Home » , , , , , , , » Dah Sibuk Nak Makan Nasi Biasa!!!

Dah Sibuk Nak Makan Nasi Biasa!!!

Source Extracted from Google
Comel pulak nasi tu di-mold-kan macam tu...he he he, kalau iolss yang buat sure rasa sayang nak pecahkan atau nak makan... sebab comel sangat...Boleh giteww??? Ni ha, nak chit chat pasal Ash ni... Hu hu hu... Sangatlah sekarang kann??? Apa yang orang dewasa makan itulah yang dia nak makan... Kalau dilarang dan tak dibagi, ha ha ha, aksi mengongoi akan bermula... Tapi kadang2 iolss buat tak tau jer... Tak nak diikutkan sangat... Nanti karang memerintah jer kerjanya suruh ikut cakap dia jer... Awwww... I is tak rela... Ash kena ikut cakap Mummy, bukan Mummy kena ikut cakap Ash ok??? Ha ha ha... When you are my son, you are abide to my rules... Boleh giteww??? Haruslah kann... Bukan mudah raising kids now a days... Errr...I sounded so matured lah bila keluar statement cenggini...Muahahahaha.... 

Ok... seperti tajuk di atas, aduyaiiii... pengsan Mummy uolss... Ash dah sibuk nak makan nasi biasa... Errr...bukan tak nak bagi, tapi macam rasanya belum sesuai jer lagi??? Nasi lembik dia, dia balun jugak... Tapi nasi biasa pun nak jugakkkk.... Pengsan pengsan pengsan... (dalam gaya nada Upin & Ipin)... 

Iolss pernah update tentang Carta Pemakanan Bayi tak berapa lama dulu... dan rasanya tak perlulah diulang...tapi hati ni kesian bila tengok dia nak sangat makan nasi biasa... Buat masa sekarang iolss tak bagi lagi lah secara banyak, cuma bila dia sibuk nak makan nasi biasa bila nampak Mummy dia makan, iolss akan ambik sejemput dan suapkan kat mulut dia... Orang lebih berpengalaman kata, ambik rasa uolss ambik rasa... 

Melalui satu artikel yang iolss baca di SINI yang disediakan oleh Dr. Pravin Vasanthan... pada umur 6 hingga 9 bulan, makanan yang lebih berketul (lumpy) boleh dimulakan. Apabila baby boleh duduk, berikan makanan yang boleh dipegang sendiri, seperti biskut atau buah2an yang dipotong kecil seperti tembikai dan pisang. Seboleh2nya, baby perlu beransur2 diberi makanan yang biasa dimakan oleh family, so that baby boleh biasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan family.

Bila baby dah menghampiri umur 1 tahun, baby boleh makan bersama2 dengan family. Makanan seperti ayam, ikan, sayur dan nasi boleh diberikan. Makanan boleh dikisar atau dipotong kecil. Elakkan makanan kecil yang keras seperti kacang 'peas' yang mungkin boleh tersumbat dalam salur pernafasan baby. Elakkan makanan yang terlalu pedas, serta garam dan gula berlebihan. Baby boleh cuba makan sendiri dengan menggunakan sudu.

Ha ha ha, so Ash tak payah sibuk2 nak makan nasi sangatlah yer nak??? Tunggu umur setahun dulu...tu pun belum tentu boleh lagi...makan ajo nasi lembik tu... Errr... uolss yang dah berpengalaman 2-3 bundle of joy... Umur berapa uolss start bagi makan nasi biasa??? Cuba share sikit...Kalau sudi ler, kalau tak sudi tak apa...tak ada paksaan ok uolss... *_^... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Dah Sibuk Nak Makan Nasi Biasa!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

16 comments:

  1. wow sila la share ek anum nk share blum ada pengalaman

    ReplyDelete
  2. nice info kak, ..
    iqy pon dah start makan...
    sibuk mengicak nak makanan orang besar..hehe

    ReplyDelete
  3. bagi nasik yg lembik2 sikit tu xpe..

    ReplyDelete
  4. Heheehe bagi sikit2 la Farah ..Kecian dia nak makn tuuu ......

    ReplyDelete
  5. Mkn bubur yg dikisar kasar..yg berketul2 gitu...kalo lembut cam puree mesti ash dah x nk kan...

    ReplyDelete
  6. suka betul kalau suap baby nasi lembik tu... lagi seronok kalay baby suka makan....

    ReplyDelete
  7. sepupu dah kasi anak dia makan nasi lembik blend ngan keret ke potato ke brokoli ke.. kat anak dia umur 6 bulan baru hahaha.. laju aje budak tu ngap. and kurangkan garam letak sikit saja. tak letak nanti tawar pulak..

    ReplyDelete
  8. Biasa baby mkn benda lembut2 ja kan... Buburlah Ash, nasi tggu dulu, kang sampai tua boleh mkn nasi, hehe

    ReplyDelete
  9. sabar ye Ash..tunggu setahun baru makan nasi ye..

    ReplyDelete
  10. Ash dah mula nak makan nasi biasa? wahh

    ReplyDelete
  11. sabar..hee nanti boleh la Ash k

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY