^...

Bagi pihak #kelabbloggerbenashaari dan blogger2 lain...terima kasih di atas kesudian pihak PRAN menjemput kami...semoga PRAN terus maju dan sukses di masa akan datang.

Laman Web PRAN

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jus Mangga Pran | Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang, Sri Damansara Club, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. wah,,banyak dapat hadiah untuk dibawak balik tu farah...

    ReplyDelete
  2. npe yaya xtau psl jus mangga pran ni..cam sedap je tgok..
    xtau p0n ade wat contest..lau tau mesti beli..ngeeee

    ReplyDelete
  3. curlassss dari jauh nampak kuning tudung u hehehe..
    seriously I mmg tak pernah minum jus mango pran ni.. ada jugak tau & pernah nampak org minum tapi tak tau nak carik kat mana.. huhu sedeihhh
    so lepas ni bleh lah I dapatkan di TESCO, AEON Big, Sogo, Presto, SegiFresh, Jaya Grocer atau Pasar Raya HERO. :))

    ReplyDelete
  4. Seronoknya sis.,bertuah sungguh mereka dpt menang

    ReplyDelete
  5. Kita sempat lagi nak merasa jus mangga pran ni. T_T

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Spotted si baju oren yg comel huehuehue (x__x)

      Delete
  7. untungnyer tuan tanah dapat goodies bag..nak sikit boleh dakk:)

    ReplyDelete
  8. ermm kemain lagi ek, sanggup berpanas untuk bercamwhore hehehhehe

    ReplyDelete
  9. Harus cuba produk ni...nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete
  10. seronok uolssss kak fara... ehh nanti nak try laaa... tak pernah try, tapi pernah la tengok2.... hihi

    ReplyDelete
  11. Tak pernah nampak lagi produk nie kat hypermarket... ke akak yg tak perasan ek... huhu.. will check it out... :D

    ReplyDelete
  12. tak pernah try pulak jenama ni.. nmpak mcm sedap, esok nak cari kat Tesco.. hhehe

    ReplyDelete
  13. Ari jumaat jumpo adik den... ahad pulak baru dapat jumpo setelah lama tak jumpo.... happy la jumpa kengkawan... apapun jus mangga pran memang sedap dan best kan...

    ReplyDelete
  14. meriah event ni..tak pernah lagi minum just mangga pran ni..mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  15. syarikat bangladesh da masuk malaysia pula. bersaing la dgn produk malaysia pulak.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia